Rate

BAB 2

Drama Completed 251

“Sebab apa abang Zainol jual tanah pusaka itu?” Aku tidak ingin meneka-neka cerita walaupun sebenarnya serba sedikit aku sudah tahu cerita sebenar daripada ayah.

“Ayah bayar harga buah kelapa sawit. Buah kelapa … ,” ayat Maher tersekat seketika: “Ayah dan kawannya kedapatan mencuri buah kelapa sawit di estet sebelah,” terang Maher dengan gerak nafas yang agak berat berhembus keluar meninggalkan paru-parunya.

Memang benarlah cerita suara-suara sumbang didengar ayah. Kes itu sengaja tidak dipanjangkan ke balai polis dan makhamah daerah kerana atas pertimbangan dan empati pengurus ladang terbabit melihat kehidupan abang Zainol cuma seorang penduduk kampung yang hidup sederhana. Dan mujur juga abang Zainol mengakui salahnya ketika tertangkap. Dan dia dengan senang hati mengumumkan berjanji kepada pengurus ladang dan kakitangannya dalam pejabat perladangan itu bahawa dia akan membayar segala harga kelapa sawit yang telah pun berjaya dijualnya sebanyak RM 3500.

Dia terpaksa menanggung kos itu sendirian kerana Safwan rakannya pemilik lori bermuatan tiga tan itu tidak mahu masuk campur. Safwan yang sebenarnya dalang kepada masalah itu menyangkutkan segala beban ke bahu abang Zainol . Dengan lapang dada, dia sendiri memberi cadangan kepada pihak pengurusan ladang supaya mengheret saja abang Zainol itu ke penjara kerana mencuri dan menggunakan lorinya untuk kerjakerja yang mengaibkannya.

Dia saya bayar gaji jadi pemandu lori ini untuk mengangkut buah kelapa sawit penduduk kampung yang tidak mempunyai kenderaan sendiri ke kilang Gold hope untuk dijual, ulas Safwan panjang lebar mempertahankan dirinya daripada kemungkinan Zainol akan bersuara menuduhnya terlibat sama. Abang Zainol pula diam membenarkan saja kata-kata tuduhan bosnya. Dia benar-benar seperti kerbau dicucuk hidung.

“Kalau ayah sekolahkan saya dulu. Sekarang saya mesti sudah jadi seorang guru atau sekurangkurangnya boleh jadi mandur orang Indonesia di estet-estet,” suara Maher yang kian lembut kedengaran lagi mengisi ruang udara yang berkabus fatamorgana di pagi yang merangkak tua itu. Aku memandangnya tanda setuju.

Menurut cerita ayah, abang Zainol entah sudah berapa kali dinasihatinya dulu supaya menyekolahkan anak-anaknya itu tapi nasihatnya seperti hujan jatuh ke pasir. Dia sibuk berjudi, aramaiti siang malam dan kaki perempuan di kelab-kelab malam. Waktu itu senanglah hidupnya sebab ayah dan ibunya masih hidup sihat lagi. Masih mampu bergerak ke sana sini menguruskan kedai dan mencari wang sampingan. Masih mampu memberikan wang belanja untuk menanggung hidupnya yang berfoya-foya sakan serta masih mampu memberi makan minum pada anak bininya. Setelah keduadua orang tuanya meninggal dunia, dan kebetulan isterinya tiga bulan selepas itu juga pergi buat selama-lamanya; segala kedai, rumah dan tanah milik mereka terjual tergadai sehinggakan hanya tinggal tanah pusaka sekangkang itu tapi sekarang akhirnya harta tersisa itu akhirnya terpaksa dijual juga. Maher dan adik beradiknya terpaksa menanggung derita tanpa pendidikan ditambah kerenah ayahnya yang kerterlaluan mementingkan diri sendiri.

“Itulah suratan takdir Maher . Pasti ada hikmah di sebaliknya. Maher kena banyak-banyak bersabar. Kena banyak-banyak berdoa pada Tuhan agar abang Zainol berubah. Ingatlah selalu, Tuhan telah merencanakan yang baik-baik buat hamba-Nya. Terpulang pada kita hendak mengikut kehendaknya atau bagaimana?”

“Abang, saya kadang berasa amat rendah diri melihat keadaan disekelilingku. Ramai anak-anak muda sepertiku yang berpendidikan tinggi sedang saya hanya seorang pemuda kampungan yang buta huruf dan terkongkong bagai katak di bawah tempurung.” Maher meluahkan perasaannya yang sepertinya telah terpendam lama memenuhi benaknya. Aku tahu menurut cerita ayah, abang Zainol memang mengurung anak-anaknya dengan perintah dan arahan amarah yang macam-macam. Mereka memang tidak ada masa untuk bertemu rakan-rakan melainkan menatap wajah bengis abang Zainol tiap waktu.

“Dengarilah saya Maher , kalau soal membaca menulis Maher boleh belajar sendiri. Dan saya boleh bantu lagi. Tapi syarat pentingnya kamu kena ubah cara kamu berfikir dulu. Kamu kena bantu diri sendiri. Kamu kena ada keyakinan diri.” Ilmu Penghantar Bimbingan Dan Kaunseling yang kupelajari daripada Prof Dr. Zi sewaktu di universiti dua tahun lepas, aku praktikkan untuk mengingatkan Maher agar tidak terus berasa rendah diri. Di sekolah ilmu ini jugalah yang aku gunakan setiap saat untuk memberikan motivasi pada anak-anak didikku.

Anak muda sekampung yang umurnya kurang 7 tahun daripadaku itu hanya mengangguk. Matanya kuyu.

“Semoga Maher faham apa yang aku maksudkan,” desis hati kecilku.

“Saya sungguh bertuah ada kawan dan keluarga macam abang,” simpulnya ringkas. Tampak jelas pada raut wajahnya dia memaksa senyumannya menghiasi bibir lesinya.
Bimbang

“Saya ada masa lapang seminggu dua ni. Maher boleh datang ke rumah pada waktu malam untuk belajar membaca dan menulis. Jangan bimbang saya tak minta apa-apa bayaran; bukubuku dan segala keperluan ada dengan saya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience