BAB 2

Family Completed 551

DETIK GEMILANG

Hampir jam 9.00 pagi. Ramai pelajar sudah berkumpul di depan bilik Kokum. Bukan setakat pelajar 6 Bawah, pelajar-pelajar tingkatan lain turut turun memeriahkan suasana. Satu demi satu nama di panggil. Tuhan... sakitnya penantian ini. Ada yang senyum...manis, kelat, pucat, Ada yang berwajah suram, muram... ada yang keluar bersama tangisan... apakah erti semua ini...

Tiba-tiba... terdengar nama di panggil.... "Awak ye? Cikgu Raziah memandang wajahku. Inilah guru Matematik yang selalu aku lakarkan mimpi semasa kelasnya! "Sayangnya matematik awak tu..."

Dus! Jantung bagai ditabrak! Darah di seluruh urat nadi kurasa semakin membeku. Tangan terketar-ketar menyambut. Ucapan terima kasih tenggelam di dalam kerongkong. Terus kulipat kejap. Tidak mahu melihat. Kawan-kawan yang ada di sekeliling terus mengerumun mahu melihat keputusanku. "Hei! Razzi mung dapat 7 aggregat lah.... entah siapa yang menjerit itu ku tidak tahu. Ada yang memelukku. Ada yang mencium pipiku. Aku menangis sesungguh hati. Pagi itu awan mendung. Namun kurasakan bagai matahari bersinar cerah secerahnya.

Terima kasih Tuhan. Hanya itu yang mampu aku ucapkan saat dahi menyentuh sejadah di Masjid Tengku Amalin A'isyah Putri. Tiada sesiapa waktu itu hanya aku, Mc Ann dan Chah. Chah memberitahuku ramai yang kaget melihat aku tadi. "Kenapa?'' " Mung menangis teruk sangat! Mesti ada yang ingat mung fail Razzi!"" Memanglah Chah...Mate aku ni!"

Ketika diri kembali bertenang,aku teliti semula keputusan didalam genggaman.
BM A2,
BAT A2,
BAK A1,
PERDAGANGAN A1,
SEJARAH A1,
ENGLISH A1,
SAINS A1,
PEND. SYARIAH ISLAMIYYAH A1,
PEND. QURAN SUNNAH A1,
MATE = KANTOI!
Rasminya 7A1, 2A2= 9A! Hmm... cantik jugak keputusan aku ini...

Terkenang dua minggu sebelum SPM, aku gagal peperiksaan percubaan. Dua minggu itulah aku menangis, beruzlah, bermunajat ,malah sepanjang dua minggu itu dan hari-hari sepanjang peperiksaan aku berkampung di masjid. Pulang ke asrama hanya untuk mandi dan bersalin pakaian. Di ruang masjid itu ada satu ruang khusus yang menjadi saksi segala usaha dan upaya yang dikerah sehingga ke minit-minit terakhir... teringat bicara abah semalam, benarlah apa yang Pak Da khabarkan, aku dapat 7 agregat.

ARMAN? Chah- 9, Aku-7, Mc Pah-10,Syikin-7,Mc-An-7. Tahniah Arman.

Chique dan Irwani dinobatkan pelajar terbaik- 6 agregat. Teh-11 dan Che Ngah-10. Tahniah geng! Nabilah,Kak Mak,Maslina dan Kak Sya pun 7 agregat. Tak heran mereka semua memang top ten di sekolah kecuali aku... meski apa pun semua ini anugerah dan ketetapan Tuhan. Alhamdulillah...

Petang itu aku benar-benar tersengih memanjang sepanjang jalan. Tak sabar lagi untuk pulang. Nak tunjuk pada mi dan abah...

KAMPUS IMPIAN

Pasca keputusan bererti hari-hari mengisi apa jua borang yang tercapai dek tangan. Tiba-tiba sahaja aku dihambat inferiority complex penangan subjek Matematik yang kecundang. Dalam kekalutan itu aku bulat membariskan UIAM di dalam borang UPU. Tak segan-segan juga aku memohon program TESL luar negara!

"Razzi, aku nak gi Jordan atau Mesirlah..." Chah memberitahuku suatu hari. Sambil-sambil menunggu Cikgu Tengku guru Pengajian Am kami berlonggok dulu di meja ARMAN. "Buat apalah nak pergi jauh-jauh Chah, UIA kan ada, kalau awak nak environment luar negara, kat UIA pun ramai student foreigners kan?" Yakin benar aku mempromosi kampus impianku sedari dulu lagi... UIAM! "Eiii Razzi, Kak Ja saya yang belajar kat Jordan cerita best la belajar kat sana...ada 4 musim! Salji, musim bunga, musim gugur... seronok tu..."
"Betul tu Razzi abe Din aku yang di Syria pun cerita seronok belajar di luar negara ni..."
"Hmmm... entahlah Chah, tak ingin dah aku belajar bahasa Arab, cukup lah di Maahad ni, aku nak ambil Human Science, Psikologi, aku rasa course ni menarik..."

"Syyy! Cikgu datang." Najah berbisik. Semua kembali ke kerusi dan pura-pura bersedia menanti cikgu tiba.

Suatu pagi di asrama. Aku melihat Najah, Mc Ann, Mazlifah mundar-mandir di depan asrama B. "Eh! Ada apa ni? "
"Kami tunggu Rozita nak pergi pejabat pos."
''Nak buat apa?"
"Ni ha! nak hantar borang biasiswa KPM ke Jordan, course Bahasa Arab, Razzi nak? ada lagi satu salinan ni..."
Najah menghulurkan borang kepadaku. "Emm! Bolehlah isi, biasiswa kan?"
"Aik! Razzi hari tu beria-ia benar tak nak Bahasa Arab." Chah mengiat aku." Alaaa isi saja Chah, lagi pun belum tentu dapat kan?" " Razzi, cepat sikit isi tau, tarikh tutup minggu depan..."
"Insya Allah.” Malam.Aku bermimpi menyorong bagasi menaiki pesawat membelah awan.

Isi apa jua borang. Asalkan aku boleh sambung belajar dan keluar dari MMP ini. NO STU! NO STPM! Jika tidak aku mungkin akan berakhir sebagai minah kilang. Kesempatan pulang ke rumah kugunakan untuk mengisi borang KPM. Leceh juga, mahu karangan bahasa arab lah, mahu pengesahan dan cop lagi... teringat minggu lepas aku dan kawan-kawan memanjat tangga pejabat Jurutera Daerah Kota Bharu semata-mata untuk cop pengesahan!

"Nak pergi Jordan macam Amin ke?" Mi bertanya. Sambil-sambil tangan mengacau air teh di dalam kendi. " Isi saja mi... tak tahu dapat ketidak..."
"Jauh tu..." Ya memang jauh, dan aku pun tak sanggup sebenarnya untuk pergi. "Insya Allah UIA tu dapat kot, kak Pah minta course paling mudah- Human Science..."

Hari-hari berikutnya di maahad aku harungi dengan separuh hati sudah terpaut di kampus UIAM. Belajar pun ala kadar. Ustazah Mariam geleng kepala bila melihat keputusan peperiksaan semester pertama bagi subjek STU membariskan markah kebanyakannya di bawah 20! Faraidh, fiqh, tafsir,hadis,balaghah, nusus... semuanya kulalui tanpa secuit berbekas di hati. Aku benar-benar nekad untuk keluar dari maahad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience