Bab 1

Romance Completed 81253

Melenggok tubuh tinggi lampai gadis berambut ash brown mendekati lelaki yang duduk bersilang di sofa kulit beberapa langkah di hadapannya. Dua belah tangannya di depangkan. Di sandarkan pada permukaan belakang sisi sofa. Pandang si gadis, yang senyum mengoda. Lenggok tubuhnya mengiurkan. High class hooker. Tak sia sia dia beli perempuan ni. Terpeta senyuman senget di hujung bibir.

Si gadis mendekat. Mencangkung di depan dia. Lurah dadanya di sebalik baju ketat hampir tersembur keluar ketika dia dengan sengaja mendorong belakang tubuhnya ke hadapan agar memudahkan dia menawan lelaki angkuh di depannya.

"Allow me to serve you now, sir."

Jemari runcing naik menyentuh paha itu. Kata orang orang di sini, berhadapan dengan lelaki ini sama seperti berhadapan dengan malaikat maut. Sedikit silap, nyawa jadi galang ganti. You will pay for your mistakes. Crueless. No emotion. Without mercy. And he is the devil. Mark Luke.

Jangan terpedaya dengan rupa sempurnanya. Jangan tertawan dengan senyum memikatnya. Dia bukan malaikat, tapi iblis yang mematikan.

Dari bersandar, tubuh tegapnya di tolak ke depan. Sebelah tangan terangkat memaut dagu runcing si gadis. Jemarinya bermain di sekitar wajah itu.

"Go ahead. I want to see how far you can satisfy me with your cheap body." jemarinya di larikan.

Si gadis leret senyum. Tubuh dia memang murah, tapi bayarannya mahal. Selagi layanannya di bayar, dia okay okay saja. Money is everything.

Jemarinya menjalar membuka satu persatu butang kemeja yang membalut tubuh indah itu. Dan Luke, hanya membiarkan. Mengamati wajah si gadis dalam dalam. Jemari runcingnya terhenti pada butang terakhir. Angkat wajah, si gadis tarik senyum mengoda. Tangan menari mengusap permukaan dada telanjang Luke.

Gelas wine atas meja di capai, segelas lagi di suanya pada si gadis. Tubuh ramping itu di tarik duduk atas pangkuannya. Gelas saling berlaga, mencicip anggur yang di import khas hanya untuk orang bernama Mark Luke.

Tangannya mengoncang gelas berkaki satu sambil mengira setiap detik. Matanya tak lepas merenung si gadis. Sabar dia menunggu. Hasilnya sudah pasti tidak akan menghampakan bila si gadis sudah menyentuh kepala sendiri. Wajah cantik itu tampak berkerut.

"Sir..." suaranya tenggelam timbul.

Buk!

Rebah dia di dada Luke. Dan bibir itu menyungging senyuman berpuas hati. Di dorong kasar tubuh si gadis ke tepi sofa. Bangun menanggalkan kemejanya. Tangan buat isyarat. Gamit dua orang lelaki yang setia berdiri di sudut ruang bilik itu dari tadi. Kemejanya di lempar pada salah seorang darinya. Dengan cepat, seorang lagi menyuakan kemeja baru dan bersih.

Luke paling, menghadap si gadis. Dua lelaki tadi telan ludah gerun melihat lukisan tattoo naga yang memenuhi kulit belakang tubuh itu.

"Dah tau apa perlu kau berdua buat? Bereskan." suara dominantnya memberi arahan.

Kedua lelaki itu serentak mengangguk.

Dua langkah di hayun. Pandang dua wajah tu silih ganti.

"Ingat. Sikit silap, I will welcome you both to hell."

Glup!

Ludah di telan payah. Bukan baru hari ini mereka bekerja dengan Mark Luke. Dah bertahun lamanya. Semakin lama, semakin mereka gerun dengan sifat tak berperikemanusiaan lelaki itu. Membunuh tanpa teragak agak. Bercakap tanpa ragu.

Langkahnya di atur keluar, menuju tempat biasa dia tuju setelah menjerat mangsanya.




Meja bedah depannya di basahi darah pekat likat. Merecik darah di lantai mengotori bajunya. Sekujur tubuh malang si gadis sudah tak bernyawa di biarkan tersadai polos atas meja. Yang mengerunkan, dadanya sudah di belah, mengeluarkan hati dan paling penting bahagian jantung milik si gadis.

Organ organ penting tubuh si gadis di masukkan ke dalam bekas khas. Nilainya sangat besar. Menguntungkan. Tangannya yang masih berbungkus dengan sarung tangan membelai kepala si gadis.

"What a pity..." mengumam seraya tersenyum senget.

"You make me satisfied." sarung tangan di tarik dan di lempar pada bakul sampah berhampiran.

See, dia beli si gadis dengan harga mahal dan dapat pulangan berlipat kali lumayan. Tiada satu orang pun dapat menghidu kerja terkutuknya. Tak mengira siapa mangsanya. Dia membunuh. Dia mendera, dan dia memanipulasi. Itu sudah menjadi makanan hariannya selama beberapa tahun ini. He is the real monster. Bertopengkan berjuta sandiwara.

•••

Tergesa gesa sepasang kaki membolos masuk ke dalam kereta. Nak cepat pulang. Lelah! Sedang tangan hidupkan enjin kereta, saat bersamaan, mata Darlene tertunak pada pasangan yang baru melewati sisi pintu keretanya. Mata di tunak pandang si gadis di sebelah lelaki. Mesra tangan itu merangkul lengan lelaki di sampingnya. Sesekali, pasangan itu kelihatan bercanda tawa. Terlihat bahagia sekali

Dia kenal gadis itu. Anak jiran yang duduk di aras apartment yang sama dengannya. Malas mahu jaga tepi kain hal orang, Darlene segera memandu pulang. Rehat dan tidur, tu lagi menguntungkan.

Esoknya, ketika hendak membuang sampah waktu petang, Darlene di tegur mama kepada si gadis yang dia nampak semalam.

"Darlene ada terserempak Tiara tak dekat mana mana sehari ni tadi? Aunty tanya sebab dari malam tadi Tia keluar tak balik lagi sampai sekarang." terlukis gurat risau di wajahnya ketika bertanya.

Darlene jeda.

"Ada... malam tadi."

"Dekat mana Darlene nampak?"

Baru nak jawab, tiba tiba seorang lelaki memakai topi dan mengenakan mask muka datang mendekati mereka. Tanya arah alamat dekat kertas yang di pegang tangan. Wanita tadi menjadi wakil memberitahukan selok belok simpang alamat yang di tanyakannya.

"Thank."

Serentak, pandangan Darlene dan sepasang mata itu bertembung. Darlene amati belakang tubuh yang dah melangkah jauh. Macam familiar. Fikir punya fikir, bukan lelaki tu ke yang dia nampak dengan Tiara semalam. Ya, dia yakin dia tak salah orang. Ingatannya masih tajam.

"Aunty naik dulu. Kalau ada terserempak Tia lagi, bagitau aunty. Minta dia balik cepat. Tolong cakap, aunty risaukan dia."

Teragak agak Darlene angguk. Beberapa minit, muncul seorang budak kecik tarik tarik hujung baju Darlene.

"Nah akak, ada orang suruh bagi akak." hulur lipatan kertas dekat tangan.

Berkerut wajah Darlene.

"Siapa?"

"Tak tau." jongket bahu si kecik.

Setelah lipatan kertas kecil berpindah tangan, kanak kanak tadi berlari mendapatkan temannya yang lain bermain semula di taman berdekatan.

Darlene buka lipatan kertas, baca dengan muka berkerut tulisan di atas helaian kertas yang di tulis seseorang buatnya.

'Buka bonet kereta.'

Serupa arahan. Bonet kereta dia ke maksud orang ni? Ada apa?

Darlene naik sekejap, ambik kunci kereta. Mula mula dia nak abaikan, tapi rasa ingin tahu kuat menyerang diri. Bonet belakang kereta segera di tuju. Tergamam dia di situ melihat bag bagasi warna hitam dah elok terletak dalam bonet keretanya. Apa yang penting, bag bagasi tu bukan miliknya. Sebelah tangan naik mencekak pinggang.

Bingung! Bag bagasi siapa? Nak kata ada orang pernah pinjam keretanya, takda pulak yang pernah meminjam. Lagipun, dia ni sejenis manusia bukan peramah sangat. Dari celah mana bag bagasi ni boleh ada dalam bonet keretanya? Terperanjat Darlene apabila telefon di pegangan tangan berbunyi nyaring.

Pandang nombor yang memanggil, bertambah pelik jadinya dia. Nombor tak dia kenal. Was was, panggilan itu di angkat juga.

"Buka."

Lagi, arahan dia terima. Berlapis kerutan di kening tatkala suara berat itu menjengah telinganya.

"Awak siapa?" serius. Tiada tanda mesra alam langsung.

"Buka dan lihat. I got a surprise for you."

Darlene mengepit telefon, sebelah tangan bergerak membuka zip bag bagasi. Kedengaran jeritan kecilnya sejurus melihat isi di dalam bag. Terundur langkah, telefon yang sedang di kepit hampir jatuh. Darlene menekup mulut, buntang mata. Mengigil tubuhnya. Telapak tangan di basahi peluh dingin.

"Tia..." gumamnya kecil.

Tubuh gadis malang itu di sumbat masuk dalam bagasi, di biarkan tanpa seutas benang. Lebih ngeri bila mana dadanya rompong. Organ tubuhnya di keluarkan. Di pisahkan dari jasad. Keadaan jasad Tria sungguh mengerikan. Mati dalam keadaan mata terbuka. Menyeramkan. Sadis!

Waktu itu, Darlene hanya fikir nak call polis. Panggilan di matikan. Dail nombor 999. Belum sempat punat memanggil di tekan, nombor yang sama tadi menghantar rakaman video dirinya. Berpaling Darlene pandang sekitar. Cuba mencari kalibat yang sedang merakam video dirinya. Tak lama, panggilan dari nombor yang sama masuk.

"Masih berani call polis? Kau akan jadi suspek utama."

"Siapa awak?! Awak yang buat semua ni?!" Darlene mengepal tangan.

Nampaknya dia kena perangkap. Di jadikan kambing hitam atas kesalahan yang tak dia lakukan.

"Ya, aku. Kau nak bukti?"

"Keparat!" Darlene memaki. Mengetap rahang menahan perasaan yang bercampur aduk.

"Dua pilihan kau ada. Pertama, bagitau perempuan tadi, of course orang akan hairan macam mana mayat anak jiran kau tu ada dalam kereta kau. Kau ada bukti tuduh aku? There isn't, right? Pilihan kedua, pandai pandai kau tanam tanpa jejak."

Tut!

Letak panggilan sejurus menyudahkan kalimatnya.

Darlene mengepal tangan. Bergegas dia zipkan semula bag bagasi depan mata. Bonet kereta di tutup. Matanya melilau pandang kiri kanan. Risau jika ada yang melihat. Lama dia berdiri macam tugu dekat tepi kereta. Buntu! Akalnya seolah mati dari berfungsi.

"Kenapa aku?" dia soal diri sendiri.

Ya. Kenapa dia?

Kenapa dia yang kena tanggung semua ni!

Darlene mencengkam rambutnya ke belakang. Mata terpejam rapat. Lelaki yang dia nampak malam tadi. Lelaki yang sama berpura pura bertanyakan alamat tadi. Yakin, semua ni angkara lelaki tu! Dia yang bunuh Tiara. Dan menjebak dirinya. Licik! dan tak guna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience