Rate

BAB 4

Romance Completed 5710

Seseorang akan pergi jika keindahan itu sudah tiada lagi dan aku yakin keindahan cintamu buatku tiada lagi kerana kau....telah pun meninggalkan ku.....kerana...

Mylia membelek belakang halaman kertas itu. Dia berdiri dan menggoncang bahu Gina.

“Kerana apa?... apa maksud Abang Haiqal,. Dia bodoh berfikir begitu tentang akak. Tidakkan dia tahu sesaat pun akak tak dapat melupakan dia. Setiap hari akak makan rojak buah yang kawan akak jual dengan tangisan tahu tak?, walhal akak tak mampu menelannya.

Tapi akak mampu di sana kerana rasa rindu itu. Dia kejam. Dia yang zalim..... kerana ap?” Mylia terus terjeepok ke atas tanah.

“Kerana keindahan itu tetap ku tunggu walau hingga ke akhir hayatku, sayang”

Mylia menoleh. Dia tergamam. Haiqal yang sedang berdiri di hadapannya itu membuatkan dia berdiri dan terus mendapatkan Haiqal. Pipi haiqal di sentuh perlahan.

“Haiqal!!! Awak jahat!!!!!” jerit Mylia. Encik Lukman tersenyum dari jauh. Gina berlalu dan sempat lagi bersuara.

“jangan buat hal tepi kubur!! Balik”

“Sedap tak rojak yang saya buat untuk awak kat Jepun tu?” hidung Mylia dicubit mesra. Muka yang merah itu semakin merah lagi.

“Awak kat Jepun?” soal Mylia terkejut.

“Hmm... ayah mertua saya suruh tengokkan awak di sana. Seronok betul tengok orang rindukan kita” gelak Haiqal.

“Surat ni..”

“Idea Gina...” gelak Haiqal.

Mylia ketawa, dia mengesat air matanya dan terus menarik tangan Haiqal masuk ke dalam kereta Encik Lukman. Mylia memandang Gina.

Terjerit – jerit Gina dikerjakan oleh bakal kakak iparnya itu. Walau berapa jauh jarak yang memisahkan mereka, selagi ada kepercayaan, setia dan cinta itu sudah memadai untuk mereka saling menjadikan ia sebagai pelindung menyelimuti hati mereka dari kedinginan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience