Rate

BAB 1

Drama Completed 311

“Di sebuah cafe…
“Hoi, budak gemuk. Dahlah gemuk ada hati pada Aiman. Dia ingat Aiman tu pandang sangat badan triple XL tu.” Laila mengejekku dengan kuat sehingga kesemua pelajar di Cafe memandangku.Laila merupakan pelajar tercantik, tergedik dan paling glamor di fakulti Media ini dan teman wanita kepada Aiman. Mereka
ketawa, Aiman juga ketawa dan seolah-olah jijik memandangku…aku terkejut dan memandang ke arah Ryn. Tiada siapa yang tahu aku pernah menaruh hati pada Aiman kecuali Ryn. Ryn kelihatan tersenyum sinis. Aku berlari keluar dan menyeka air mataku.”Ryn dulu kau kawan baikku tapi kenapa kini kau sanggup buat aku dihina dan diejek”

“Sabarlah, mereka tu cemburu pada awak. Walaupun awak gemuk tapi awak cute dan manis, Hello Kitty”. Aku terkejut mendengar kata-kata itu. Aku memandang ke belakang dan melihat seseorang yang asing padaku. “Siapa pulak mamat ni tiba-tiba tegur.” Aku terus berlalu meninggalkan mamat itu tanpa berterima kasih atas pujian untuk menyedapkan hatiku semata-mata. Ada ke patut gelar aku Hello Kitty. Gasaklah kau mamat nak kata apa pun. Sejak kejadian itu, aku sering menerima kata-kata semangat melalui sekeping kad yang dihantarkan kepadaku. Hampir setiap hari kad itu ku terima. Dan pengirimnya sering menggunakan HKTZ sebagai pengganti dirinya. Aku menjadi lebih kuat dan bersemangat hanya kerana kata-kata dari kad yang berpengirim misteri itu.

Walaupun sudah hampir setahun berlalu namun masih segar ejekan Laila padaku. Aku juga masih menerima kad-kad itu bersama bunga ros putih. Namun pengirimnya masih misteri dengan KHTZ. Aku kini telah berubah saiz. Apalagi kalau bukan saiz badanku yang triple Xl tu. Badanku lebih langsing dan kurus. Sejak aku jatuh sakit hari tu aku terus tak lalu makan. Malah doktor pun turut menyarankan agar aku menurunkan berat badan dan menasihatiku agar kerap bersenam dan aku turut mengamalkan cara makan yang seimbang. Maka hasilnya…(macam masuk slim world plak). Aku merebahkan badan di atas katil dan mengurut badanku yang sakit dilanggar oleh mamat yang tak dikenali tadi. Sakitlah…tak ada mata.Suke-suke je langgar orang. Aku “flying kick” baru tau. Dah tak mintak maaf. ish…mamat ni la” ngomel Aina sendiri. Sudah setahun aku menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Media.Ryn pula terpaksa dibuang universiti kerana keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Aku sekarang bekerja sementara di Mid Valley untuk menampung perbelanjaan aku di sini. Lagipun aku masih belum mencari kerja tetap walaupun sudah lama menamatkan pengajian. Bukannya aku tidak mahu tapi aku masih selesa bekerja di situ. Takkan aku nak lepak kat kampung dan tanam ‘anggur’ @ mintak duit dari tabung amanah FaMa (Father & Mother). Tiba-tiba…kakak kesayanganku menjengah mengejutkan lamunanku. “Adik, tadi ada surat atas meja tu, tak tahu plak surat apa. Pergilah tengok nanti jangan lupa makan, akak dah siapkan makanan bawah saji tu”. Sayang sungguh kakak pada aku. Nak makan pun diingatkan jugak”. Aku tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience