Rate

BAB 2

Drama Completed 311

“Surat tawaran kerja?. Bila plak la aku apply kerja pengurus pemasaran ni? Tak ada kene mengena dengan bidang aku. Siap suruh laporkan diri minggu depan. Tapi baguslah tak payah susah-susah aku cari kerja”.
Aku bersiap untuk ke tempat kerja baru ini. Aku memakai baju kurung pink dan aku sengaja melepaskan rambutku yang panjang melebihi paras bahu. Aku sedih meninggalkan kerjaku dulu. Walaupun gaji kuterima sedikit namun aku gembira. Lagipun macam manalah dengan persekitaran kerja baru tu nanti. Mesti banyak kerja, bos mesti garang dan….Malaslah aku peningkan kepala aku,apa-apa hal pun aku cuba dulu mana tahu sesuai denganku.

Aku diminta berjumpa dengan pengurus untuk memberitahu tentang perihal tugas dan berkenaan dengan kerjaku di syarikat itu. Setelah semuanya selesai aku di minta bekerja serta merta. Setelah sebulan aku, bekerja, aku dapat menjalankan tanggungjawabku dengan penuh minat. Tiba-tiba, ada tangan memegang bahuku. Aku tersentak dan tersenyum. “Aina, bos panggil kau, dia mintak kau masuk ke pejabat sekarang”.Lin tersenyum memandang memandangku. ” Lin, Tan Sri kan ke London semalam?. Takkan roh dia pulak nak jumpa aku”. Lin mencebik ke arahku. “Bukan Tan Sri la, tapi anak dia. Kamarul Hisham…nanti kau jangan jatuh hati pulak tengok dia”. Aku hairan. Mana pulak datang Kamarul Hisham ni. Tak pernah pun dia datang ke pejabat sebelum ni.

“Selamat pagi, tuan. Ada apa-apa boleh saya bantu”. Aku agak gementar. Tiba-tiba anak Tan Sri nak jumpa aku. Aku tidak nampak wajah kamarul yang dikatakan hensem oleh Lin tadi. Kerusinya di hadapkan membelakangiku. ” Macam mana kerja di sini, sesuai dengan awak?”.Aku pelik dengan pertanyaan itu. “Alhamdulillah, lagipun saya masih dalam proses belajar lagi”. Aku tertunduk mencari idea untuk menjawab soalan daripadanya. “Harap-harap jangan beri soalan cepu mas sudahlah” ngomel aku di dalam hati. “Baguslah kalau macam tu Hello kitty,kalau ada apa-apa masalah beritahu saya.Awak boleh keluar”.

Aku segera keluar apabila diarahkan dan aku menarik nafas lega. Aku baru tersedar dengan kata-kata Hisham tadi “Hello Kitty”. “Adakah Hisham tu, mamat yang pernah tegur aku dulu?”. Tiba-tiba aku dilanggar oleh seseorang yang pernah aku kenali. “Aiman” desis hatiku. Aiman memandang ke arahku. Dia tersenyum dan terus memasuki pejabat Hisham. “Betul ke tu Aiman” aku tertanya sendiri. Tapi mungkin dia tidak mengenaliku lagi.Walaupun sudah lama aku tidak bertemu dengan Aiman namun perasaan cintaku tetap utuh seperti dulu walaupun aku pernah diejek kerananya.

“Aina, kau dapat bunga ros merah. Cantiknya…sepanjang aku kerja sini tak ada orang nak kasi aku bunga. Bertuahnya badan” Lin membebel-bebel sendirian. Aku tersenyum dan tidak menyangka menerima bunga ros merah itu. Kad di bunga ku baca ‘Aina, saya harap awak sudi keluar makan malam dengan saya malam ni. Saya tunggu awak pukul 8 malam ni’ daripada Kamarul Aiman Tan Sri Zainal.” Aiman,takkan Aiman ajak aku keluar. Atau ada Aiman lain dalam pejabat ni. Setahu aku, Aiman tu je yang aku kenal”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience