BAB 4

Horror & Thriller Completed 736

Dengan bantuan Pak Tua jugalah, dirinya terikat sehingga kini dengan syarat-syarat yang melestarikan hubungannya dengan si cinta pertama. Begitu ampuh mantera sang dukun sehingga dia merasakan bahawa hidupnya sudah tidak punya makna lagi, terpenjara dalam ikatan yang dulu dia damba-dambakan. Sehinggalah dia bertemu dengan dara pujaan yang memberinya kekuatan, secara kebetulan di taman itu, pada malam bulan mengambang setahun yang lalu.

“Berhati-hati dengan mimpi kedua. Sebab bila mimpi itu sudah berlalu, maka mimpi ketiga akan menjadi bahana...”

Dan seperti yang sudah termaktub, bila sahaja ada sepasang anak Adam duduk bersunyi-sunyian, pasti akan hadir makhluk ketiga yang merenyam-renyam.

“Amboi,amboi, amboi....

... di sini rupanya awak berasmaradana, ya. Dari tadi saya dok perhati pasangan uda dan dara ni bercengkerama di bawah bulan purnama!” suatu suara tiba-tiba muncul menghancurkan keheningan malam nan penuh romantis itu.

Terasa bagai luruh jantung si suami bila mendengar dentuman suara yang amat-amat ditakutinya itu. Dunia seakan-akan terhenti berputar seketika. Pandangannya berbalam-balam kegelapan.

“Siti Nurul Jannatul Elysian Balqis Binti Datuk Hj Mustapha Zainal! Eh! Apa ayang buat keluar rumah malam-malam buta macam ni,” sahut si suami cuba menyembunyikan rasa terkejutnya dengan kehadiran insan yang kini menjadi nombor dua dalam hatinya.

“Apa ayang buat dekat sini??!!” ulang Elysian seakan-akan tidak percaya dengan keberanian sang suami mencabar darah pahlawannya.

“Abang belum buat apa-apa yang terlarang lagi, Sha. Percayalah. Abang cuma menikmati keindahan bulan mengambang ciptaan Tuhan bersama-sama rakan Fac abang. Tak lebih dari itu. Jauh sekali dari bermadu kasih.” pujuk si suami cuba menenangkan hati si isteri.

“Siapa ni, Aidil? You dah kahwin!?” Kini giliran sang kekasih pula bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience