Rate

BAB 2

Romance Completed 5710

Percintaan yang hanya bertahan selama enam bulan itu tetap menyakitkan walaupun hanya merasa keindahan percintaan itu dalam tempoh yang singkat. Lelaki itu nampak penyabar, suka tersenyum dan sering membahagiakan hatinya.

Sanggup menunggunya pulang dari tempat kerja walaupun basah kuyup disapa hujan yang sangat lebat. Maria, yang terang – terangan mengaku dihadapannya akan menjadi tunangan Haiqal membuatkan hati Mylia hancur berkecai.

Dia terus berlari masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan panggilan Haiqal. Kehadiran Haiqal di rumahnya juga ditolak mentah – mentah, kad sim di tukar dan tindakan paling beratnya adalah meninggalkan Malaysia semata – mata mahu melupakan haiqal.

Namun begitu, dapatkah dia melupakan Haiqal?. Tidak sama sekali. Di jepun dia merindui sambal tumis ikan bilis dan rojak mangga yang bukannya menjadi makanan kegemarannya tetapai Haiqal.

Dia yang tidak sukakan warna biru itu menampal wall paper bewarna biru cair di biliknya. Hanya Haiqal, Haiqal dan Haiqal...

Kali ini Mylia tidak mampu bersabar lagi. Gina yang seakan – akan berdolak dalik itu membuatkan Mylia mula meninggikan suara sewaktu pergi ke rumah adik kesayangan haiqal itu.

“Kata dia tka kahwin, jadi beritahu akak mana dia tinggal” agak tinggi siara Mylia. Gina merenung tajam ke dalam anak mata Mylia.

“Siapa kau nak tanya begitu?” soal Gina dengan geram. Mylia terdiam dan mula sedar yang dia agak keterlaluan.

Gina menarik tangan Mylia dengan geram. Hampir 2 kilometer mereka berjalan. Panas terik tidak diendahkan. Langkah mereka terhenti di hadapan kawasan perkuburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience