Rate

Coretan 1

Romance Series 4463

Entah berapa lama lagi aku kerja di sini. Ya Allah, boleh tak aku nak lari dari pergelutan perasaan sendiri?.

Subhanallah, Astaghfirullahalazim, Allahhuakhbar, jodoh hadirlah, berhentilah bersembunyi. Ya Allah, benar tak perasaan ini, atau seharusnya aku langsung tak perlu memikirkannya, sebab jodohku adalah urusanmu. Ya Allah, aku hamba yang hina, kerap khilaf dari pertahankan hati dari jatuh cinta. Ya Allah, terdesakkah aku. Nur Nisaq meraup wajahnya, beristighfar panjang. Hati gadis montel yang penuh dengan pengembaraan dan pengalaman menjalani takdir. Sentiasa mengharap pasangan itu adalah jodohnya.

Deringan telefon mengejutkan lamunan gadis montel. "Assalamualaikum, hello... yes Ilham, apa mimpi call saya ni?" Dup dap dup dap jam di dinding terus berdetak aahhhh, menari-nari degup jantung Nisaq mendapat panggilan dari rakan yang telah melakar rindu dalam diam di hatinya.

"Waalaikumussalam, saya mengganggu ke? Saja saya telefon, nak beritahu ni. Saya ada berita tak baik. Saya harap awak bersabar bila saya dah sampaikan beritanya nanti." Ilham menegaskan nada suara agar Nisaq fokus akan bicaranya.


"Berita tak baik? Innalillahhiwainnalillaihirojiun, berita apa tu Ilham? Awak kemalangan ke? Atau awak cedera? Allahhuakhbar. Kenapa Ilham, cepatlah cakap!" jantung Nisaq berdegup laju menunggu butir bicara yang akan disampaikan oleh Ilham.


"Awak kerjakan harini? Nampaknya awak tak dapat overtime lah harini, sebab awak kena temankan saya, saya ada di depan tempat parking kereta berhampiran tempat kerja awak". Ilham tersenyum hingga ke telinga mendengar suara Nisaq menjerit terperanjat dan ketawa sambil membebel comel.

Susuk tubuh yang kemas dengan t-shirt lengan pendek bewarna hijau lumut yang menampakkan otot di lengan, seluar sukan hitam yang ringkas. Mata nisaq terpaku memerhati susuk tubuh yang tidak disangka sama sekali akan hadir dari Negeri Sembilan ke tempat kerjanya hanya dengan menaiki motosikal.

"Ilham! Kenapa tak bagitahu nak datang?! Ya Allah, mujurlah kawan saya baik hati nak tukar shift dengan saya tau. Ilham, saya tak suka kejutan tau". Ilham tersenyum mendengar suara kecil budak montel genit di hadapannya mengomel memarahinya. Bagi Ilham, lucu sangat bila mak nenek ni membebel, kalau membebel pada anak-anak, mesti tak ada seorang pun yang takut.

"Saje... kebetulan saya nak pergi ke rumah kawan saya di kem Kluang, saya singgah la kat tempat kerja awak. hahahaha maaf lah, saya pun tak rancang nak jumpa awak. Kebetulan dekat, jadi jumpalah. Awak ok ke tak? Kalau tak ok saya balik." Ilham ketawa melihat Nisaq mengecilkan mata dan menunjukkan isyarat penumbuk.

Nisaq cuma memesan minuman suam kerana niatnya untuk mengawal selera makan. "Nisaq, order je la makanan apa-apa, membohong je diet-diet ni. Selagi ada kudrat, ada rezeki untuk dimakan, baik jangan jual mahal. Saya nak belanja ni tau, rugi..." Ilham cukup tak suka dengan diet dengan menahan rasa lapar dan menyekat diri untuk menikmati rezeki.

"Ilham, Nisaq tanya Ilham jawab jujur ye? Kalau lah Ilham dah bernikah, isteri Ilham gemuk, buncit, Ilham masih caring dengan dia macam sebelum bernikah tak?" Nisaq merenung anak mata Ilham yang berwarna perang gelap. Mengharap jawapan yang jujur dari hati seorang lelaki tanpa tujuan menjaga hati dirinya sendiri selaku wanita.

Ilham tersenyum simpul. Terasa lucu dengan soalan Nisaq. Dia membiarkan nisaq merenung wajahnya sepuas-puasnya. 'Comel jugak kau ni nenek lampir, aku ingat kau cuma tau membebel. Kadang-kadang soalan kau ni kalah soalan budak-budak sekolah yang kemaruk cinta monyet. Yela kau pun comel macam monyet kan, hahahaha'.

'Alamak mamat ni! Dia biar aku macam pokok pisang pulak tunggu jawapan dia. Memang sah la kan, kaum Adam ni! Tak akan terima fizikal bini die punya lepas bini die transform dari no.1 ke bentuk angka 0. So memang bukan kau lah list name calon suami yang akan berada di layar perak aku, Huh!'

"Puas dah awak hafal setiap sudut inci muka saya? Liang roma muka saya awak dapat kira berapa tak? Nisaq... Nisaq...." Ilham ketawa berdekah melihat Nisaq memanjangkan muncungnya, langsung tidak seram dengan pandangan sinis yang cuba Nisaq amarankan. Jelingan tajam tu yang buat hati ni geram. memang kau gadis keras kepala punya budak.

"Nisaq, ajal maut dan jodoh tu urusan Tuhan, kalau jodoh saya kurus, saya bagi la dia makan banyak-banyak biar berisi. Sayang bini kan, kena lah bagi cukup makan. Kalau bini saya montel macam awak, saya cubit la sampai kempis... hahahahaha..." Ilham ketawa selamba melihat muka Nisaq merah macam ketam goreng. Ilham menjarakkan dirinya sesikit dari Nisaq. Hembusan asap rokok dihembus tepi.

"Nisaq kalau saya boleh ramalkan hati perempuan, dah lama saya bernikah atau mungkin sekarang saya da mempunyai anak pun. Tugasan macam saya ni, tak semua perempuan boleh faham. Saya selalu dengar perempuan kata sanggup lakukan apa sahaja demi cinta, namun kahikatnya? Tak semua perempuan sanggup ditinggalkan dalam masa yang lama semasa suami pergi bertugas. Buktinya, mereka tak sabar menunggu cinta abang uniform. Mereka tak setia. Tak sama macam setianya kami pertahankan negara".

"Paranoid jugak awak ni Ilham. Mudah bersangka sebelum menilai. Kesetiaan dan kejujuran perempuan sering lelaki perkotak- katikkan. Lagi generasi sekarang demi buktikan kesetiaan, tubuh dan maruah dijadikan cagaran. Bukan begitu cek abang?". Nisaq membetulkan tudungnya sambil diperhatikan Ilham dari pandangan sisi.

"Awak suka membetulkan lagi tudung yang tak ada masalah pun kan. Sebenarnya awak pun tak yakin dengan diri awak, apatah lagi hati awak. Nisaq, saya macam lelaki yang awak maksudkan ke? jujur je. Saya sedia mendengar". Ilham membersihkan sedikit kerusi sebelum Nisaq duduk. Memandang anak mata Nisaq agar gadis itu jujur.

"Saya bukan menuduh atau berprasangka buruk tentang awak atau mana-mana lelaki. Tapi hakikatnya kebanyakan memang macam tu lah kan. Yes I know, jawapan awak bukan semua lelaki macam tu. Same as my answer about questions in your mind. Bukan semua perempuan macam tu". Nisaq membuang pandangan jauh kehadapan, melihat orang berjoging, beriadah bersama keluarga.

"Nisaq, tengok ni". klik!!

"Ilham! Kenapa ambil gambar curi macam tu?! bak sini nak tengok". Ilham segera menyembunyikan telefonnya di dalam beg.

"Hahahaha tak payah mengada. Kalau gambar muka tak cantik, tak cute kononnya tu. Awak nak padam. Betul tak? Ilham menjongketkan keningnya smbil menyanyi-nyanyi kecil.

"Nah tengok. Kalau nak padam, padam lah. saya dah selamat hantar pada insan yang awak rindu pun". Ilham ketawa kecil bila muka Nisaq merah membara. Tekun Nisaq membaca whatsapp Ilham dan gerangan insan yang pasti di kenali Nisaq.

"Astaghfirullahalazim. Kenapa awak buat macam ni Ilham. Saya tak ingatkan dia lagi lah. Jauh sekali rindu pada mamat poyo tu". Nisaq meraup wajahnya. Fikirannya menjadi serabut. Benci,marah,redha,sedih semua berkecamuk. Sabar Nisaq... Sabar. Control ok. Jangan nampak sangat kau rasa terluka dengan Ex kau tu.

Ilham lega bila Nisaq kembali tersenyum. "Jom lah saya hantar awak balik ke tempat kerja. Saya pun nak gerak pergi rumah kakak saya di Johor Bharu". Ilham tersenyum bila Nisaq merenung anak matanya. Dirapikan tali topi keledar Nisaq.

"Jangan tenung lama-lama. Nanti rindu. Nak bertugas lama lepas ni. Kalau saya sibuk, tak balas whatsapp atau angkat call, jangan marah tau". Pesanan yang acap kali didengar oleh Nisaq.

"Lah! da kenapa nak rindu. Kitakan kawan. Jangan bermain kata la cek abang oi.... tak tergugatnya hati adik yang kental ni". Dalam hati dup dap dup dap.. Nisaq menolak jauh rasa aneh di hatinya. 'cukuplah nisaq. Jangan jatuh cinta lagi. Jangan buka hati lagi. Nanti kau terluka'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience