AMP 01-Prologue

Romance Completed 44575

Kafe Kolej Andromeda. - May 2000 "Azlin! sini ada kerusi kosong"  Shah menggamit Azlin, kawan sekelasnya. "Kenapa kau panggil dia ke sini?" Hairul menunjukkan ketidakpuasan hatinya. "Apa salah Azlin Rul?" soal Mizu, semua kawan kawan Hairul kehairanan. "Azlin tu kawan baik Mila, sesiapa yang ada kaitan dengan Mila pun, aku tak suka" ulas Hairul lanjut. "Aku suka Mila tu. Dia tu cantik bak bidadari kayangan, aku benar benar percaya bidadari syurga itu wujud. Kalau atas dunia ni ada wanita secantik Mila, bagaimana agaknya rupa Ainul Mardhiyah ya? Tapi... Aku x peduli amaran kau tu Rul, aku nak lamar Mila jadi girlfriend aku." ujar Eddie di kerusi hujung. "Eddie, kau boleh keluar dari bilik aku! Pergi cari bilik lain! Jangan tumpang kereta aku bila cuti semester nanti." ugut Hairul kepada Eddie. "Aku tak faham betul. Kau tak suka Mila, ok fine! Tapi kenapa kau perlu benci kawan-kawan Mila? Dan kenapa kami kawan-kawan kau ni tak boleh nak tackle si Mila tu?" soal shah pula kepada Hairul. "Betul apa yang Shah cakap tu, Rul. Apa alasan kau ni, Rul?" Tanya Mizu pula. "Aku bukan apa, nanti bila Mila nampak kawan-kawan dia join kita, mesti dia pun sibuk menggedik nak ikut sekali. Aku tak suka. Dan kalau korang couple dengan Mila, secara automatik, dia akan ada di sini... depan mata aku. Aku ni alergik betul tengok muka dia, jijik. Korang tau tak?" Balas Hairul sekali dengan menggerakkan badannya bagi menggambarkan betapa jijiknya dia dengan Mila itu. "Aku dah lama terfikir, sebenarnya apa salah Mila tu pada kau, Rul?" Soal Eddie, masih bertanyakan topik yang sama. 'Apa penyebabnya kebencian Hairul pada Mila, Ratu Kolej Andromeda itu?' Detak hati Eddie. "Korang semua tak perlu tahu pun." Balas Hairul, masih berdalih dan menyembunyikan kebenaran. UiTM Shah Alam - July 2002. Azlin menerima panggilan telefon daripada private number tetapi tidak dilayan. Seketika kemudian bunyi notifikasi masuk menandakan ada satu pesanan mesej diterima oleh Azlin. Dengan malas Azlin mengambil telefon bimbitnya untuk melihat mesej tersebut. Sesaat kemudian telefon berbunyi lagi Azlin menjawab panggilan itu. "Assalamualaikum Azlin," sapa Hairul. "Waalaikummussalam, mimpi apa cari aku?" Tanya Azlin selepas menjawab salam dari Hairul. "Janganlah marah, aku nak tanya khabar kawan lama je pun." Hairul membalas pertanyaan Azlin, dia sedar sikapnya ketika di kolej mengundang kemarahan Azlin. Hairul tidak mampu meyembunyikan perasaan bencinya terhadap gadis cantik bernama zamila itu. Hairul tidak kisah betapa cantiknya Mila, Hairul tetap benci. Tetapi Hairul turut membenci kawan baik Mila yang langsung tidak ada salah kepadanya. Dan kini Hairul mencari Azlin untuk meminta maaf dan sebagai permulaan untuk menghulurkan tali persahabatan dengan gadis itu. "Kita kawan ke? Kau tak suka kawan dengan aku, kan?" sindir Azlin kepada Hairul. "Lin, aku sebenarnya suka kawan dengan kau. Aku cuma tak suka Mila, tu jer," Hairul mahu menyelesaikan salah fahamnya terhadap Azlin. "Kau jangan suka-suka nak panggil aku Lin macam tu. Panggil aku dengan nama penuh, Azlin. Sekarang ni kalau aku masih kawan dengan Mila, bagaimana?" Soal Azlin kepada Hairul. Azlin belum berminat untuk berbaik-baik dengan lelaki seperti Hairul. "Aida cakap Mila terkandas semua subjek, dia tak dapat masuk Uni pun. Mila perlu mengulang balik 1 semester lagi, betul tak? " Bidas Hairul. "Apa dosa Mila sampai kau benci pada dia?" soal Azlin lagi kepada Hairul. Azlin tidak suka kawannya dibenci sebegitu rupa. "Ada sesuatu tentang Mila yang semua orang di Kolej Andromeda tak tahu tapi aku tahu," Ujar Hairul. "So, apa tujuan kau telefon aku ni?" Azlin menukar topik perbualan mereka. "Aku ada di area Shah Alam ni. Jom jumpa, aku belanja. Kita makan di Nando's nak?" Pelawa Hairul. "mentang-mentang aku ni gemuk, kau nak pelawa makan jer ya?" Ada nada geram dalam soalan Azlin. "Bukan macam tu Lin, aku memang dah niat nak belanja kau makan. Kebetulan, aku ada kawan kerja di Nando's tu, boleh dpt special service," terang Hairul lagi. Tadika Kampung Berkias. 1987. Hairul baru mendaftar di sekolah tadika kampungnya. Hairul seronok sebab akan mendapat kawan-kawan baru. Selepas abah Hairul pulang, Hairul bergerak ke arah beberapa kumpulan pelajar. Hairul mendekati shamsul, salah seorang anak jiran yang dikenalinya dari kecil. "Hairul, kau jangan kacau Emma tau." Shamsul memberi amaran. "Emma tu siapa?" Hairul bertanya kerana belum mengenali kawan sekelasnya yang lain kecuali beberapa orang yang tinggal berdekatan. "Emma tu budak perempuan yang berambut tocang dua tu, yang paling putih dan comel tu." ujar shamsul sambil menunjuk ke arah Emma yang comel. "Kenapa aku tak boleh kacau dia?" Hairul tertanya-tanya. "Kalau awak nak tahu, Emma tu girlfriend saya." balas Shamsul. "Ok, takpe lah. Saya nak pergi duduk dengan Ani sekejap." sahut Hairul. "Tapi kalau awak nak tahu, Ani tu pula tunang saya." tutur Shamsul lagi. "Eh, siapa awak nak ni? Emma ke Ani?" Soal Hairul tidak puas hati. "Emma tu girlfriend saya. Ani tu pula tunang saya." Jawab Shamsul. Hairul menggelengkan kepalanya sambil bergerak menuju ke arah Ani yang sedang bersendirian. Tanpa segan silu Hairul duduk di sebelah Ani. "Ani, awak lagi comel dari Emma. Pakai tudung, sopan jer." Bisik hati Hairul. "Hai Ani." Sapa Hairul. "Hai, nama awak apa?" Giliran Ani bertanyakan Hairul. Hairul mengenali Ani kerana Ani tinggal berdekatan dengan rumahnya, tetapi Hairul tidak sangka Ani tidak mengenalinya. "Nama saya Hairul," balas Hairul. Sewaktu Hairul dan Ani sedang berbual, Emma tiba di sebelah Hairul, Emma berbisik di telinga Hairul. "Awak jangan kawan dgn Ani. Dia tu shamsul punya tau." Bisik Emma dengan perlahan. Ani menyedari apa yang Emma cuba lakukan itu dan mula rasa sungguh tidak puas hati dengan sikap Emma. Ani dan Shamsul tahu mereka telah ditunangkan, sewaktu Emma berpindah ke Kampung Berkias dulu. Shamsul cuba untuk rapat dengan Emma sehingga menimbulkan kemarahan Ani. "Hei perampas, kau nak rampas tunang aku kan? Hairul ni pun kau nak rampas ke?" tempelak Ani dengan kuat. Shamsul yang sedang bermain dengan kawan lelaki lain berhenti bermain dan menuju ke arah 3 kawannya itu. "Apa kecoh-kecoh ni?" soal Shamsul yang tiba tiba saja muncul di sebelah Emma. "Sham, Hairul ni kacau saya dulu." Adu Emma. "Bukan salah Hairul la Sham. Emma datang kacau Hairul dan Ani berbual." Bela Ani. Walaupun selepas mendengar penerangan daripada Ani, Shamsul merasa marah terhadap Hairul dan mula menyerang Hairul. Shamsul merasakan Hairul bersalah kerana menyebabkan kedua-dua kekasih hatinya bergaduh. Sejak hari itu, Hairul tekad untuk menjauhi perempuan cantik. "Perempuan cantik memang memenatkan kalau nak dilayan." Bisik hati Hairul.

Selamat bertemu lagi. Anda suka gaya penulisan lama ke baru?. Hai silent readers sesekali sapalah che da ya.

Share this novel

Eita juita
2021-09-03 00:53:15 

hai...


NovelPlus Premium

The best ads free experience