Rate

BAB 4

Drama Completed 311

Aiman kini menjadi raja di hati Aina. Namun Aina keliru sejak akhir-akhir ini,apabila Aina banyak menerima mesej daripada Aiman yang meminta maaf dan mendoakan kebahagiaan Aina. Malah Aiman kini tidak mahu lagi berjumpa dengan Aina. Hati Aina bertambah riang apabila ibunya memberitahu keluarga Tan Sri Zainal datang melamarnya. Aiman bakal menjadi suami Aina. Hari bahagia Aina kini tiba, Aina bakal menjadi isteri kepada Aiman. Majlis akad nikah diadakan, dan Aina terkejut melihat pengantin lelaki.”Kamarul Hisham?”. Tiba-tiba Aina terdengar namanya dipanggil, Aina menoleh. Aiman berjalan ke arah Aina. “Aina, Aiman minta maaf, kita tak ada jodoh Aina. Aiman dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aiman bukan nak mempermainkan perasaan Aina. Aiman betul-betul cintakan Aina. Tapi ada orang lain lebih sayang dan layak untuk Aina” Aiman mengalirkan airmata deras apabila mengeluarkan kata-kata itu. Aina hampir terduduk dan turut mengalirkan airmata. “Aiman, kenapa dihancurkan hati ni,hanya Tuhan saja yang tahu betapa Aina sayangkan Aiman”. Aiman segera berlalu meninggalkan majlis itu dengan airmata kesal kerana menghancurkan hati insan yang sangat dicintainya. “Aimannnnn” Aina menjerit memanggil Aiman.

Beberapa bulan kemudian….
“Terima kasih sayang kerana sudi menjadi isteri abang”. Aina tersenyum puas dan memandang suaminya dengan penuh kasih sayang. “Terima kasih juga pada suami Aina ni sebab tak putus-putus hantar kad dan bunga ros putih saat Aina memerlukan kata-kata semangat dan minat pada Aina dari dulu lagi walaupun Aina gemuk dulu.Dan pasal surat tawaran kerja tu mesti kerja abang jugakkan. Kamarul Hisham hanya tersenyum memandang dan mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. “Sama-sama hello kittyku sayang”. Mungkin ini takdirnya. Akhirnya aku menjadi isteri kepada KHTZ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience