Yellow Love 3

Romance Series 2194

"Adik,Adik ok tak ni?"Soal Abang Syah.. Heh aku ok giler. Aku perlu tunggu lagi 2 tahun untuk bebas dari neraka. Kau rasa tu ok kan? Hah!? Tapi kata kata ini hanya tersemat di jiwa.

"Nisa,kalau betul Nisa terseksa kat rumah ni. Abang ada kawan dekat KL yg boleh bantu.. Nisa duduk rumah dia ya"

"Heh,buat apa bang? Saya duduk sana pun tak pernah,masakan saya pergi sana. Takpe saya duduk kat sini dah ok.."kata ku menenangkan abang Syah..

"Abang saya tidur dulu.. esok ada kelas" Aku sudah lama bertekad. Aku akan dapatkan biasiswa. Aku tak mahu terperuk dalam rumah arwah ayah.

________

"Nisa!!"Jeritan yg ku dengar dari hujung kantin. Adoi.. Arin.. perangai je lembut tapi kalau jerit kalah penyanyi opera.

"Kenapa kau ni Arin?"

"Tadi aku jumpa Aiman."

"Hah apa kau cakap kat dia?"soalku.

"Aku tanya dia Makanan apa yg dia suka.."

"Kau ni. Tu dah lama aku tahu.. Ayam masak merah . Betulkan?" Balas ku..

"Tak adil!kau dah tahu dulu" Biasalah. Bestie Siapa ni? Luahku di dalam hati sahaja.

"Weh kau mesti tahu macam macam pasal dia kan?"soalnya. Aku seraya mengangguk perlahan.
Ni budak ni nak tanya aku lah ni..

Malas nak ambil peduli lah aku..
Aku segera berlalu kerana malas nak jawab soalan dia..

"Weh tunggu lah!"dia segera memaut tanganku.

"Kata Kawan" Katanya lagi sambil memuncungkan bibirnya. Adoi bila masa aku ada kawan Yg perangai kalah adik aku..?

"Yelah apa kau nak tahu lagi?"soalku malas..

"Kenapa dia.. bla... Bla....bla...." Malas nak dgr.. dah habis jawab soalan dia aku segera berjalan untuk pulang..

"Weh soalan last ni!"kata Arin
Aku berhenti dan memandang dia.
"Apa?" Soalku pendek.

"Kau suka dia tak?" Soal Arin. Hmm suka Aiman? Tak tahu lah aku .. Rupa ada, bijak tu kureng sikit tapi dia ok.. hm.. suka sikit je kot..entah lah malas pula aku fikir pasal dia.

"Entah lah weh! Maybe sebagai Bestie!" Jerit aku dan segera berlari ke arah rumah ku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience