Darlene mundar mandir dalam bilik. Hujung jari di gigit. Dekat setengah jam dia begitu. Jam dinding di kilas. Sudah menghampiri 8:00 malam.
Dia bingung. Tak tahu keputusan seperti apa perlu dia pilih. Kepalanya seakan ingin meledak memikirkannya. Di luah mati emak, di telan mati bapak. Begitu situasinya sekarang ini. Report polis. Kedengaran mudah. Tapi dia, pernah punya rekod jenayah berapa tahun lalu atas tuduhan cuba membunuh kekasih temannya sendiri.
Salah kah dia ingin mempertahankan diri dari kena rogol oleh kekasih temannya?
Gara gara kejadian itu dia buang keluarga. Di sisihkan orang orang. Di benci. Sedangkan yang bersalah bebas ketawa senang hati. Dia yang jadi mangsa harus menanggung semua akibatnya. Paling menyedihkan, tiada siapa percaya dengan ucapannya. Di mata mereka, dia bersalah besar. Dunia, memang tempat yang tidak adil.
Baru ingin merasa hidup tenang, sekali lagi dia harus menanggung kesalahan orang lain. Kenapa! Apa dosa dia dah buat pada mereka semua! Darlene tepis pasu bunga atas meja. Melempiaskan kebencian dalam hati. Berkecai bunyi kaca jatuh berderai.
Terduduk dia atas lantai. Termanggu di situ. Kedua lututnya di peluk.
•
•
•
•
Nafas di tarik dalam dalam. Kerling jarum jam. Pukul 11:30 malam. Darlene genggam kunci kereta. Sarungkan kasut. Pintu di kunci. Saat berpaling, dia terserempak mama pada Tiara. Wanita itu sedang menunggu kepulangan anaknya di luar koridor. Resah jelas terlukis di wajah.
"Tak kerja hari ni?" dia tanya sebaik ternampak Darlene.
Darlene geleng pelan. Bukan tak kerja. Dia minta cuti mengejut sebab lelaki keparat tadi. Sialan!
"Kemana lah Tia ni pergi, call pun tak dapat dapat..." gumamnya sendiri menanti kepulangan si anak gadisnya.
Darlene berjalan menuruni tangga. Perasaan yang paling besar menghempap diri adalah perasaan bersalahnya pada wanita itu. Andai saja wanita itu tahu jika anak gadis yang di tunggu sudah tak bernyawa lagi. Andaikan saja dia melihat jasad Tiara di dalam bag bagasi yang terletak di keretanya sekarang. Tidak terbayangkan seperti apa reaksi wanita itu. Darlene mengetap kuat bawah bibirnya.
Orang lain yang membunuh, dia pula yang rasa berdosa. Menanggung rasa bersalah. Serasa ingin dia teriak kuat kuat di situ juga.
Keretanya bergerak membelah keheningan malam. Darlene memandu ke satu tempat. Mengambil masa dekat dua jam baru dia sampai pada tujuannya. Bunyi unggas dan cengkerik hutan saling bersahutan. Darlene ambik skop, mulai korek tanah. Memakan masa berjam lamanya dia membuat lubang tanah seorang diri.
Lelah, turun naik nafas. Matanya pandang bag bagasi di tepi.
"Maaf... Bukan niat aku buat kau macam ni. Pilihan apa aku ada?" dia mengumam kecil.
Darlene menunduk, menekur tanah yang di koreknya. Skop di lempar ke tepi. Dengan sisa kudrat yang ada, dia tarik bag bagasi lalu di humban ke dalam lubang tanah yang di koreknya. Tangan bergerak laju menimbus semula lubang tanah.
Bunyi tepukan tangan seseorang datang dari arah belakang serentak buat Darlene berpaling.
"Bukti kau sebagai suspek utama." tunjuk video yang di rakamnya dari tadi.
Meluru Darlene cuba merampas telefon di tangan Luke.
Terdorong tubuhnya di tolak Luke. Kuat dan kasar sampai dia terjatuh.
"Pengecut!" Darlene tentang pandangan mata membunuh itu.
Luke ketawa.
"Aku? Pengecut?" jarinya tuding diri sendiri.
Dia maju mendekati Darlene. Baju Darlene di cekaknya dengan sebelah tangan.
"Salahkan perempuan tu. Kalau malam tadi dia tak cakap dia kenal kau, nasib kau tak sesial ni."
Darlene ikut mencekak leher baju Luke. Dengan kedua dua belah tangannya. Tajam pandangan mata masing masing.
"Manusia macam awak paling layak mati! Tak perlu hidup dekat dunia ni! Iblis!"
"Yes, I am. Aku memang syaitan." sinis. Lalu sebelah tangan mencekik belakang tengkuk Darlene.
Berkerut wajah Darlene menahan sakit.
Pang!
Mendarat tangannya melempang pipi Luke. Wajah itu, sikit pun tak menunjukkan kesakitan akibat di lempangnya. Sepasang mata helangnya semakin tajam merenung Darlene. Di tolaknya tubuh Darlene sambil terlentang jatuh. Pergelangan tangan Darlene yang baru mendarat di pipinya tadi di pijak sekuat kuatnya. Sengaja dia tekankan tapak kasutnya.
Darlene kancing gigi. Tahan diri dari tak menjerit kesakitan. Pergelangan tangan yang masih di pijak cuba di tarik. Sia sia. Semakin mahu patah rasa tulang tangannya.
Luke mencangkung, masih tak mengalihkan kakinya yang sedang memijak tangan Darlene. Rahang pipi Darlene di cengkam. Sebelah lagi tangan sudah mengacukan pistol tepat di dahi Darlene.
"Kenapa? Ragu?" Darlene ketawa mengejek.
Mencerlung tajam matanya menentang tatapan Luke.
"Shoot me now!"
Luke rentap belakang rambut Darlene. Sampai terdongak kepala Darlene ke atas. Dah macam mahu tercabut rasa kulit kepalanya.
"Dari bunuh kau, aku pilih untuk seksa hidup kau." di tolak kepala Darlene sampai tersembam muka Darlene ke permukaan tanah. Bangun, kakinya di atur pergi.
Darlene meramas dedaunan kering yang terkaut dek tangan. Tajam matanya menghantar langkah kaki Luke. Matanya berkaca menahan rasa sakit di pergelangan tangannya. Syaitan sialan!
•••
Terpisat pisat mata Darlene, bangun dari perbaringan. Dia bermimpi kah? Rasa sakit di pergelangan tangan menyedarkan jika apa yang berlaku malam tadi bukan mimpi, tapi kenyataan.
Darlene tenung lama lebam di pergelangan tangannya. Masih lagi sakit. Di luar, kedengaran kecoh suara orang orang membicarakan tentang Tiara. Report polis dah buat, tapi jejak Tiara seolah sudah kena telan dek bumi. Hilang tiba tiba, tak tinggalkan jejak langsung.
Belakang Darlene sandarkan pada pintu, meraup wajahnya. Tangannya di angkat, bergigil jemarinya. Dengan tangan ini lah dia menimbus jasad Tiara malam tadi. Rasa bersalah semakin membelit diri. Sehingga dia tak mampu menarik nafas setiap kali memikirkannya.
•••
Luke senyum senget mendekati gadis yang sedang leka mengelap meja di bahagian luar cafe.
"Ikut aku balik nanti. Ada kerja perlu kau lakukan untuk aku." bisik dekat.
Darlene serentak toleh. Tegang wajahnya.
"Awak fikir awak berkuasa sampai saya perlu tunduk dengan setiap arahan awak?" sinisnya.
"Yes, see this. Lupa?" tunjuk video Darlene yang dia rakam semalam, hujung jari telunjuknya menolak dahi Darlene.
"Orang macam awak paling elok mampus cepat dan berambus ke neraka. Tempat paling layak untuk manusia jahanam macam awak!" keras nada tapi masih dapat di kawal. Kain lap meja di ramas kuat.
Luke balas dengan tawa mengejeknya. Jaraknya di dekatkan.
"For sure, I will drag you to hell with me." lalu berlalu meninggalkan Darlene di situ.
Darlene cuba mengumpul sisa kesabaran yang masih tinggal, tambahan lagi dia sedang bekerja. Emosinya di redam dengan susah payah. Membuak buak ingin meledak rasanya.
•
•
•
•
Darlene palingkan wajah ke lain ketika Luke membelah dada seorang lelaki depan depan matanya. Kejam! Ini dah terlampau kejam! Tak cukup bunuh, dia pergi korek organ dalaman mangsanya.
"Look here!" melenting lantang suara Luke.
Darlene meronta dari tadi. Kedua tangannya masih erat di pegang dua lelaki di sebelah menyebelahnya.
Luke mendekat. Sentuh muka Darlene dengan tangan yang di baluti darah. Sengaja dia mengoleskan darah di muka Darlene.
Darlene merentap tangannya sekuat tenaga. Meluru dia capai pisau kecil dekat tepi meja. Di hunus ke lehernya.
Luke ketawa keras.
"Kau nak bunuh diri? Cepat juga kau dah menyerah. Dah tak sabar nak mati jumpa tuhan?"
Tangannya mengarah dua lelaki tadi meninggalkan ruangan bilik itu. Pintu di kunci, langkahnya maju mendapatkan Darlene.
Darlene senyum senget, pisau dekat tangan dia cuba tikam ke perut Luke. Alang alang dia dah buat dosa malam tu. Takda beza pun kalau dia bunuh lelaki iblis ni.
Gerakan Luke sangat tangkas. Hujung pisau yang di hunus Darlene di genggam sampai melukai tangannya sendiri.
"Try to kill me huh?" di pulasnya ke belakang tangan Darlene, serentak pisau yang Darlene pegang terlepas jatuh.
Sebelah tangannya naik mencekik batang leher Darlene. Jemarinya mencengkam dalam permukaan kulit tengkuk gadis itu. Urat tangannya kelihatan timbul tanda dia memang kuat mencekik Darlene tika itu.
Pelan, cekikannya di longgarkan apabila melihat Darlene semakin lemas.
"Fuck!"
Baldi besi dekat tepi di tendangnya. Belum cukup dia seksa hidup Darlene. Perempuan tu tak patut mati sekarang.
Bruk!
Longlai tubuh Darlene terjelepuk jatuh tak sedarkan diri.
"Sial!" mengelegak darahnya.
Tangan yang terluka di genggam. Menitis nitis darah tangannya jatuh ke permukaan lantai.
Ikutkan hatinya sekarang, mahu saja dia bunuh gadis itu. Lenyapkan terus.Tapi, dia masih belum puas lagi buat hidup Darlene berantakan.
Share this novel