BAB 4

Family Completed 551

SENGIT.

Perdana Cemerlang berbaki sehari. Aku mengambil masa untuk menguruskan gambar untuk pasport antarabangsa. Gambarku senget! Senyum tapi meluah sejuta hampa. " Dik, duduk tegak-tegak dik..." Fotografer mengarah. Rasanya kepalaku masih lagi memberat ke kiri. Bila dilihat semula memang senget! Senyumku, tudungku, cermin mata ku... alahai! Buruknya rupa! Apakan daya itulah wajah sebenar yang memperihal emosi dan jasmaniku saat itu.

Hari terakhir Perdana Cemerlang aku pulang. Segala urusan berbaki aku tinggalkan pada Kak An, biar dia menguruskan segala. Hari-hariku di MMP sudah berakhir, 7 tahun di sini yang mendewasakan aku. 7 tahun yang memenuhi usia remajaku. Hari ini aku melangkah keluar dan tak mungkin kembali lagi. Haluanku tanpa pilihan dan akhirnya aku pasrah pada ketentuan!

Di rumah, keputusanku disambut seribu perasaan. Ada gembira kerana mahu ke luar negara. Ada duka kerana jauh jaraknya..." kak Pah nak pergi ke? Dekat dengan Iraq tu... tengah berperang sekarang..." Mi bertanya, meredakan gusarnya. " Perang dah tamat, Amin tu baik-baik saja di sana... tak apa abah sokong, Kak Pah pergi lah!" Aku angguk.Aku terima.Aku pasrah.Aku redha... Andai ku tahu... mentafsir mimpi menaiki pesawat dahulu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience