Rate

1

Other Series 3278

AKU keluar dari bilik sebaik sahaja selesai mengeringkan rambut. Terkejut aku apabila melihat ramai orang diruang tamu. Dan paling aku terkejut apabila melihat seseorang.

Apa dia buat disini? Setahu aku, dia harus ke luar negara. Tak mungkin JYP Pd-nim suruh dia kesini. Aku seperti tak percaya sehinggalah bahuku ditepuk. "Kau kenapa pandang dia orang macam tu?"aku tersentak. Terus mataku memandang wajah Suriya.

"Kenapa 'dia' kat sini?"soalku padanya. Dia tersenyum apabila memahami soalanku. Dia memang tahu yang orang itu merupakan 'senior' aku.

"Dia? Dia nak melawat keluarga kau. Dah lama dia tak jumpa keluarga ni."katanya. Terus berkerut dahiku. Tak mungkin.....

Memang aku tahu dia kacukan Korea dan Malaysia tapi, tak mungkin dia ada hubungan dengan keluarga aku. Sedang aku cuba untuk memahami keadaan ini, Suriya menarik aku untuk ke arah mereka. Aku tercegang dengan perbuatannya.

"Auntie....ni lah Zara."kata Suriya selepas melepaskan tanganku. Aku terpaksa senyum kerana mereka memandangku. Ibu menyuruh aku untuk duduk disebelahnya.

"Zara...mari lah duduk sini. Borak-borak..."katanya. Aku mengangguk dan duduk. Aku hanya memandang wajah lelaki itu. Dia tak kenal aku ke?

"Amboi....bukan main lagi Zara tenung Daniel. Dah ada hati ke?"kata Suriya secara tiba-tiba. Terus membulat mataku apabila dia berkata begitu. Mereka yang lain tergelak. Aku pula sudah mula malu. Aku meminta diri untuk masuk ke tandas. Apabila sampai di hadapan pintu tandas, aku mula memaki hamun Suriya.

Suka hati nak main tuduh-tuduh....Takut pula aku bila tengok muka Daniel tadi. YA, lelaki tadi tu bernama Daniel. Daniel Park. Senior aku. Dia sememangnya dah popular di Korea. "Kenapa dia tak kenal aku?"soalku sendiri.

Aku mengeluh dan keluar dari tandas selepas beberapa minit bersembunyi. Sebelum itu, aku mengepam dahulu tandas itu supaya orang percaya yang aku baru sahaja selesai membuang apa yang patut itu.

Aku membancuh kopi susu segera didapur. Bukan aku tak nak kedepan, tapi aku rasa tak selesa bila semua asyik pandang aku je.

"Boo!"

"Mak ko meletop pom pom!!"latahku. Terus sahaja aku mencubit bahu orang yang menerjah aku sebentar tadi. Siapa lagi kalau bukan abang Zafrin. Nasib saja cawan yang aku pegang tak jatuh.

"Aduh...makin kuat pula cubitan dia sejak duduk korea ni. Banyak makan ketam ke?"soalnya sambil mengosok bahunya. Aku hanya menjeling tanda geram.

Aku duduk dimeja makan dan mula meneguk airku. Abang Zafrin pun turut duduk disitu.

"Kenapa tak pergi depan?"

"Tak nak."

"Why?"

"Semua asyik pandang Zara je. Pelik lah."

"Biasa lah tu. Bukan dia orang nak buat apa pun. Dia dah lama tak tengok Zara. Tak silap abang, dia orang tu last tengok Zara waktu Zara kecil lagi."terangnya. Keningku terangkat. Habis Daniel tu dah kenal aku lama lah kan?

"Kenapa Daniel tak tegur pun Zara?"

Abang Zaf terkejut. "Zara kenal Daniel?"

"Siapa tak kenal? Dia kan artis terkenal dekat Korea."kataku. Abang Zafrin mengangguk. Dia mula berminat nak bertanya tentang sesuatu.

"Zara...Zara dah jadi pelatih dekat agensi JYP kan?"

Aku mengangguk tanda aku mengiyakan persoalannya.

"Maksudnya...Zara boleh lah jumpa Daniel tiap-tiap hari?"hampir tersedak aku dengan kata-kata abang Zafrin.

"Gila apa?! Memang tak lah. Dia dengan Zara tak pernah jumpa langsung!"gertakku.

"Kalau macam tu, Zara tunggu sini. Abang bawa Daniel datang sini..."dengan pantas dia bergerak ke ruang tamu untuk memanggil Daniel. Aku pun apa lagi. Menggelabah lah. Dia ni memang gila lah! Macam mana lah aku boleh ada abang macm dia ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience