Yellow Love 10

Romance Series 2194

Aku menerima sepucuk surat di cafe.. Ya Allah kenapa aku berdebar debar sangat ni...

"Nisa dpt surat apa tu?" Soal Siis dan kepada ku. Aku mengangkat bahu.

"Saya bukak dulu, Bismillahirrahmanirrahim" ucap ku.

Sebaik sahaja aku membaca ayat terakhir di surat itu,air mata aku sudah mengalir deras..

"Alhamdulillah ya Allah.. "ucap ku lagi..

"Kenapa Nisa?" Soal Yerim pula ...

"Korang,korang.. Nisa dpt tawaran biasiswa untuk sambung belajar di Korea.... Nisa gembira.. "Air kata aku mengalir semakin laju..

"Yeke? Alhamdulillah.."kata Zirin.. Aku mengangguk pantas mengiakan..

"Korang,Nisa nak sujud syukur kejap ya.."kata ku pada mereka semua.. Mereka memberi ruang kepada ku untuk pergi ke surau..

Aku mengambil wuduk lantas sujud syukur terhadap Tuhanku yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Setelah selesai sujud syukur, aku melihat kembali ke surat tawaran biasiswa yang aku terima. Aku membaca kembali baris baris ayat yg terdapat di surat itu..

"Aku patut beritahu Man.."gumam ku

Aku terus ke ruang cafe untuk bekerja.

_____
Hampir 7 :30 mlm ... Aiman sudah berada di tepi pintu cafe menunggu aku punch out..

Akhirnya tiba pukul 7:30 mlm.. Aku segera punch out..

"Man!!"Tegur ku padanya.

"Eh engkau suka aku kat Paris" latah dia.. Aku tergelak kecil..

"Apa tengok tengok?" Soalnya geram.. Comel je Bestie Aku Ni..

"Tak da Apa.. Weh, belanja aku Maggi goreng kedai mamak jap.. lapar ah.."kata ku padanya.. Dia segera menggaguk sebelum kami masuk ke kereta dan bergerak ke kedai mamak..
Kesian pulak driver Dia ni.. Dah lah kena pandu malam malam pastu sampai kedai makan tak makan pun.. Fikir aku..

"Weh,kau termenung dah sampai mana siot?"tegur Aiman sebaik sahaja kami selesai memesan makanan.

"Ermmm Korean selatan?" Kata ku separa sedar..

"Aik,dulu jumpa artis kat Paris, sekarang pergi Korea pula kau" kata nya.. segera aku memukul bahunya..

"Woi sakit kot!" Jerit nya sedikit..

"Tahu pun.."gumam aku lagi..

"Weh,kata ada benda nak citer kat aku.." katanya seperti biasa utk mengelat..

"A.. a.. Ku... "Kata ku gagap.. hehe Saje je..

"Apa ni cepat lah!" Katanya lagi.. nak marah ke Man oi...

"Aku dpt tawaran biasiswa untuk belajar kat Korea!" Beritahu ku separa menjerit.. aku lihat beberapa pelanggan memandang ku dgn wajah pelik ..

"Heheh sorry"pinta aku kepada mereka semua..

"Weh,serius ah.. lepas ni boleh belanja aku.." katanya.. aku mengangguk sedikit.

"So lepas ni kau nak kena beli baju lah kan?Ye lah setahu aku kau tak pernah gi luar negara" soal nya.. aku menggaguk lagi.. Betul juga.. kalau pergi sana mesti tgh musim bunga.. betulke.. lantak lah.

"Ntah lah weh,teman aku beli baju nanti boleh?" Soalku padanya pula..

Aku mengangguk laju.. sebaik sahaja habis berborak makanan kami tiba..

Aku rasa tak sabar nak tinggalkan Malaysia,tapi.. Ibu dan abang Syah macam mana? Patut tak aku bagitau diaorang atau abang Syah je?.. hmm pening dah aku.. nanti lah aku fikir..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience