Bab 3

Romance Completed 82280

Mata hitamnya membulat mengamati keliling. Masih di ruang yang sama tadi. Damn it! Cahaya kekuningan lampu menerangi ruang. Di atas meja bedah, tubuh yang tak bernyawa masih elok terbaring di situ. Spontan Darlene bangun. Cari cari muka manusia hidup selain dia.

Hampa! Yang tinggal hanya dia seorang di situ. Bulu romanya meremang. Ruangan ini, entah berapa orang yang dah jadi mangsa iblis tu. Laju kaki mendekati pintu. Pulas tombol pintu, berkunci. Darlene mengetuk sekuatnya dinding pintu.

"Buka pintu ni!" jeritnya kedengaran.

Tiada tanda ada orang akan mengeluarkannya dari situ sekalipun dia menjerit sampai terkeluar anak tekak. Darlene mengepal sebelah tangan, sandarkan dahi ke dinding pintu.

Tak henti hatinya menyumpah seranah Mark Luke. Mengapa wujud manusia seiblis itu!

"Kau nampak atas meja tu. Bereskan. Tu kerja kau. Kau taknak, jangan harap kau dapat keluar."

Tegak kepala Darlene ketika mendengar suara Luke di luar pintu. Celaka!

Mark Luke menyandarkan tubuh ke dinding, silang tangan ke dada tunggu respond Darlene dekat dalam.

Darlene menekur kasut sendiri. Semakin kuat tangannya di kepal. Bermalam di ruangan ini bersama jasad dekat atas meja tu bakal menjadi mimpi ngerinya sepanjang malam.

"Sampai bila?" suara di celah gigi menyoal Mark Luke di luar.

"What do you mean, lady?" Luke buat tak faham, sekalipun dia faham maksud pertanyaan Darlene.

"Sampai bila awak pergunakan saya setan!" bergema lantang suara Darlene.

Luke ketawa.

"Till when? Let me think... Till your last breath."

"Asshole!" Darlene mengumam kasar.

"How? Setuju?" terpeta senyum iblisnya.

Darlene pejamkan mata, mengetap keras rahang.

"Buka pintu ni!"

"Answer me first."

"Saya akan buat apa awak nak! Puas hati?!"

Luke seluk poket seluar, keluarkan kunci buka pintu.

Darlene angkat tinggi tangan, hendak melempang wajah tu lagi. Luke menangkis serangan Darlene, tangan gadis itu di cengkam kuat. Tangan yang sama dia pijak malam tu. Dia tahu Darlene sedang tahan sakit di pergelangan tangannya yang sedia lebam. Wajah itu jelas melukiskan kesakitan.

Sebelah tangannya naik mencekik batang leher Darlene. Tubuh kecil itu di tolak kasar ke dinding.

"Don't you dare try me, or you will regret it!"

Dengusan kasarnya kedengaran, merempuh tubuh Darlene masuk ke dalam membungkus mayat lelaki di atas meja bedah lalu di seret ke arah keretanya.

Darlene mengurut tengkuknya. Sakit! Sampai kerongkongannya perit sekali. Dasar keparat!

Luke membunyikan hon kereta, tajam pandangan tenung Darlene yang masih tak melangkah masuk ke dalam kereta.

"Jangan sampai aku keluar seret kau masuk." tegas ancamannya.

Darlene masuk, menghempas kuat pintu kereta.




Darlene pandang cangkul tepi kereta. Luke mencampak mayat yang di bungkus dengan plastik hitam ke tepi.

"What are you waiting for? Buat kerja kau." batang cangkul di ambil, di campaknya ke kaki Darlene.

Spontan terundur tubuh Darlene ke belakang. Untung dia cepat elak.

Bunyi guruh di dada langit serentak buat Darlene dongak pandang ke langit. Awan hitam berarak menyelindungi cahaya kelam bulan. Angin bertiup kencang, sejuk dia rasakan. Batang cangkul hujung kaki di capai. Mula mencari tempat untuk di cangkul.

Belum dalam tanah di cangkulnya, rintis hujan dah turun membasahi bumi. Luke ambil sebatang payung dari dalam kereta, berpayung seraya menyandarkan tubuh di tepi pintu kereta pandang Darlene sedang buat kerjanya dalam keadaan diri dah basah lencun.

Dalam keadaan tangan sakit, tanah di cangkulnya tanpa mengambil masa untuk berhenti biarpun tubuh sendiri dah lencun di timpa hujan. Setelah memastikan kedalaman tanah di cangkulnya, bungkusan mayat tadi di seret dan di humban ke dalam lubang tanah lalu dengan cepat di timbusnya semula.

Batang cangkul di genggam erat. Memerah mata Darlene. Tak pasal pasal dirinya di seret sekali melakukan dosa yang tak mungkin di maafkan baik di dunia ini atau setelah dia mati nanti. Darlene toleh, pandang Mark Luke.

Langkah di atur, menepis kasar payung di pegangan Luke sampai terlepas dan melayang di tiup angin.

"Apa salah saya pada awak?!"

"Apa dosa saya?!"

Luke jatuhkan kepala pandang bawah, kedengaran tawanya mendengar pertanyaan Darlene.

Darlene kecilkan mata. Ya, mungkin bagi Mark Luke yang berhati iblis, pertanyaannya kedengaran lawak bukan?

"Tau kenapa? Aku seronok seret kau buat dosa sekali. Dah jadi tugas iblis seperti aku." kepala di angkat, tenung tajam Darlene di depannya.

"Wanna cry lady? Just cry. I don't care at all." maju setapak dekatkan bibir di telinga Darlene.

"Sekalipun kau menangis air mata darah. Aku sama sekali tak peduli. Understand?" senyum senget di tayangnya pada Darlene.

Darlene ketawa mengejek.

"Menangis depan setan? Apa saya dapat? Kebebasan? Awak nak saya merayu, sampai berlutut dekat kaki awak? Awak fikir saya semudah tu? Pergi mati!"

Luke ketawa menepuk nepuk tangannya. Such a bold!

Tangannya memaut kasar bawah dagu Darlene.

"Esok, cari mangsa untuk aku. Jerat sesiapa saja kau nak. Why not your bestie boyfriend. Sebab dia kau di buang keluarga sendiri. You are pathetic."

Mencerlung mata Darlene. Rupanya lelaki ini sudah mengorek sedalam dalamnya tentang dirinya. Bangsat!

Tangan Luke di tepis kuat.

"Tak!"

Terjongket kening Luke.

"Okay. Video kau malam tu jadi bukti kau bunuh anak jiran kau esok pagi. Be ready." Luke buka pintu kereta, membolos masuk ke dalam kereta.

Darlene mengetap kuat bibir sendiri. Sekali lagi, dia di temukan dengan jalan mati. Tak punya pilihan selain menurut.

Pintu kereta di hempas kuat. Waktu itu, Luke sedang menanggalkan baju basahnya dari tubuh di ganti dengan baju spare yang dia bawa.

"Bagi saya masa." Darlene tenung tajam Luke, tak langsung gerun dengan wajah bengis itu.

Luke tarik senyum kemenangan.

"Satu minggu. Cukup satu minggu aku bagi kau masa."

Darlene diam, tak menyahut. Tegang wajahnya tak usah kata.

"Saya harap saya dapat bunuh awak satu hari nanti." di tenungnya balik Luke.

Luke ketawa.

"Okay. Cuba bunuh aku. Sampai dapat. Pastikan sebelum aku bunuh kau." enjin di hidupkan, memecut pergi.

"Awak layak mati. Dengan cara apapun. Awak patut mati." dingin nada Darlene walaupun dia belum mengetahui nama lelaki itu.

"Hanya bila awak mati saya bisa bebas."

Pandangannya dan Mark Luke bertemu, Darlene hadiahkan senyuman paling sinis penuh kebencian pada lelaki itu.

"I can't wait to see how I die later." Luke ketawa mengejek Darlene.

Darlene buang pandang ke luar tingkap. Dia juga sedang memikirkan bagaimana cara mahu membunuh Mark Luke.

•••

Sejak pertemuannya dengan Mark Luke, kehidupan Darlene tak berjalan seperti biasanya. Tak seperti manusia normal yang lainnya. Tidur malamnya di hantui mimpi ngeri. Lingkaran hitam terpeta di bawah matanya sebab tak cukup tidur kebelakangan ini.

Jam kerjanya juga sudah tak menentu. Sampaikan dia kena buang kerja. Dah dua hari Darlene hanya terperap dalam bilik. Lebam di pergelangan tangan dan lehernya masih belum surut hilang.

Langkah kaki di seret ke bilik air membersihkan diri. Usai itu, Darlene tuju muka pintu. Di luar, kelihatan dua orang lelaki sibuk mengangkut barang lalu lalang depan pintunya. Darlene intai pintu sebelahnya. Ada orang baru pindah masuk? Nampaknya ya.

Tangan yang baru nak tutup pintu terhenti sendiri ketika mendengar suara seseorang yang bakal menjadi jiran sebelahnya mulai hari ini. Dua lelaki tadi bergerak pergi setelah menyudahkan kerja mereka. Darlene jenguk kepala ke luar pintu. Memastikan dia tak salah dengar.

Tergamam kejap Darlene bila melihat wajah jirannya tu. Damn! Cepat dia tutup pintu, belum sempat pintu terkatup rapat, sepasang kaki dah menghalang dari luar.

Mark Luke tolak kasar daun pintu, melangkah masuk ke dalam.

"Keluar!"

Luke toleh, tenung Darlene tengah menghalaunya.

"Keluar sekarang!"

Luke tarik kasar tangan Darlene, menolak tubuh gadis tu menjauh dari pintu lalu mengunci pintu dari dalam.

"Macam ni cara kau sambut jiran baru kau?" perlinya.

Terangkat bibir Darlene senyum senget. Jiran baru katanya? Dia tahu motif sebenar lelaki tu memilih tinggal di tempat yang sama dengannya.

Gelas kaca atas meja Darlene capai lalu di baling pada sasarannya.

Luke elak. Berkecai bunyi gelas jatuh ke lantai. Tangannya di tepuk pelan, nampak sangat Darlene memang ingin dia mati cepat.

Serpihan kaca di hujung kaki dia kutip. Langkahnya maju mendekati Darlene.

Terhentak kuat belakang tubuh Darlene di tolak Luke kasar ke dinding. Leher Darlene menjadi sasarannya. Di cekik leher gadis itu, sebelah lagi tangan mengores kulit leher Darlene mengunakan serpihan gelas di tangannya.

Darah menitis dari luka goresannya. Kuat tangan Darlene cuba menarik kedua tangan Luke menjauh darinya. Sikit pun tak berhasil.
Melihat Darlene melawan, semakin dalam dia tekankan serpihan gelas di permukaan kulit leher Darlene. Terpejam mata Darlene tahan pedih dan sakit luka lehernya.

"Beg me." sebelah tangan menguatkan cekikannya.

"Jangan harap!"

Mengetap rahang Luke. Di tenung dekat wajah gadis yang berani menentangnya. Mencerlung matanya dan semakin kuat tangan mencekik leher Darlene.

Memerah wajah Darlene mencari oksigen apabila nafas di rasakan sudah hampir terputus.

Luke lepaskan tangannya. Terbatuk Darlene,, tangan naik sentuh leher sendiri.

"Setan!" Darlene balas tenungan tajam Luke.

Nampak lelaki tu sangat ingin membunuhnya, jika bisa sekarang ini juga.

Bruk!

Terdorong semula tubuhnya ke belakang di tolak Luke ke dinding.

"Let me show you the real devil." botol kaca sekecil ukuran jari di keluarkan dari poket seluar.

Darah!

"Darah anak jiran sebelah kau ni. Kau nak rasa?" penutup di buka. Rahang Darlene di cengkam agar mulut gadis tu terbuka.

Sialan!

Darlene sama sekali tak menduga Mark Luke bertindak segila ini! Memintanya menelan darah orang mati! Mulutnya di katup rapat. Apapun jadi, dia takkan sesekali merayu simpati.

Luke tuang darah dalam bekas ke dalam mulutnya, tangan cengkam sekuatnya rahang Darlene memaksa mulut tu terbuka. Darlene ikut mencengkam kulit tangan Luke yang sedang memaksa mulutnya terbuka.

Melihat mulut Darlene terbuka kecil, bibirnya di rapatkan meluakkan darah dalam mulutnya ke mulut Darlene. Di katup rapat rahang Darlene agar tak sampai meluakkan darah pekat yang dah berada dalam mulutnya.

"Telan!"

Sampai mengeluarkan air mata Darlene, setengah mati cuba meluakkan semula darah kotor di dalam mulutnya.

"Try me one more time again aku pastikan kau telan jantung hati orang mati! Cuba!" di lepaskan tangannya, menyeka kasar bibir sendiri.

Kaki di atur keluar, menghempas kuat pintu.

Darlene langsung berlari ke bilik air, memaksa diri memuntahkan isi perutnya. Mulut di kumur tanpa henti. Kedua tangan mencengkam sisi sinki. Turun naik nafas, luka leher yang masih mengeluarkan darah di lap kasar. Setitis air matanya jatuh.

Air mata kebenciannya terhadap Mark Luke!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience