Rate

BAB 1

Drama Completed 251

Aku yang leka mengibas-gibas nyamuk liar dengan caping yang dianyam ayah di bawah sepohon pisang gorengku kaget melihat Maher sudah tercegat di hadapanku.

Dengan terpinga-pinga aku memberikan salam; “Assalamualaikum. Kamu dari mana pula munculnya?” soalku dengan senyum kaku.

“Aku memasang pukat di danau sebelah,” jawab Maher yang pakaiannya agak basah mencecah dada. Dia terjengkit-jengkit melihat-lihat ladang nanasku yang terhampar datar sampai ke hujung.

Aku yang leka mengibas-gibas nyamuk liar dengan caping yang dianyam ayah di bawah sepohon pisang gorengku kaget melihat Maher sudah tercegat di hadapanku.

Dengan terpinga-pinga aku memberikan salam; “Assalamualaikum. Kamu dari mana pula munculnya?” soalku dengan senyum kaku.

“Aku memasang pukat di danau sebelah,” jawab Maher yang pakaiannya agak basah mencecah dada. Dia terjengkit-jengkit melihat-lihat ladang nanasku yang terhampar datar sampai ke hujung.

“Berehatlah dulu,” pelawaku sambil mengensot sedikit memberi ruang duduk kepada Maher di bawah lindungan daun-daun pisang.

Maher duduk di sebelahku. Topi lusuhnya dibuka kemudian diletakkan pada tempurung lututnya yang dibirati parut-parut baharu dan lama. Dia mengelap peluh yang membasahi dagunya dengan belakang tangan kanannya.

Mentari sangat panas mencerlang hijau ladang nanasku. Peluhku juga tidak henti-henti menitis semenjak tadi. Aku tadi menebas tunas-tunas rumpai yang tumbuh di setiap pohon nanasku. Sudah lebih enam bulan tidak disembur Roundap, rumpainya membugar subur. Semenjak hari raya yang lalu aku memang tidak bercuti ke kampung. Ayah pun sibuk menguruskan pekerja ladang kelapa sawitnya yang seluas 60 ekar itu. Kadang-kadang untuk menguruskan pekerja ladang kelapa sawitku pun ayah tidak ada masa, menguruskan ladang nanas setapak ini apatah lagi.
Parang

“Kalaulah saya berpelajaran tinggi dan bergaji tetap, saya tak akan bersusah-susah lagi pegang parang di tengah-tengah panas seperti abang ini.” Maher cuba mengandaikan hidupnya sambil memandangku kosong.

“Ayah sudah berikan tanah ini, saya usahakanlah. Orang yang tinggal di kota-kota besar tercaricari tanah seluas ini. Barangkali ada juga yang punya tanah sekangkang tapi sudah dijual untuk jalan singkat mengecap kemewahan,” jawabku sambil menguntumkan senyuman pada Maher .

Aku dan adikku sudah diamanahkan ayah 15 ekar setiap seorang tanah pusaka warisan Atuk. Katanya, kami sudah bekerjaya dan pasti sudah mampu untuk mengusahakan dan menjagai tanah warisan itu. Dia tidak larat lagi hendak memperbesar ladang kelapa sawitnya yang sudah mengeluarkan hasil sebanyak 47 tan sebulan.

Aku sudah mengerjakan kesemua tanah yang diamanahkan itu; 13 ekar aku kebuni kelapa sawit, 3 ekar lagi aku jadikan ladang nanas. Kedua-duanya sudah memberikan hasil pertama. Walau pun tidak seberapa aku bersyukur. Hasil yang telah diperolehi itu sedikit sebanyak telah mendorong minatku yang ditanam ayah sejak aku kecil lagi untuk terus mencaknai kebun kecil-kecilan itu.

Walaupun aku kini seorang guru di Daro, Sibu , jauh dari desa kelahiran namun semangatku tetap ada pada tanam-tanamanku. Apa lagi tanah pemberian itu tanah pusaka warisan dan bagi aku amanah terbesar daripada ayah setakat ini.

“Sudah berapa tan hasil ladang kelapa sawit kamu sekarang Maher ?” giliranku menyoal Maher . “Lima tan sebulan.” Pada nada suara Maher seperti tersisip sekelumit keluhan. Tangannya seperti sengaja dilibas-libaskannya mengusir nyamuk liar mengerumuni tengkuknya untuk menutupi sesuatu yang terpancar daripada nada suaranya tadi.

“Syukurlah, sudah banyak tu. Cukuplah untuk menampung perbelanjaan di kampung walaupun harga komoditi sekarang ini turun naik. Kalau tinggal di bandar memang tak cukup. Nanti tahun depan naiklah pula enam tujuh tan kalau ditaruh bajanya,” ujarku pada Maher .
Tunduk

“Ya. Tapi itu bukan tanah kami lagi. Saya hanya bekerja di situ.” Maher tunduk. Matanya seakan-akan terbenam jauh ke jantung tanah ladang nanasku.

“Bekerja? Kan itu tanah pusaka yang diwarisi abang Zainol , ayah kamu.” Aku sengaja menimbulkan persoalan.

“Ayah sudah jual pada tauke Cina dari Sandakan.” Maher berterus terang. “Aku sekarang jadi pekerja orang itu saja.” Sambungnya lagi. Jelas berjuntaian di wajahnya sejuta kesal dan keengganan.

Aku digamam naluri tekaanku seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience