Yellow Love 1

Romance Series 2194

"Anisa!!!"Jeritan Ibuku membuat kan aku berhenti mengelamun.
"Ya Ibu" Aku berlari Anak menurun ke bawah

"Air Apa kamu buat ni!!?"Soal ibuku..

"Si.. Sirap bu.."Balasku Gugup.Apa pula kali ini Ya Allah.

"Kamu Tahu tak semua teman teman Ibu kata air ni masin!!Kamu ingat teman ibu tu orang biasa ke?!"Allah Apa berlaku?? Aku keliru.

"HUH!Aku dah lama hilang sabar dgn kau ni. Tinggal masa je nak makan Pelempang!."Jerit ibu tiriku.Dia mengangkat tangan ingin memukul ku.

Aik? Kenapa tak rasa apa apa?

"Adik pergi dulu" Kata Abang Syah. Aku mengangguk lemah.
Aku melihat dia menahan tangan tua itu dari memukul ku.. Terima kasih abang bisik hatiku.. Segera ku berlalu ke bilik.
Abang Syah itu sebenarnya Abang tiriku. Aku sedih.. Entah mengapa ibu sanggup mendera aku.

Ouh sebelum terlupa,nama aku Anisa Zulaikha Bt Azman.. Dipanggil Nisa oleh teman temanku.

Argh.. Hari Hari didera ibu. Kenapa Arwah Ayah kahwin dgn ibu ?.. Aku rindu mama.. Mama sudah berada di syurga ketika ini Harap ku..Kalau aku mati sekarang pun aku tak kisah.

Tidur Nisa,Tidur! Ini bukan masa nak layan perasaan esok sekolah.

_________

Ahoi!! Senangnya dalam hati dapat keluar dari rumah Durjana ni. Ayok ke sekolah!!
Aku memecut basikal ku menuju ke sekolah yg lebih kurang 5 kilometer jaraknya dari rumah ku..

"Hey Nisa!" Jerit seorang budak lelaki disebelah ku. Argghh my bestie Ni..
"Hey Aiman!! Jom lumba sampai sekolah!" Jeritku.. Dia seraya mengangguk..
"Aku akan menang punya weh!"jerit aku lagi.
"Tak mungkin lah,poyo!"dia menjerit kembali

Aku mengayuh basikal ku sekuat hati.
Takkan nak kalah kan?

Huh,huh,huh.. Aku menarik nafas sebaik sahaja tiba di sekolah..

"So aku dah kalah, apa aku kena buat?" Kata ku terhadap Aiman..Muka aku sekarang ni mesti masam mcm cuka. Ah pedulikan cuka tu.
"Hmmmmmmmm,nak minta kau belanja memang haram sekali pun kau tak kasi.. So.... Kau kena ajar Aku add math petang ni."katanya.. Huh nasib benda yg senang..

"Tengok lah,Kalau aku kena ngamuk Ngan mak aku lagi camne?" Soalku sambil mengangkat beg berjalan menuju ke kelas.Dia segera menurut ku ke kelas disebabkan kelas kami yg sebenarnya sama..

"Alah, macam kau tak biasa lak" kata Aiman. Man,man,Kau ingat aku ni robot boleh kena marah hari hari. Keluh ku di dlm hati..

"Tengok lah.. Aku dah kalah kan?"Seraya dia mengangguk. Sementelah aku masuk ke kelas segera aku duduk di sebelah Kawan Aku Yg lagi seorang ,Arin. Arin jenis lembut sikit.. Aku ni kasar. HEH.

"Korang Ni memang tak penat ke berlumba je?" Heh tak pun..

"Aiman awak tak takut ke jatuh..? Soal Arin yg bersuara seperti keibuan .Aku lihat dia menyoal dgn penuh kasih sayang..Ya,Aku tahu dia sukakan sangat si Aiman ni.Risau benar dia..

"Relax boh.. Kawe Ni pelumba terbaik dari ladang"balas Aiman, haha..Aku ketawa kecil ..

"Yelah tu.. Eh eh Cikgu Zainal dah nak sampailah."Aku segera mengeluarkan buku buku subjek Matematik.Subjek kegemaran aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience