Rate

BAB 2

Romance Series 1673

Khairul Ikhmal berjalan menuju ke Ilham Heaven's Cafe. Dia menolak pintu kafe itu. Jam tangan dikerling. Masih ada 30 minit sebelum masuk waktu pejabat. Selepas Khairul Ikhmal memarkirkan kereta, dia terus meluru masuk ke bangunan yang menempatkan HK Architects Sdn Bhd yang ditempatkan di tingkat 10 untuk menghantar segala barangan miliknya ke dalam bilik kerja.

Suasana kafe ketika itu dipenuhi dengan pekerja pejabat sepertinya juga. Kelihatan beberapa pelayan menghantar pesanan kepada pelanggan yang menunggu. Hampir setiap hari kafe itu menjadi tumpuan terutamanya pada waktu pagi dan petang. Kebanyakan rakan rakan sepejabatnya jarang bersarapan di rumah dan tempat terakhir yang di tuju adalah bersarapan di kafe ini.

Khairul Ikhmal bergegas menuju ke kuanter untuk memesan kopi. Dia tersenyum nakal. Ilham Aziz, sahabat sejak zaman universitinya sedang tekun menyediakan kopi mengikut pesanan pelanggan.

"Ilham!"

"Opocot mak kau!" latah Ilham Aziz yang terkejut.

"Ilham Aziz melatah. Muka kemain macho, tapi hahahah..."

Khairul Ikhmal tak mampu meneruskan kata katanya. Dia menekan perut kerana ketawa terlalu kuat. Ilham Aziz memberi jelingan maut kepada Khairul Ikhmal. Sumpah dia rasa nak panggang saja kawan dia ni. Tak pernah tak buat hal. Nasiblah jantung dia kuat, kalau tidak dah lama menjadi arwah.

"Salam mana salam hah?! Amboi kau ni. Pagi pagi buat onar," bebel Ilham dengan panjang lebar.

Khairul Ikhmal tersipu malu. Padah dia ingin mengusik Ilham tanpa memberi salam terlebih dahulu. Dia duduk di meja bar berdekatan kawasan penyediaan kopi. Bau semerbak biji kopi membuatkan perut Khairul Ikhmal berkeroncong. Sudah menjadi sebahagian hidupnya bersama kopi. Paling dia minati adalah Irish coffee with whipped cream, expresso dan cuppucino.

Ilham datang kembali dengan tumbler kopi yang bertuliskan 'Eqmal'. Dia menghulurkan kopi itu pada Khairul Ikhmal. Terpinga pinga lelaki itu Ilham kerjakan.

"Ni pesanan kau. Macamlah aku tak hafal apa yang selalu pesan Mal oi," kata kata yang terpancul dari mulut Ilham menjadikan persoalan di kepala Ikhmal terjawab.

"Thanks ya?"

Ilham hanya mengangguk. Dia begitu fokus mengira bekas minuman dan setelah itu mengelap kuanter dapur tempat penyediaan kopi dan mengira stok beberapa makanan seperti kek dan roti. Selain kafe biasa, di bahagian tingkat 2 kafe itu tersedia sebuah perpustakaan mini serta tempat rehat untuk sesiapa yang inginkan suasana tenang. Teringat pasal roti, Ilham kembali tercongak depan sahabatnya itu.

"Jadi ke malam ni?" soal Ilham.

"Jadi. Berkumpul dekat tempat biasa. Aku mungkin lewat sedikit sebab nak cari bahan yang tak cukup," jawab Khairul Ikhmal.

"Yelah, ini pun ada yang bertanya pasal roti buatan kau tahu."

Terangkat kening Khairul Ikhmal mendengar kata kata Ilham. Dia menyedut perlahan minuman itu. Sedapnya! Tumbler dia letakkan atas meja. Oh salah satu kelebihan Khairul Ikhmal ialah seorang yang pandai memasak makanan pastri. Roti dan pizza yang selalu Ilham sajikan di kafe merupakan air tangan milik lelaki itu. Hanya pada waktu tertentu saja hidangan itu tersedia.

Ramai yang bertanya tentang makanan itu, makin makin si peminat roti sejati merangkap adiknya, Intan Aisha. Kalau keluar, beli roti. Kalau kerja pun dengan roti. Adiknya tak memilih bila melibatkan makanan, tetapi itulah roti menjadi pilihan hati selain dari milo. Ilham pun tidak mampu menegur adiknya yang asyik menikmati roti berbanding nasi.

"Alah bukan sedap manapun aku buat. Biasa biasa je. Yang buat tu selalunya Reez dan yang lainkan."

Ilham mencebik. Eleh merendah diri pulak si mamat kemetot ni. Ada pulak kata tak sedap. Kalau tak sedap, tak ada maknanya pesanan dan tempahan semakin meningkat. Biarpun hanya disediakan pada hari Selasa dan Khamis, namun kebanyakkan akan memesan lagi dengan jumlah yang begitu lumayan.

"Jangan buat muka buruk depan aku. Seram!" tegur Khairul Ikhmal menyakat Ilham.

Ilham mencekak pinggang. "Kuang asam kau kutuk aku depan depan. Dah lama hidup ke Encik Khairul Ikhmal?"

Mengekek Khairul Ikhmal ketawa bila omelan Ilham menampar gegendang telinga. Dia bangkit dari situ. Khairul Ikhmal mengeluarkan dua not wang berwarna oren lalu dihulurkan kepada Ilham.

"Keep the change. Aku nak masuk pejabat, pukul 10 nanti ada meeting dengan pihak atasan. Apa apa roger je kat group chat," pesan Khairul Ikhmal pada Ilham.

"Yelah, yelah. Dah pergi sana. Shuh! Shuh!"

Khairul Ikhmal menjeling Ilham. Tak guna, terkena lagi dia dengan lelaki itu. Geram pulak hati ini nak mengetuk dahi Ilham. Baru saja Khairul Ikhaml memusingkan badannya....

Bammm...

Kedengaran bunyi tumbler berdenting jatuh terlepas dari tangan Khairul Ikhmal. Separuh air minuman tersebut telah selamat mendarat membasahi baju kerjanya. Ya Tuhanku, dugaan apa pulak ini?

"Sa... saya minta maaf, encik. Saya tak sengaja!"

Suara seorang gadis menyentak pendengaran Khairul Ikhmal. Dia mengalihkan matanya ke arah gadis itu. Intan Aisha! Riak muka gadis itu menunjukkan rasa bersalah.

"Tak apa, saya maafkan. Lagipun saya tak sengaja jugak." jawab Khairul Ikhmal juga.

Ilham menuju ke arah Khairul Ikhmal. Dia menghulurkan kain bersih untuk kawannya membersihkan kotoran pada baju. Ilham melirikan mata pada si adik.

"Aisha buat apa tadi?"

"Aisha tak sengajalah, along. Sorry..." jawab Aisha yang menundukkan kepala.

Takut. Abang sulung dia terlebih hormon garang. Nanti salah cakap mahunya kena baham. Bang angah, selamatkanlah adik! Along dah tayang tegas dia. Jerit Aisha dalam hati tanpa menghiraukan pandangan Khairul Ikhmal yang leka membersihkan bajunya.

"Dahlah tu, Ilham. Adik kau tak sengaja. Aku pun sama. Tak perasa dia tadi. Perkara kecik je la. Istighfar dan tenang. Pelanggan banyak tengok kita bertiga dekat sini," tutur Khairul Ikhmal.

Ilham baru perasan yang ramai mata mata memerharinya. Cepat cepat Ilham berlalu ke ruangan belakang kedai. Aisha tertunduk malu.

"Sorry..." ucap Aisha sekali lagi.

"Tak apa. Btw, saya pergi dulu. Assalamualaikum," kata Khairul Ikhmal terus menghilangkan diri dari pandangan gadis itu.

"Waalaikumussalam..."

Terkebil kebil Aisha melihat jejaka itu berjalan keluar dari kafe. Sekarang ini dia kena berhadapan dengan bapak singa terlebih dahulu. Aisha mengeluh sendirian. Ilham memang terkenal dengan ketegasan dan disiplin yang tinggi. Biarpun Ilham garang, abangnya tetap manjakan dia. Berbanding angah a.k.a Ilham Ameer yang berperangai nakal dan terlebih sengal, dua dua abangnya itu adalah penyayang.

Sekarang ini, Aisha mengetuk pintu bilik abangnya. Semoga dipermudahkan dan along tak mengamuk. Aamiin.

__________________________

Khairul Ikhmal memandang vest biru yang tercemar dengan kopi yang tumpah tadi. Dia menanggalkan butang satu persatu sebelum vest itu di buka. Dia meletakkan vest itu di belakang kerusi. Nasib baiklah baju kemejanya tak teruk sangat terkena kopi. Kalau tak memang dia seharian bekerja dengan baju kotor itu.

Intan Aisha...

Tak sangka dia berjumpa dengan gadis itu setelah sekian lama tidak bersua kembali. Bukan seorang kawan ataupun kekasih, malah hubungan antara mereka hanya suam suam kuku saja. Bukan gaduh ke apa, rasa kekok bila berduaan dengan gadis itu.

Dia tahu macam mana Ilham mendidik adik adiknya. Khairul Ikhmal jugak selalu terkena tempias si lelaki itu. Namun semuanya ada hikmah. Dia sendiri pun terikut ikut dengan ketegasan Ilham.

"Kau termenung apa, Khai? Cepatlah, kita ada mesyuarat kejap lagi!"

Khairul Ikhmal terkejut mendengar bebelan teman sepejabatnya, Ash yang bercekak pinggang dengan buku nota ditangan. Dia beristighfar seketika.

"Kau ni suka buat aku terkejut." Khairul Ikhmal merungut geram.

Dia terus mengambil dokumen kerja dan buku nota kulit sebelum berjalan keluar dari bilik pejabat. Khairul Ikhmal berjalan seiringan dengan Ash. Telefon bimbit dia keluarkan lalu dia menukar dari mod bersuara kepada senyap. Dia tak nak sewaktu mesyuarat ada gangguan. Mahunya masak dia nanti kena dengan bos. Wuish seram rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience