AMP 02-Balik Kampung

Romance Completed 44575

Politeknik - 2000 Hairul menyambung pelajarannya di sebuah politeknik di salah sebuah negeri di selatan tanah air.. Rul dan kawan kawannya, mizu Eddie dan shah saling berhubung. "Shah, kau tahu dimana Azlin belajar sekarang ni?" soal Hairul kepada Shah, setahu Hairul, Shah sentiasa berhubung dengan kawan kawan dari kolej matrikulasi dulu. "Azlin belajar Mass Comm di Uitm Shah Alam, kenapa kau cari dia?" Shah kembali kan soalan pada Hairul. "Aku nak minta maaf dengan sikap aku dulu, aku nak pergi jumpa dia, share number telefon dia pada aku boleh tak Shah,?" rayu Hairul. Setelah menerima nombor telefon daripada Shah, Hairul segera pergi ke Shah Alam sebelum menelefon Azlin. Tiada siapa tahu perasaan sebenar Hairul pada Azlin, Hairul menyembunyikan perasaan hatinya supaya tiada pelajar perempuan jatuh hati, tetapi sikap Azlin menambat hati Hairul. Azlin baik, bijak dan berkeyakinan tinggi walaupun mempunyai tubuh sedikit chubby. Throwback Minggu kokurikulum Kolej Andromeda. -2000. "encik, saya nak join team bola sepak kolej ni," ujar Azlin dengan yakin. "Azlin awak tu perempuan pergi masuk kelab bola jaring," bidas encik Azman. "Puan Hanisah dah kunci bilik team bola jaring, Please terima saya, saya boleh buat air dan jadi pompom girl," rayu Azlin penuh pengharapan. Hairul tak boleh lupa wajah gadis itu yang berani memohon untuk join pasukan bola sepak kolej. Pelajar lelaki pun ramai yang tidak suka main bola sebab terpaksa berjemur di bawah panas, tetapi tidak bagi gadis bernama Azlin. "Kau baik join team bola jaring, training bola jaring waktu mlm dalam dewan, bola sepak bawah panas terik, hitam kau tu nanti," jerit Azmin. "Bola sepak, banyak lari lari, kurus badan kau tu," ejek Borhan pula. Hairul hampir hampir bergaduh untuk mempertahankan gadis idaman nya itu. Tiba tiba, Azlin di lihat semakin rapat bersama Zamila . Hairul pernah memberi surat amaran kepada Azlin supaya tidak merapati Mila tetapi usahanya bagai mencurah air ke daun keladi. 3 tahun di Politeknik, Hairul menamatkan pengajian dan menjadi seorang guru di sek men vokasional di negeri yang sama. Selama 3 tahun juga Hairul masih belum meluahkan perasaannya kepada Azlin. Selepas 3 tahun bergelar guru, usia Hairul kini 25 tahun, ibu Hairul iaitu puan Hairah risau mengenangkan umur anak yang semakin lanjut tetapi tidak menunjukkan minat untuk berkahwin. Hairul masih belum meluahkan perasaannya terhadap Azlin walaupun Hairul tahu Azlin belum berpunya. Hairul selesa bergelar kawan sahaja kepada Azlin. Sek Vokasional Xxx 2006. "eh, cikgu Hairul, lama betul kau ambil cuti?" soal Rizal, guru sejawatan dgn Hairul. "Nak balik kahwin ke cikgu," soal cikgu liza pula. Cikgu liza sudah banyak kali meluahkan perasaan kepada Hairul, tetapi di pandang sepi oleh cikgu muda yang kacak itu. "Ada urusan keluarga sikit, lagipun dah lama tak balik Kelantan," ujar Hairul sambil tersenyum manis. "Kalau balik kahwin, terjun lombong lah cikgu liza kita ni," usik Rizal. "Apa susah, cikgu Rizal pun solo lagi liza-Rizal nampak x keserasian tu," celah cikgu Muzammil dari tepi. Hairul tersenyum melayan gelagatvkawan kawan gurunya. Tamat waktu persekolahan Hairul menuju ke kereta Honda Civic yang baru dibeli menggantikan Honda Accord lamanya. Perjalanan menuju ke kelantan cuma mengambil masa 5 jam sahaja, Hairul ditemani dengan suara DJ radio berceloteh dan lagu lagu popular Alaf baru. Bila lagu kenangan diputarkan, Hairul menyanyi-nyanyi kecil mengiringi suara Penyanyi di radio. ">>Umpama mimpi kukecap kenangan Taman permainan masa kecil dulu Sisip senyummu Kemanisan tanpa gula Meninggalkan seribu keresahan Kala gerimis menitis di hati Kenangan lenyap tanpa sedar Mungkinkah ada lagi Saat saat indah itu Agar dapat kita bersama lagi Dalam kelam engkau datang Memujuk hati yang sepi Dalam terang engkau hilang entah ke mana Andai kata hanya mimpi Mengusik kenangan silam Mengapa hangat tanganmu kuterasa Namamu ku ukir di pohon di tepi taman Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang Semoga kau terlihat tika melintasi taman Sebagai tanda percintaan abadi Ataupun pada malam Naungan cahaya purnama Menyuluh Ukiran yang memanggil sejuta seri Yang menghias taman ini Penuh dengan cahaya misteri Kekosongan hingga ia Kesepian Harumnya mawar menyulam asmara Harum cempaka kesayuan Di Taman Astakona yang tiba-tiba menyepi Mungkinkah akan begini selamanya Dalam kelam engkau datang Memujuk hati yang sepi Dalam terang engkau hilang entah ke mana Andai kata hanya mimpi Mengusik kenangan silam Mengapa hangat tangan mu ku terasa Namamu kuukir di pohon di tepi taman Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang Semoga kau terlihat tika melintasi taman Sebagai tanda percintaan abadi Ataupun pada malam Naungan cahaya purnama menyuluh Ukiran yang memanggil sejuta seri Yang menghias taman ini Penuh dengan cahaya misteri Kekosongan hingga ia Kesepian >>, " lagu taman Astakona oleh kumpulan Slash ini benar benar nenyingkap memori di Kolej Andromeda. Throwback -2000. Di hadapan bilik lecturer ada beberapa buah meja batu dan kerusi batu mengelilingi sebatang pokok. Kawasan itu di gelar Taman Astakona. Jika ada pelajar nak dating, mesti di taman Astakona, betul betul di hadapan bilik lecturer. "Ada apa Rul nak jumpa Lin? Tanya Azlin sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Hairul. " Hujung minggu ni Rul hantar Lin balik ke rumah ya?,"ajak Hairul. " Maaf Rul, Lin dah janji dengan Mila dan Shyma nak balik dengan bas, lagipun rumah Rul di Kota Bharu ni jer rumah Lin jauh di Tanah Merah sana, "tolak Azlin dengan berlapik. " Lin, Rul suka pada Lin nak tak Lin jadi..... Ermmmm.. "gagap Hairul nak meneruskan kata katanya. " Hah, jadi apa Rul?, "soal Shah mengganggu momen indah milik Hairul dan Azlin. Dan pengakuan serta pertanyaan Hairul bagai tertinggal di masa silam. Akibatnya sehingga ke tahun 2006 Hairul tidak sempat menamatkan ayat itu. " Jadi girlfriend Rul? " Azlin.... AKU SUKA KAU!!" tempik Hairul di dalam kereta. Hairul juga seorang perokok tegar. Di dalam keretanya penuh dengan kotak rokok yang masih penuh. Sudah kerap kali Azlin menegur tabiat merokok Hairul. Kerteh -2000. Hairul mengambil Azlin di Uitm dungun untuk berjalan jalan ke Kuantan Pahang. "Rul, jangan hisap rokok boleh tak?, bahaya la, lalu kawasan minyak ni, kalau kereta Rul meletup bagaimana?" soal Azlin,!berbaur Amaran. "kalau ada gas asli baru boleh meletup, kita dalam kereta atas jalan, jauh daripada tangki minyak tu semua, Lin jangan risau. Lin sebenarnya takut Rul kena Kanser kan,?" Hairul bercanda. "tak kisah la nk kena kanser pun, Rul bukan sayang Lin pun," gertak Azlin. "Aku sayang kau Azlin," kata Hairul, tetapi kata kata itu cuma terluah dalam hatinya sahaja. Mengingatkan semua kenangan lama bersama Azlin buat hati Hairul sakit, andai gadis bernama Zamila itu tidak wujud di Kolej Andromeda. Hairul pasti bebas meluahkan kata cinta pada Azlin. Tetapi Hairul benci pada Zamila dan benci kerana Zamila cuba cuba rapat dengan gadis sebaik Azlin. Gua Musang, Kelantan -2006. Saat kereta Hairul memasuki bumi Cik Siti Wan Kembang, Hairul memperlahankan kelajuan keretanya. Hairul memakir keretanya di dalam perkarangan sebuah rumah banglo berwarna biru air laut. "Anak mak dah balik" , sapa puan Hairah. "Ya, anak awak sorang jer dah balik bukan anak saya pun," rajuk Encik Khairul berjauh hati, "Mak gurau jer Ayah," ulas Hairul menamatkan pergaduhan kecil ibu bapanya itu. "Jaga jaga Rul, ada sebab mak panggil Rul balik. Hehehe," Encik Khairul menakut nakutkan anak bujangnya. "Ada apa ayah?," soal Hairul dek kerana kehairanan. "Rul, 3 tahun mengajar di Selatan, belum ada kekasih hati lagi?" soal Puan Hairah. "Oooo hal ini rupanya," bisik Hairul kepada diri sendiri. "Mak Rul penat kita bincang esok ya, Rul nak tidur," dalih Hairul, cuba mengelak untuk berbincang soal kahwin. Kampung Bunga Melati, Puan Hairah menyiapkan semua makanan kegemaran Hairul. Dia harus meluahkan hasrat yang dipendamnya kepada Hairul. "Morning mom," sapa Hairul. "Morning my son, mari makan dulu, mak buat nasi kerabu Golok." pelawa Puan Hairah. "Rul, mak dah jumpa calon menantu idaman mak, baik dan lawa sangat, nanti Rul jumpa dia ya," tanpa berlapik Puan Hairah meluahkan. "Mak, Rul belum bersedia nk kahwin lagi," sekali lagi Hairul beralih. "Rul tengok gambar dia dulu, ini gambarnya," Puan Hairah menghulurkan sekeping gambar. Hairul terkejut. Dia tidak sangka dengan pilihan Puan Hairah. "Mak, kalau ini calon yang mak pilih untuk Rul, sorry, Rul tolak, pompuan ni bukan baik pun," Hairul menolak dengan tegas.

Siapa lah agaknya pilihan Puan Hairah untuk Hairul agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience