Rate

BAB 3

Drama Completed 251

Maher tertawa ceria persis aku semasa berumur tujuh tahun dulu masuk beralih sekolah ke darjah satu. Kegembiraanku yang bukan kepalang waktu itu bukan sebab apa, sebab dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan lama dari tadika dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu baharu.

Setiap malam; selepas isyak hingga pukul sebelas malam Maher tanpa segan silu datang ke rumah meminta tunjuk ajar padaku. Maher sangat tekun belajar. Seminggu berlalu dia sudah boleh membaca dan menulis sedikit-sedikit. Bukubuku cerita yang sesuai seperti hasil tulisan Siti Zainon Ismail banyak aku pinjamkan padanya untuk dibaca. Menurut ceritanya, ayah dan adik-adiknya ada juga bertanya ke mana dia pergi setiap malam. Dijawabnyalah ke rumahku. Abang Zainol diam. Dia semamngnya segan dengan keluargaku terutama sekali dengan ayah. Yang pasti sebab utamanya mereka saudara seperguruan menuntut ilmu persilatan dengan Tok Pedang. Ayah sebenarnya adalah anak murid terhandal Tok Pedang sepanjang hayat beliau menjadi guru silat. Hinggakan pedang kebanggaan guru silat dari Sumatera itu diwariskannya pada ayah. Sebab itulah walau pun perangai abang Zainol kurang baik dari dahulu kala lagi namun dengan ayah dia memang tidak berani.

Sedang aku asyik memetik buah nanasku untuk aku jual di perumahan-perumahan estet berhampiran petang nanti, Maher tiba-tiba terpancul dari semak samun di tubir ladang nanasku. Dia nampak cemas dan tergesa-gesa. Matanya merah seperti mata anak dara yang baru putus bercinta. Dan buat pertama kalinya dia memanggilku ‘cikgu’ dengan nada terketar-ketar;

“Adik saya pengsan berlumuran darah dipukul ayah dengan rantai motosikal. Boleh saya minta tolong cikgu untuk hantar dia ke Hospital Pitas,” kata Maher tercungapcungap. Antara kedengaran dan tidak suaranya. Air matanya yang meleleh jatuh ke tanah mencuitku bagai terpanah menjatuhkan saja nanas sebesar jak yang baru saja aku petik ke lantai ladang.

Kami dengan tergesa-gesa pulang ke rumah. Aku memberitahu ayah. Kami pergi bersama-sama mendapatkan Adi, adik bongsu Maher . Ayah menunggang motosikal RXZ lamanya. Aku memandu Axiaku. Aku sempat melihat wajah ayah bertukar menjadi merah padam. Aku tahu dia sangat marahkan sikap liar abang Zainol , rakan seperguruan silatnya.
Sendu

Sebelum sempat doktor memeriksa Adi di bilik wad hospital terbesar dalam daerah ini, Adi telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Luka akibat pukulan padu benda keras dikepalanya telah mencabut nyawanya, kata doktor. Dada Maher berombakombak kencang menahan sendu. Air matanya lesuh berbicara bahawa dia sangat sedih dengan pemergian adik kesayangannya itu. Aku juga sebak. kami pulang diselubungi sejuta selaput kesayuan. Sepanjang perjalanan selama dua jam dari Hospital Pitas ke kampung, Maher bungkam tanpa sepatah bicara.

Aku menghantar Maher pulang ke rumahnya. Rumahnya sunyi tanpa suara sesiapa.

Maher masuk ke dalam rumah. Aku menelefon ayah.

“Adik-adik Maher ada di sini,” sahut ayah di gagang telefon Lenovo A766ku.

Aku pun mendapatkan Maher di dalam rumah. Aku melihat dia berteleku di atas lantai papan halaman rumah usang itu yang hanya berlapis setampal-setampal tikar getah berwarna biru lusuh. Dia menghadap buku nota yang pernah kuberikan padanya seminggu lalu sambil air matanya menitis menyisir pipinya yang mengelupas dijamah matahari. Aku lantas melihat tulisan yang mencontengi buku itu, aku pasti itu bukan tulisan Maher . Mungkin itu pesanan abang Zainol , fikirku tertanya-tanya. Aku mencapainya untuk aku bacai. Sendu Maher bagai mewakili suara abang Zainol memecahkan keheningan halaman yang tiba-tiba ditimpa musibah sekelip mata pada tulisan menyayat hati itu:

Maher , maafkan ayah. Maafkan ayah.

Semoga Allah memberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan ayah selama ini. Maher jadilah abang yang baik untuk adikadikmu. Ayah pasti akan merindu kamu.

Orang kampung telah melaporkan perbuatan kejam abang Zainol terhadap Adi di balai polis Kampung Sungai-sungai untuk siasatan. Abang Zainol direman.

Dengan rasa bertanggungjawab dan simpati terhadap nasib Maher , Din, Gosem, Abuna dan Rona, Maher aku ambil menjadi pekerja diladang nanas dan kelapa sawitku. Aku juga membantu mereka menguruskan peperiksaan calon persendirian dan bersekolah seperti anak-anak lain.

Ayah kemudian mengambil Maher dan adik-adiknya menjadi anak angkat di rumah kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience