BAB 1

Horror & Thriller Completed 736

Hujan baru sahaja turun membasahi bumi bila dia memulakan perjalanan menuju ke suatu destinasi, tempat yang sama dia melafazkan janji suatu ketika dulu. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Masih jelas dalam ingatannya akan mimpi yang bermain dalam tidurnya untuk 3 malam berturut-turut.

Mimpi pertama. Sekuntum bunga melati diletakkan di hadapan pintu pagar sebuah rumah usang. Dia mengambilnya, membelai-belai kelopaknya, lalu menghidu harum baunya sebelum dia terjaga dari tidur.

Mimpi kedua. Sesusuk tubuh perempuan datang menghampirinya dari kejauhan. Ada sesuatu dalam genggamannya diacung-acung yang membuatkan dirinya merasa gentar. Serta-merta dia terjaga dari lena bila perasaannya menjadi semakin tidak keruan.

Dan dalam mimpi ketiga, terdapat banyak kesan biru kehitam-hitaman pada tubuhnya serta beberapa garisan selari yang memanjang. Cakaran? Di bahagian leher dan tangannya pula, kelihatan titisan darah mengalir dari cebisan dagingnya yang luka. Gigitan? Kepedihan yang dirasainya cukup nyata sehingga memaksanya untuk bingkas bangun dari tidur.

Mungkin itu tandanya, dia mengagak. Tapi petanda apa? bisiknya lagi.

Keretanya diparkir di tepi sebuah taman permainan yang dikelilingi oleh beberapa buah rumah banglo kosong. Jam di tangan menunjukkan pukul 1.15 pagi. Suasana agak gelap di kawasan perumahan itu yang majoritinya didiami oleh masyarakat Cina. Senyap dan sunyi sempena cuti Tahun Baru Cina. Cengkerik seakan-akan ikut sama berkonspirasi untuk menjadikan malam itu lebih sunyi dari kebiasaan. Di situ, di atas buaian di taman permainan itu, sang kekasih sudah sedia menanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience