Rate

2

Other Series 3278

"AIK?? Mana perginya budak tu? Penat aku heret dia kesini, dia lari pula."kata Zafrin sambil menggelengkan kepala. Bukan dia tak tahu perangai adiknya itu. Dia memang malu untuk berjumpa dengan lelaki. Sejak Zara ditinggalkan oleh Johan dua tahun lalu, Zara jarang bertemu dengan lelaki untuk berbual dan meluangkan masa.

Maksud disini ialah, dia tak pernah lagi cuba untuk mencari pengganti.

Bukan dia tak nak, tapi dia takut dikecewakan oleh lelaki seperti Johan itu lagi. Dia takut dia akan menghadapi nasib yang sama.

"Kenapa kau heret aku sampai sini? Kau nak kenalkan aku dengan siapa?"soal Daniel pada Zafrin. Zafrin tersengih dan memandang Daniel.

"Kau nak jumpa Zara tak?"

"Nak buat apa? Aku tiap-tiap hari nampak dia."dengan jujur Daniel berkata. Sementara itu, Zara yang sedang menyorok di belakang pintu bilik air itu terkejut dengan kenyataan Daniel.

'Dia nampak aku?'

"Kau nampak je...Kau tak jumpa pun dia lagi."jelas Zafrin. Saja dia nak mengusik Daniel. Sudah lama mereka tidak bergurau. "Aku rasa tak perlu. Sebab...nanti aku akan selalu jumpa dia. Jadi tak perlulah kau nak bawa aku berjumpa dengan bagai."kata Daniel. Zafrin tersentak dengan kenyataan Daniel.

"Ni. Aku nak duduk dekat tepi kolam tu. Boleh kan?"soalnya. Zafrin yang baru sedar tu terus mengangguk.

Zara yang dari tadi menyorok terus keluar apabila mereka berdua itu keluar dari dapur dan menuju ke kolam ditepi rumah. Aku menghelakan nafas lega. Gila lah! Nasib baik aku tak ditangkap.

"By the way, apa maksud dia 'akan selalu jumpa aku'?"dengan pelik Zara menonong jalan masuk kedalam bilik. Sesekali dia memerhati ruang tamu. Mereka sudah hilang. Dan ini bermaksud mereka berada diluar. Zara dengan pantas masuk kedalam bilik.


~

'Hari ini pasti hari yang agak memenatkan...'

Itulah yang difikirkan oleh Daniel semenjak dia berada di Malaysia. Disebabkan oleh dia dipaksa datang kesini, dia terpaksa akur. Kalau bukan kerana ibunya, Puan Fiza ingin pulang ke Malaysia. Dia tidak akan pulang...

"Kau menung apa ni?"bahu Daniel ditepuk oleh Suriya.

"Kau menung apa Niel?"

Daniel menoleh. "Kau rupanya Su. Aku ingat apa tadi."katanya. Dia kembali temenung. Suriya terus duduk disebelahnya. Dia hanya melihat sepupunya yang nampak macam ada masalah. "Kau ni ada masalah ke?"soal Suriya.

"Sikit..."

"Share lah. Mana tahu aku boleh tolong?"kata Suriya sambil tersenyum. Daniel hanya berdecit sinis.

"Masalah kau pun tak selesai lagi. Nak selesaikan masalah aku. Pigi dah!"katanya. Suriya membuat muka. "Aku nak tolong je. Lagi pun masalah aku tu dah tak ada dah."katanya sambil memandang kearah kereta Zara yang baru sahaja pulang dari kedai. Suriya bangun lalu pergi pada Zara. Semasa pergi tu, Suriya hanya memandang Daniel tajam.

"Apa lah masalah budak ni? Tak padan dengan umur..."

'Aku nak balik...Banyak lah benda yang aku kena buat dekat sana...'kata hati Daniel.

"Wei Daniel...kau nak pergi air terjun tak?"soal Zafrin dari luar tingkap. Daniel terus menjenguk dan juga terus mengangguk. "Boleh lah. Aku pun tengah bosan..."katanya.

'At least kurang stres aku...'kata hatinya lagi.

Dia bangun dan menuju kepintu keluar. Pada masa itu, dia bergelut dengan Zara untuk keluar sedangkan Zara ingin masuk. Biasa lah...perkara macam memang akan berlaku. Ini akan berlaku bila ada seseorang depan kita dan dia nak lalu. Masa tu pun kita nak lalu, jadi sekarang masing-masing tak boleh nak kemana...

Bila dia ke kanan, kita pun nak ke kanan. Bila kita ke kiri, dia pun nak ke kiri. Haih lah dunia...

"Masuk lah dulu.."kata Daniel pada Zara.

"Thanks."katanya. Daniel terus mengikut Zafrin ke air terjun. Pada masa itu, Zara hanya memandang mereka pergi dengan ekor mata. Tiba-tiba dia tersenyum.

'Sweet...such a gentlemen..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience