BAB 2

Family Completed 239

Aku benci pada kekotoran.

Kelopak mata aku cuba tutup walaupun bunyi dentuman dan jeritan di
sekeliling semakin galak terdengar di cuping telinga.

“Riz! Rizvan!”

Sayup-sayup namaku dipanggil dari kejauhan. Aku mengamati gerak tubuh
dua figura manusia yang sedang melambai-lambai ke arahku dari jarak
kira-kira 100 meter. Skeptis, aku perlahan-lahan berdiri dan berjalan ke
arah mereka.

Kemudian langkahku terhenti.

“Vincent! Rajah!”

***

“Begitulah ceritanya.”

Aku memandang Vincent, skeptikal. Rajah yang duduk di sebelah aku,
mengangguk.

“Betul lah cerita yang Vincent beritahu kau tu. Kau fikir kita orang ada
masa ke nak tipu kau sekarang ni? Ayoo.”

“Maksudnya semua ni berlaku sebab website Wonderfuture tu lah? Memang
bijak pandai betul pencipta website tu siap boleh tukar imaginasi orang
kepada realiti.” Aku berkerut dahi.

“Itulah kenyataannya,” jawab Rajah.

“Siapa yang buat laman web tu?” soalku.

“Mr Intelect. Tapi dia rahsiakan identitinya daripada pengetahuan orang
lain. Aku dah cuba korek maklumat dia, tak berhasil,” balas Vincent.

“Korek maklumat orang lain tanpa bawa kita orang? Kawan jenis apa kau
ni? Ayoo!” Rajah berseloroh. Aku dan Vincent ketawa kecil.

“Kau orang nak tahu satu benda tak?”

“Apa dia, Cent?” soal Rajah.

“Website ini hanya boleh diakses di negara Malaysia aje. Jangan tanya
aku kenapa, sebab aku sendiri pun tak tahu.” Vincent tersengih memandang
aku dan Rajah.

“Itu aku dah tahu. Pokok persoalannya sekarang, macam mana kita nak
berjumpa dengan Mr Intelect tu?” soalku, serius.

“Let’s make a theory. Aku syak yang Mr Intelect tu ada jantung.
Maksudnya kita boleh tusuk aje pisau kat bahagian dada dia,’ ujar Rajah.
Jawapan yang tidak relevan bagi soalan yang aku ajukan.

“Aku tak syak yang dia ada jantung.” Vincent bidas pendapat Rajah. Aku
pandang Vincent, tertanya-tanya juga kenapa dia kata begitu.

“Kau pernah jumpa dia ke? Ini kan cuma teori aku aje. Manusia hari ni
pun kadang perangai macam binatang juga,” gumam Rajah berbaur sinis.

“Ya, memanglah cuma teori kau. Tapi, takkan manusia boleh ubah dunia pula?”

“Tak mustahil,” celahku.

“Entah entah dia robot ke, apa ke. Who knows?”

Sunyi.

Aku tersenyum.

“Kita lawan aje Mr Intelect tu dengan semangat yang kita ada.”

Mereka saling berpandangan sebelum mengangguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience