Rate

BAB 1

Romance Series 1673

DIA meletakkan beg tangan di kerusi sebelah. Matanya memandang sekeliling kafe itu. Sunyi dan tenang. Almaklum baru pukul 7 pagi. Intan Aisha mengeluarkan komputer riba dari beg galas yang dia turut bawa tadi. Dia menghidupkan komputer riba tersebut.

"Good morning, assalamualaikum Kak Aisha!"

Seseorang yang memberi salam dan sapaan padanya terus Aisha mencari si pemilik suara itu. Aiman Hariz, barista tetap yang bekerja di kafe milik abangnya itu. Aiman berjalan ke arah Aisha lalu meletakkan sebuah cawan yang berisikan kopi kegemarnya.

"Waalaikumussalam, amboi Man siap dengan kopi kegemaran akak dia hantarkan. Thanks ya dik," tutur Aisha menayangkan senyum segaris pada pemuda tersebut.

Aiman tersengih sengih saja. Dia melabuhkan punggung pada kerusi yang berada berhadapan dengan Aisha. Aisha menghirup sikit kopi itu. Hmm sedap seperti biasa. Puji Aisha.

"Jadi, akak buat apa dekat sini? Ingatkan akak kat pejabat tadi," kata Aiman.

"Tak, malas akak nak ke sana. Lagipun, akak dah arahkan staff akak untuk pantau nanti."

Aisha meletakkan cawan yang dia pegang ke atas piring. Dia membetulkan hoodie yang digunakan. Aisha hanya mengenakan selendang berwarna biru laut, hoodie berwarna biru tua dan seluar tracksuit. Santai dan selesa.

Aiman terangguk angguk kepalanya mendengar penjelasan Aisha. Dia sunggu berasa teruja apabila mendapat tahu bahawa Intan Aisha, pemilik Zi Aisy Printing Sdn. Bhd adalah adik kepada majikannya.

Terkenal dengan rekaan kad perkahwinan dan seorang usahawan muda yang berjaya, Aiman berasa dia bertuah untuk mengenali adik beradik yang berjaya itu.

"Akak buatlah kerja dulu. Man nak siapkan jualan. Tunggu Eddie dan Mira memang tak jadi kerja ni. Enjoy  your day kak Aisha!"

"Yaa, enjoy your day too Aiman!"

Aisha meneruskan kerjanya yang tergendala. Minggu ini jadualnya tak sepadat jadual minggu lepas. Langsung dia tak ada rehat demi menyiapkan rekaan kad perkahwinan milik klien. Hari ini, dia ingin berehat saja. Lepak di kafe milik abangnya.

Bosan pula bila dia asyik terperap dalam rumah. Encik Amran dan Puan Zahra tiada dirumah. Mereka berdua balik ke kampung untuk menziarahi paksu yang sakit kerana terlibat dengan kemalangan pada minggu lepas. Nasib baik paksu hanya cedera ringan saja dan maksu pula hanya terseliuh bahagian tangan.

Dritt... dritt...

Aisha tersentak kecil bila telefon miliknya berdering menandakan pesanan masuk. Dia mencapai telefon lalu membuka aplikasi WhatsApp. Mesej dari Zairi rupanya. Dia mengeluh seketika sebelum meletakkan kembali telefon bimbit itu di atas meja.

Zairi adalah lelaki pertama yang meluahkan rasa cinta kepadanya. Seperti yang Aisha ingat, Zairi menyimpan perasaan sejak sekolah menengah lagi. Malahan, lelaki itu juga pernah berkata dia akan masuk merisik bila mereka menamatkan pengajian di martikulasi. Namun, Aisha menolaknya atas alasan terlalu muda untuk semua ini dan tidak bersedia.

Dan sekarang... Umur mereka 24 tahun. Zairi bekerja di sebuah anak syarikat hartanah terkemuka sebagai arkitek, manakala Aisha pula meneruskan impian untuk memiliki sebuah syarikat pencetakan. Dan dari situlah Zi Aisy Printing Sdn. Bhd wujud serta dikenali ramai.

Dia tahu Zairi masih lagi menaruh harapan namun sayangnya Aisha tidak memperdulikan. Rasa cinta yang dia pupuk sejak dulu untuk lelaki itu seolah olah kalis dengan hatinya. Dia hanya anggap Zairi sebagai sahabat saja.

Buat apa aku fikir semua itu? Zairi telah janji takkan sebut lagi fasal itu. Dia kena hormat keputusan aku, bukannya memaksa. Getus hati Aisha lalu menggeleng kepala untuk mengusir rasa hati yang mula melarat itu.

"Aku dah lambat!"

Khairul Ikhmal berlari turun ke tingkat bawah. Dia terkocoh kocoh menuju ke dapur. Roti bakar yang tersedia di atas meja dia sambar. Auch! Panasnya. Nyaris saja dia menjerit akibat tindakan refleksi antara tangan dan roti bakar itu.

"Astagfirullah Al Azim Ikhmal... cubalah kau duduk makan. Tak baik kau makan berdiri macam tu."

Beristighfar panjang Mukhreez melihat gelagat Ikhmal yang kelam kabut bagaikan apa. Ikhmal membiarkan saja teman serumahnya membebel. Roti bakar dia makan dengan begitu gelojoh sekali. Dan tiba-tiba...

"Reez, air! Uhuk, uhuk!"

Mukhreez cepat-cepat menuangkan air kosong dalam gelas sebelum dihulurkan kepada Ikhmal yang tercekik. Dengan penuh rakus Ikhmal menelan air tersebut. Ya Allah, perit rasa tekaknya. Itulah akibat jika makan laju sangat.

"Aku dah lambat!" kata Ikhmal dengan gelabah.

Mukhreez menepuk dahi Ikhmal. "Lambat apa bendanya? Baru pukul 7:15 pagi. Kau masuk pejabat pukul 9 kan?"

Ikhmal terkebil kebil mendengar kata kata sahabatnya. Dia teringat sesuatu. Malam tadi, dia setkan jam locengnya. Namun, jam dinding tu tak berbunyi dan Ikhmal menepuk dahinya. Matanya memandang jam yang terpapar di skrin iPhone.

"Jam loceng aku mati rupanya. Allahu, aku lupa tukar bateri jam tu lagi," omel Ikhmal lagi.

"Kau dengan cuai kau memang tak boleh terpisah, Mal. Dah berapa hari jam tu mati pun kau tak perasan. Apalah kau ni," bebel Mukhreez sambil membuka apron yang dia guna sebelum digantungkan pada tepi peti sejuk.

Mukhreez menggelengkan kepala melihat Ikhmal hanya menayang gigi putih yang tersusun elok. Ikhmal menghabiskan sarapan. Setelah itu, dia memakaikan blazer berwarna hitam yang dia tak sempat gunakan tadi. Setelah memastikan penampilannya kemas seperti biasa, Ikhmal menyarungkan kasut kulit.

"Reez, aku gerak dulu. Takut lambat sampai ke pejabat nanti. Kau tahulah macam mana jemmed pagi pagi macam ni."

Mukhreez melaung membalas pesanan lelaki itu. "Yelah, kau jangan lupa program kita petang nanti!"

"Hah, iyalah. Nanti WhatsApp aku. Aku gerak dulu. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam..."

Beg galas berisikan kerja Khairul Ikhmal turut bawa sekali. Dia menekan butang unlock pada alat kawalan kereta miliknya. Pintu kereta BMW berwarna biru dia buka sebelum meloloskan diri dalam perut kereta. Ikhmal memulakan perjalanan setelah membaca doa.

Petang nanti dia dan Mukhreez serta teman serumahnya yang lain akan melakukan sesuatu. Bahan dan barangan sudah mereka siapkan sejak malam semalam. Cuma, balik nanti ada beberapa barangan saja dia kena beli..

Pandai pandailah dia singgah dekat mana mana pasaraya besar nanti. Sebelum dia menuju ke pejabat, dia ingin singgah ke sebuah tempat terlebih dahulu yang setiap hari dia wajib ke sana. Coffea latte! Wait for me!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience