BAB 4

Family Completed 239

Vincent meluru ke arah patung beruang gergasi itu. Bersenjatakan pisau
tajam yang panjang, dia mengoyakkan kulit patung itu dan menghentamnya
bertubi-tubi. Aku lihat mulut Vincent terkumat-kamit menyumpah seranah
patung itu. Aku tidak sampai hati membiarkan Vincent bertarung
sendirian. Aku menyergah Rajah - dia faham akan isyaratku. Kami berdua
meluru ke arah patung itu.

“Jangan kacau aku!” Vincent menjerkah aku dan Rajah sambil dia
melibas-libaskan pisau itu. Aku lihat patung beruang besar itu semakin
marah dan kesakitan.

“Semua ni masih boleh diubah!” jawabku.

Vincent berhenti melibas pisau tajamnya ke tubuh patung gergasi itu. Dia
berpaling ke arah aku lalu tersenyum.

“Ya… ia akan berubah lepas aku tiada nanti.”

Tiba-tiba tubuh Vincent dirangkul pantas dan dijulang tinggi oleh patung
beruang besar itu. Vincent meronta sekuat mungkin. Patung beruang besar
itu menghempas Vincent ke lantai dan rakus melunyaikan tubuhnya.

“VINCENT!!”

Aku memandang Rajah dengan isyarat ‘what’s next?’ kepadanya. Kami saling
berpandangan.

“Riz, awas!”

Aku lihat tapak tangan gergasi patung beruang itu semakin mendekati aku.
Panik menjalar segenap tubuhku, buatkan aku seakan terpaku di lantai
bangunan. Saat ini, otak dan anggota tubuhku tidak bekerja sehaluan.

Dengan bibir yang terketar-ketar, aku menutup mata. Menyaksikan sendiri
penderitaan yang dialami oleh Sarah dan Vincent sebentar tadi buat aku
jadi takut menghadapi getir-getir kematian. Beginikah penamat riwayat aku?

ZUPP!

Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Aku membuka mata dan terkejut apabila
menyedari bahawa tubuhku masih berada di tempat yang sama. Rajah yang
berdiri statik tidak jauh dari aku, masih beriak kaget.

Aku sedar yang figura Sarah dan Vincent tidak terlihat di hadapanku,
bahkan di mana-mana sudut pun. Patung beruang besar itu sudah hilang,
seiring dengan warna monokrom yang mendominasi kota ini beberapa detik
yang lalu. Aku yakin bahawa semuanya sudah kembali seperti sedia kala.

“Rizvan, kita merdeka!”

“Untuk kali keduanya, ya,” jawabku, sayu.

Rajah memeluk aku erat. Air mata jantanku gugur dari kantung mata -
Rajah juga sama. Kini aku sedar betapa peritnya hidup dalam keadaan yang
huru-hara. Bekas pejuang-pejuang negara yang pernah berhempas pulas
untuk memerdekakan Malaysia suatu ketika dulu pasti tak mahu tanah
tercinta ini dijajah lagi oleh kuasa pidana.

Saat ini, aku sangat berharap agar Vincent, Sarah dan semua yang
terkorban dalam nahas ‘Wonderfuture Disaster’ dapat bernafas lagi. Ya,
udara tak akan pernah habis, tapi tidak pada antusias dan cinta kita
terhadap negara. Tanpa pengalaman, kita tidak akan belajar dari
kesilapan. Maka, belajarlah daripada sejarah dan perit getir kehidupan.

Terima kasih, Vincent.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience