Rate

Prolog

Other Series 3278

"KAU nak jumpa mamat tu bila?"seorang gadis muda menepuk bahuku. Aku menggeleng tanda
tidak tahu. Bukan aku tak nak jumpa, tapi itu hanya akan buatkan masalah aku bertambah.

"Kau tak rasa ke yang dia tu dah melampau? Tiba-tiba nak putus pula."

Suriya, dia lah sepupu yang paling rapat dengan aku. Aku bukanlah jenis yang suka sangat nangis. Tapi hanya kerana dia, aku menangis.

*Flashback*

Lawak? Tak...memang tak lawak.

"Awak cakap apa ni Johan?"soalku. Dia terus memandangku. Airmata sudah pun bertakung dimata. "Aku nak putus. Perempuan tak malu!"katanya. Aku terkedu dengan kata-katanya. Sekali pun dia tidak pernah menengking aku. Tetapi hari ni dia berubah.

Air jernih mula membasahi pipiku. "Tak! Saya tak nak!"aku membantah. Dia terus memegang bahuku. "Kenapa?! Kau nak tunjuk kat aku berapa ramai lelaki yang kau dah keluar selama ni?! Macam tu ke baru kau nak putus dengan aku?!"terus berkerut dahiku. Tangannya dibahuku terus aku lepaskan.

"Apa awak cakap ni?!"kataku. "Lelaki mana?!"sambungku lagi. Dia tergelak sinis dan terus mengeluarkan beberapa keping kertas dan dibalingkan kearah aku.

"Ni! Apa benda ni?!"
Aku memandang gambar itu dan terkejut. Siapa yang ambil ni? Kenapa hanya aku dan lelaki itu sahaja dalam gambar itu?

"Kenapa kau tak jawab?!"jeritnya lagi. "Awak percaya semua ni?"soalku sambil mendongak memandangnya. Dia tak menjawab tapi aku pasti dia memang percaya perkara sebegini.

"Baik. Kalau ni yang awak nak. Tapi ingat. Awak jangan sesekali datang merayu pada saya. Sebab...saya bukan seseorang yang akan jilat balik ludah saya."

*End Flashback*

Aku menarik nafasku perlahan. Aku takkan berjumpa dengan dia.

"Zara....Kau tak nak ke pergi jumpa dia?"

"Untuk apa?! Untuk bagi dia kutuk dan hina aku lagi?!"jeritku dengan geram. Suriya terus senyap. Aku tahu dia tak sengaja tapi, emosi aku memang tak terkawal sekarang.

"Zara...bukan tu maksud aku."jelasnya dan aku pula terus masuk kedalam bilik. Aku memeluk bantalku dan menangis sekali lagi untuk lelaki itu.

Aku hanya mengurung diriku didalam bilik.Tidak makan dan minum. Untuk tiga hari. Aku mula berfikir waras.

Kenapa aku perlu jadi macam ni? Kalau betul dia tak nak aku, aku pun tak perlu nakkan dia. Aku mesti lupakan dia.

Dengan itu, aku terus melancong dan menyambung pelajaranku di dunia serba canggih, Korea. Ya, Korea. Dari situ aku mula meminati artis-artis Kpop yang terkenal seperti BTS,EXO, GOT7 dan banyak lagi.

Dan apabila aku hampir tamat belajar, aku cuba untuk menjadi seorang pelatih disebuah agensi terkenal. Tapi malangnya mereka tak dapat mengambil aku. Oleh itu, aku teruskan lagi dengan memohon disebuah lagi agensi terkenal. Tanpa disangka aku diterima untuk menjadi pelatih disana. Tetapi kehidupanku berubah apabila aku akan dikahwinkan dengan seorang artis Korea yang baru meningkat naik. Daniel Park....

Disini lah bermulanya kisah hidup aku yang baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience