Rate

HSS: BAB 3

Romance Series 1673

INTAN Aisha mendengus. Matanya tertumpu pada seorang jejaka yang sedang nyenyak tidur berdengkur di sofa panjang di ruang tamu. Dia mengambil kusyen lalu memukul belakang jejaka itu dengan kuat.

"Angah, bangunlah. Dah nak Maghrib ni!"

"Hmm, 5 minit lagi..." jawab angah menggumam.

"Ilham Ameer bin Muhammad Amran, kalau tak bangun adik panggil Along nanti," ugut Aisha yang bercekak pinggang masih lagi setia berdiri di sebelah sofa.

Ilham Ameer yang mendengar ugutan itu lantas perlahan lahan memcelikkan mata. Haish tak guna Aisha ni, ada ke bapak singa dia seru. Baru nak mimpi lena seketika, bukannya nak tidur sampai ke pagi nanti. Tapi kalau sampai ke Subuh, seronok jugak.

"Hish berangan pulakk. Cepatlah bangun, dahtuh pergi mandi. Ni Along nampak masak angah nanti kena bebel. Balik kerja terus terbongkang tidur. Ya Allah!"

Ilham Ameer tersengih sengih saja. Salah dia juga kerana tertidur selepas solat Asar tadi. Dengan siap berpakaian pejabat lengkap lagi dia tidur. Dia bangkit duduk lalu meraup raup wajah putihnya untuk membuang rasa mengantuk dan mamai.

"Awal adik balik hari ini. Selalunya kalau tak Maghrib, tak nampak muka adik kat rumah ni," kata Ilham Ameer.

Intan Aisha duduk sebelah abangnya lalu melabuhkan kepala pada bahu lelaki itu. Keluhan keluar dari bibir kemerahan milik gadis itu.

"Kena dera dengan Along. Dia suruh adik masak asam pedas kegemaran dia. Tu yang adik balik awal," terang Intan Aisha.

"Buat hal eh?" teka Ilham Ameer.

Intan Aisha mengangkat kepala memandang si abang. "Mana ada adik buat hal."

"Habis itu kenapa menggelabah biawak tak cukup zat ni? Angah kata je kan..."

Memasak makanan kegemaran si abang sulung merupakan hukuman dan denda yang biasa Ilham Aziz kenakan kepada Intan Aisha. Kalau Ilham Ameer pula selalunya kena denda menjadi pelayan dan barista selama seminggu di kafe. Mana mungkin dia tidak hafal akan denda yang abang mereka berikan, kalau tak naya saja dahi merah kerana kena ketuk nanti.

Intan Aisha mencebik. Tahu tahu saja diri dia ada buat salah. Haa mulalah nak menyakat. Kalau dah Ilham Ameer bangun memang takkan pernah aman. Habis semua nak disakat dan diusik. Puan Zahra mama dia pun kadang-kadang menjadi mangsa pembulian si anak. Perangai siapalah si abang ikut ni. Hadoi!

"Diamlah, dah pergi mandi sana. Angah busuk!" halau Intan Aisha yang mengepit hidung.

Ilham Ameer bangkit lalu memeluk si adik kuat kuat. Merontan ronta Intan Aisha dia kerjaka .

"Ni hah si busuk ni yang selamatkan adik dari Along. Jangan sombong sangat, budak kecik!"

Cepat cepat Ilham Ameer melepaskan pelukan lalu berlari menuju ke tangga. Aisha menjerit kegeraman! Tak guna pak cik Ameer ni. Main kasar! Huh!

"Angah!"

Kedengaran suara Ilham Ameer ketawa mengilai. Aisha menggelengkan kepala saja. Nasib abang kalau orang lain sudah lama dia gusti. Penat den layan!

KHAIRUL Ikhmal tiba di depan deretan bangunan kedai. Selepas keluar dari pejabat tadi, dia terus saja ke pasaraya berdekatan untuk membeli sekotak tepung gandum dan beberapa lagi bahan masakan yang telah habis. Ramai mata mata yang memandang gelagatnya membeli barangan tadi. Seumpama pesalah pula dia rasakan.

Dia keluar dari kereta lalu membuka pintu belakang. Kotak tepung dan plastik dia angkatkan. Pintu ditutup dan dia menekan butang lock pada alat kawalan kunci kereta. Setelah memastikan semuanya baik-baik saja, Khairul Ikhmal melangkah menuju ke sebuah kedai bernama The Delicous Delight. Dia menolak pintu kaca itu.

Seperti yang dijangkakan, kelihatan Ilham Aziz, Mukhreez, Shah dan Harriz sedang duduk berborak berdekatan dengan meja kuanter. Ilham Aziz perasan akan kehadiran kawannya itu terus menegur.

"Assalamualaikum Mal, lewat jugak kau sampai.

"Waalaikumussalan, maaf maaf aku beli barang ni hah. Ada yang dah habis," jawab Khairul Ikhmal.

"Tak apa, janji kau selamat sampai okay jelah," jawab Shah yang dari tadi asyik memerhati gelagat Khairul Ikhmal dan yang lain.

Khairul Ikhmal melepaskan semua barangan tadi ke atas meja. Naik lenguh lengannya membawa kotak tepung yang berat itu tadi. Khairul Ikhmal menarik kerusi berdekatan lalu duduk untuk melepaskan penat. Tali leher dia longgarkan. Butang baju dia bukakan sehingga paras dada yang menampakkan t-shirt berwarna hitam.

"Kalau kau penat sangat, lepas Isya' saja kita start."

Kata-kata Shah membuatkan khairul Ikhmal mencelikkan mata. Dia mengerling Shah yang duduk menghirup kopi. Duduknya dibetulkan bila dia rasa belakangnya sakit.

"Aku okey je lah. Biasalah penat sikit, jadi Reez semuanya dah siap ke?" tanya Khairul Ikhmal kepada Mukhreez.

"Dah siap!" jawab Mukhreez dengan muka ceria.

Khairul Ikhmal bangun berdiri. Dia berjalan ke belakang kedai untuk menukar pakaian. Setelah beberapa minit, Khairul Ikhmal muncul kembali dengan uniform khas berwarna putih dan berapron yang diikat kemas pada pinggang lelaki itu.

Shah dan Harriz berpandangan. Bibir mereka menyungging senyuman kecil apabila Khairul Ikhmal telah memulakan kerjanya.

"Khairul Ikhmal always be the best," kata Shah.

Harriz mengangguk pelan. "Iyup, he's perfect."

"Kalau kita jual Khai ni, memang boleh jugak kita tumpang populariti dia," kata Harriz lagi.

"Lepas tu bolehlah kita nak mengorat mana mana awek."

Mengekek mereka berdua ketawa mengenakan sahabatnya itu.

"Amboi korang, nak jual aku konon. Eh tak payah sengal, aku taboh sorang sorang nanti," marah Khairul Ikhmal yang mendengar perbualan sahabatnya tadi.

Ilham Aziz turut ketawa. Kesian sahabatnya itu selalu menjadi mangsa usikan Shah dan Harriz. Dia tahu marah Khairul Ikhmal hanya sekadar dimulut, bukan dihati.

Kalau sesiapa tahu siapa pemilik sebenar kedai roti The Delicous Delight ini, sudah tentu Muhammad Khairul Ikhmal bin Hj. Hanafi menjadi tumpuan ramai. Lelaki itu sungguh lengkap berpakej. Kacak, pandai dalam pelajaran yang merupakan seorang graduasi keluaran salah satu universiti popular di United kingdom dalam jurusan arkitek, pandai memasak dan begitu peramah orangnya. Kalau tersenyum pun boleh membuatkan anak gadis cair kerana lesung pipit sebelah kanan yang sungguh dalam.

Dari pembuatan doh dan pembakaran roti yang mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan. Khairul Ikhmal melakukan kerjanya dengan begitu tekun sekali. Kedai bakeri The Delicous Delight ini dia telah amanahkan Shah dan Harriz untuk menjaga dan menguruskan. Tanpa mereka berdua, memang Khairul Ikhmal tak menang tangan. Dengan kerja pejabat lagi, ditambah pula dia merupakan pembekal roti bagi Ilham Heaven's Cafe.

Khairul Ikhmal memasukkan dulang terakhir dalam ketuhar khas lalu dia menekan beberapa butang yang ada disitu untuk menentukan tempoh masa pembakaran dan suhu yang disesuaikan untuk memasak roti tersebut. Dia memusingkan badan lalu memandang sahabat-sahabat lain yang sedang berbual.

"Jadi sementara tunggu roti ni masak, marilah kita lepak makan kat kedai Mak Jah sebelah tu. Aku dah lapar sangat ni," ujar Khairul Ikhmal menepuk perut.

Semua mengangguk setuju dan mereka berjalan keluar menuju ke kedai makan bersebelahan untuk mengisi perut yang berkeroncong. Kalau dibiarkan, memang menjerit jeritlah jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience