Rate

Coretan 2

Romance Series 4463

Nisaq merenung di luar jendela, sepi. Angin sepoi-sepoi bahasa. Dipicit kepala yang berdenyut akibat tak cukup tidur. Apalah mak ni. Call aku pagi-pagi buta, ingatkan ada berita apa. Jodoh mana pulak lah yang dicadangkan untuk aku. Maaflah mak, Nisaq tak berminat. Banyak lagi yang Nisaq nak rancang dan capai dalam kehidupan Nisaq. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Bantulah hambamu yang sedang buntu. Haram dilawan, binasa dituruti.

bipbip..

'Ucu, mama harap ucu tunaikan hajat mak. Jangan hampakan mak. mak sudah janji pada kawan mak yang mak nak berbesan dengan dia. Senang hidup kau nanti, senang juga hidup mak. Bila lagi kau nak balas jasa mak yang dah mengandungkan kau 9 bulan 10 hari, menyusukan kau, besarkan dan bagi didikan buat kau. Anak kawan mama tu bisnes import export perabut-perabut jati. Kau tak perlu kerja dah, kalau kau kawin dengan dia'.

Nisaq meraup wajahnya bekali-kali. Ya Allah, apa patut aku buat. dia darah dagingku, yang melahirkanku. Namun, permintaannya mustahil untuk aku turuti ya Allah. Bukanku prajudis dengan bangsa asing, namun aku tak mahu mempertaruhkan masa depanku dengan angan-angan makku. Ya Allah bantulah hambamu.

"Asalammualaikum.... Asalammualaikum... kak Nisaq ada? kami nak beli kek Aiskrim..!"

Ya Allah, budak-budak ni, pagi-pagi gini nak makan kek ais krim? serius? baik aku suruh beli petang nanti je. Risau pulak aku, batuk atau demam nanti, dah aku pulak jadi punca.

"Waalaikumslm, ye dik... Amboi! Pagi-pagi dah nak makan kek Ais krim? petang nanti lah, akak bukan apa, akak risau kesihatan korang je. nanti kalau biasa sangat makan sejuk-sejuk pagi-pagi gini boleh batuk dan selsema tau. Tambahan pulak korang nak pergi sekolah kan. Tak takut comot ke bajunya nanti?"


Nisaq memegang bahu anak-anak kecil di depannya, berharap mereka tidak berkecil hati dan memahami niat hati kecilnya.

"alaaaaa bukan apa kak Nisaq.... kami takut nanti budak-budak taman sebelah datang beli. Nanti dah habis, apa pun kami tak dapat. boleh la kak Nisaq!"

Seorang budak lelaki yang bertubuh montel dan berpakaian paling kemas diantara yang lain. Kelihatan lucu bila membuat memek muka minta simpati.

"tengok ni, kak nisaq copkan untuk korang, sorang satu sahaja ok. Balik sekolah nanti datang ambil aiskrim korang ni, sekarang pergi sekolah dulu". Riuh suara mereka menjerit teruja dengan jaminan yang di tawarkan Nisaq. Masing-masing bergegas bertolak ke sekolah yang hanya 500 meter dari kawasan perumahan.

Selepas menyiapkan sarapan, nisaq merapikan tudung bawal kesayangannya. Di semat ringkas kiri dan kanan dengan pin tudung bermanik, menutup aurat di dada agar terhindar daripada menarik mata-mata dan nafsu manusia yang didorong syaitan. Jam tangan yang ringkas dan selesa walaupun hanya RM10 dibeli di pasar malam menjadi perhiasan pergelangan tangan gadis kecil ini.

Hari ini kerja pagi balik petang. Besok pagi Nisaq cuti. Kerja 6 hari seminggu, walaupun penat, Nisaq bersyukur kerana inilah sumber rezeki yang Allah berikan selepas dia tamat Spm. Dari jauh ada sepasang mata yang memerhati langkah kaki nisaq yang menuju ke perhentian bas. Nisaq berjalan sambil berzikir yang hanya di dengar oleh telinganya sendiri.

Saat melintasi jejantas, hati kecilnya terdetik seolah-olah ada perkara yang tidak diingini akan berlaku. Nisaq mengambil beg dompet kecilnya yang tersimpan wang dan kad pengenalan dan kad bank, lalu disisipkan di dalam kocek seluar sleknya yang tertutup dengan baju kemeja kerja labuh melepasi punggung.

zuuupppp!!!!! bukkk!!!!

Tubuh Nisaq terdorong kehadapan dan terjatuh di kaki jalan. Matanya berpinar apabila kepalanya terhantuk batu krikil yang sebesar penumbuk. Nisaq masih dalam keadaan terkejut. Keliru dengan apa sedang yang berlaku. Kelihatan ramai yang mengerumuninya dan bertanya keadaannya. Terdengar ada yang sedang menelefon ambulans. Mata nisaq berpinar.

"Cik, cik buka mata, minum air mineral ni sikit, jangan risau saya baru je beli tadi dan baru buka penutupnya ni". Nisaq menuruti arahan tersebut, kepalanya berdenyut dan tiba-tiba nisaq merasakan ada cairan hangat didahi lalu mengalir ke hidungnya. Matanya berpinar dan terus gelap.

**********

"aku kat mana ni? bilik ni, sejuknya! hospital? dalam wad? dah kenapa dengan aku?!". Kepala Nisaq masih berat, digagahkan jugak tubuhnya untuk bangun. Matanya meliar mencari jururawat untuk bertanya bagaimana dia boleh berada di hospital dan siapa yang menghantarnya. Lega apabila dia dihampiri seorang jururawat yang agak tembam dan berwajah mulus keibuan.

"Alhamdulillah bangun dah awak. Ni barang-barang pribadi awak, ada seorang pemuda yang beri kepada pihak hospital semasa awak sampai semalam. Cik Nisaq ada pening? pandangan jelas?". Lidah nisaq terkelu dan tidak terlontar sebarang pertanyaan. fikirannya merawang memikirkan siapa gerangan yang menghantarnya ke hospital. Hanya gelengan dan anggukan menjawab soalan yang diajukan oleh jururawat.

"Bagus kalau tak ada, sekejap lagi doktor akan datang untuk merawat dan menerangkan yang selanjutnya pada cik Nisaq. Apa-apa permasalahan boleh terus beritahu doktor. Berehat dahulu ye". Anggukan dan senyuman yang mampu dibalas. Bosan pula terkurung di dalam bilik yang hanya di huni oleh dua orang pesakit. Nisaq tekat mahu keluar segera dari hospital.

Suara lembut memanggil-manggil Nisaq untuk bangun dari lena. Mengantuk betul,tak tahu ubat apa yang jururawat tadi bagi, tapi memang lega bila bangun. Kepala Nisaq pun tidak seberat tadi. dirapikan tudung agar tiada rambut yang terlihat dimata dokter yang berada di hujung katilnya. Selesai mendengar penerangan daripada jururawat, dokter menghampiri Nisaq dan menyuluh lampu kecil ke anak matanya.


"Ok, tak ada apa yang serius, ni imbasan X-ray cik Nisaq, tak ada sebarang kecederaan yang serious, jika cik Nisaq ada pening berpanjangan atau muntah segera maklumkan kepada saya atau jururawat ye. Ia mungkin tindak balas atas gegaran di kepala yang awak alami semalam. Kalau tiada yang memerlukan perhatian lagi, Cik dibenarkan pulang petang ni".

"Alhmdulillah, terima kasih doktor. cik misi, boleh tak tanggalkan tiub air ni, tangan saya kebas la. Lagipun petang ni saya da boleh keluar dari hospital kan, nanti bukakan ye, sakit". Nisaq membuat memek muka minta simpati agar dia cik jururawat menunaikan permintaannya.

"boleh cik Nisaq, selepas cik makan saya akan tanggalkan jarum dan tiub tu". Mata nisaq membuntang memikirkan jarum besar yang bakal keluar dari urat dan kulitnya. Seram! sakit! tapi Nisaq harap ia segera dicabut. Hidangan di depan mata dimakan habis, walaupun tekak pahit, namun rezeki jangan ditolak, jauh sekali dari membazir.

Dari jauh kelihatan susuk tubuh yang tegap dan berpakaian kemas datang menghampiri. Rasa sakit di kepala terubat apabila melihat senyuman yang boleh membuat hati Nisaq melayang-layang, terbang bebas seperti belon yang berwarna-warni. Tangan jadi kebal, hilang rasa sakit saat jururawat mencabut jarum ditangan.

"Nisaq.... oooo nisaq!". Eh! mamat ni, potong line betul lah. Da terlepas nak tanya khabar doktor pelatih yang lalu tadi, hensem! sado! muka mcm ahli syurga, putih bersih! ada NUR. Alangkah bahagianya jika menjadi doktor dihatiku.

"Amboi-amboi... birahnya, penuh nafsu 9 pandang dokter tu ye. Saya awak tak nak pandang? hahahahaha". Laju tangan Ilham menarik hidung Nisaq yang menjuirkan bibirnya tanda menyampah.

"Hello brother! bayar tol tok kadi dulu lah baru sentuh muka kita! kulit bukan mahram bersentuhan sama hukum pegang kulit oing oing tau!". Merah menyala wajah nisaq apabila hidungnya ditarik dengan lelaki ajnabi. Ikut hati mau dibaling tarmos di meja kecil sebelahnya, ke kepala Ilham.

"Ok maaf. Jangan marah, saya salah. Saya tak sengaja. Saya minta maaf ok. Nanti kita jumpa tok kadi ok. bukan setakat tol, duit mas kawin saya bagi sekali". Hati Nisaq hampir berbunga dengan usikan Ilham, terhenti mengingatkan hati kecil, gurauan jangan disimpan menjadi harapan.

"sudah la awak! kalau berangan...bercerita lembut gusi dari lidah... sudahnya sampai saya senyum nampak gusi tak ada gigi belum tentu awak minta abah saya jadi wali". Nisaq mengemas barang-barangnya membelakangkan Ilham.

Dia nak aku tunggu sampai aku jemput dia datang majlis aku dengan pilihan orang tua aku agaknya, tak pun die jemput aku untuk datang majlis dia dengan pilihan keluarga dia agaknya. Dah la...malas fikir! serabut otak. Nisaq mempamerkan senyuman kelat di depan Ilham. Air mata ditahan agar tidak menjatuhkan air muka.

Ilham mengekori Nisaq. Hatinya keras namun terjentik dengan kata-kata Nisaq. Sayang namun belum bersedia untuk melangkah lebih dalam perhubungan. Sayang tak mahu kehilangan, tetapi masih banyak tanggungjwbnya yang perlu di utamakan. Maafkan aku Nisaq. Aku tak berniat untuk kau terus menanti aku. Tetapi jangan kau jauh dari aku.

*********

"Macammana awk boleh kena ragut? seminggu sebelum awak kena ragut tu, awak ada ambil cuti ye? saya datang tempat kerja awak, mereka bagitahu awak ke Kuala Lumpur. Kenapa tak bagitahu awak nak ke Kuala Lumpur untuk pergi temuduga. Kalau saya tahu, saya temankan awak. Saya tau awak mesti cakap awak tak nak susahkan sesiapa terutama saya. Tapi Nisaq kalau saya ni penting buat awak, mesti awak maklumkan pada saya".

Pandangan Nisaq hanya jatuh ke gigi air. Membiarkan kaki berendam buih ombak. Nisaq membiarkan soalan Ilham tenggelam di dalam bunyi ombak. Menoleh kepada Ilham di sisinya. Bahagia mungkin itu yang dirasa. Ya Allah jika dia jodohku maka dekatkanlah hati ini, jika sebaliknya, jauhkanlah hati ini. Terpaku melihat Ilham mendepangkan dada pada angin pantai. Terasa lapang bagaikan luasnya lautan.

"Ilham, kalau keluarga saya minta saya bernikah dengan pilihan mereka, awak akan biarkan tak? atau awak jumpa keluarga saya dan meminang saya?". Langkah Ilham terhenlti mendengar soalan yang klise yang harus dijawab.

"Kenapa? awak tak sabar nak kawin ea. InshaAllah kalau ada jodoh antara kita, kita ke peringkat yang seterusnya lah. Ekonomi macam ni, sanggup ke awak kawin dengan saya yang belum ada apa-apa. Hidup pun masih merantau. Tetapi, kalau dah orang tua awak ada calon yang sempurna untuk awak, dan awak nak. Awk terima lah".

"Ilham, jom lah hantar saya balik. Hari macam nak hujan. Terima kasih tadi ambil saya dari hospital tadi. Bulan depan awak kena operasi lagi kan, hati-hati tau. kalau jumpa jodoh jangan lupa jemput saya jugak". Nisaq menyembunyikan rasa pahit dihati dengan senyuman yang bersahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience