Rate

Coretan 3

Romance Series 4463

Alhamdulillah, segarnya udara pagi ni! lebih bahagia bila terbau cucur bilis digoreng mak. Selesai dhuha dicapai novel kegemaran dikepit bersama telefon bimbit yang sentiasa menjadi peneman setia suka atau pun duka. Melihat mak rancak berbual dengan mak Temah, Nisaq menghidangkan sedikit cucur bilis dan kopi o, untuk dijamu tetamu maknya.

"Wah Seha. Sedaplah cucur yang Nisaq buat ni, gebu! kopi pun manis macam anak dara yang buat, boleh la bungkus buat aq sikit nanti ye cucur bilis viral ni. lembut la, sedap. Anak dara aku tu, tangan da biasa pegang key board laptop, sampai nak pengang sudip pun leceh katanya. Anak bujang aku sejak da bukak butik andaman ni, dah lupa resepi-resepi die belajar seni kulinari dulu".

"Wah yeke bagus lah anak kau Temah oi. Perempuan zaman sekarang memang elok kerja, pandai berdikari, tak apa tak reti masak pun, yang penting belajar tinggi-tinggi. Kerja elok, gaji besar. Senang la hidup kau Temah nanti oi. ckup bulan anak-anak hulur, da pencen dapat lagi rezeki dari anak-anak. Dah gaji besar, pasang je tukang gaji, Senang".

"Alhmdulillah gitu la rezeki Allah bagi aku ye Seha. Alia tu suami dia kastam, kerja sentiasa outstation. Dia bosan-bosan meniaga online je. Aku bosan jugak sebenarnya sejak anak aku ikut suami die, die balik kampung pun, laptop saje die pandang, cari rezeki tambahan katanya. Si Luqman pulak suka tidur dekat butik die je".

"Tak apa la mah oi. Kalau bosan, datang je rumah aku. Anak aku Nurul kan duduk dengan mertuanya di Johor Bahru. Nani dah jarang balik sejak sambung master ni. Nisaq jela ada sekali sekala balik, aku pun biar die jarang balik tak apa. Jimat-jimat duit minyak. Ada rezeki aku bermenantu nanti boleh buat besar-besaran. Meriah macam kenduri kahwin anak kau si Alia tu. Kalau boleh, aku nak serentakkan je dua beradik ni, baru weddings of the year dalam taman kita ni Mah".

Nisaq mengibas-ngibas tudungnya di hadapan kipas duduk. Rimas pulak Nisaq mendengar angan-angan ibunya. Tak apa kalau orang perempuan tak pandai masak? biar betul, habis kalau kene reject bakal mak mertua macam mana? bukan dulu mak cakap dengan aku, kalau perempuan tak pandai masak, lebih sibukkan kerja dari suami, suami akan makan luar ke? sekarang cakap terbalik pulak dengan mak Temah. weeding of the year ye? hahahaha tengok lah anak mak ni....'kalau' ada orang yang nak pinang anak mak ni ye.

Melihat kelibat nisaq masuk ke bilik, mak Temah merapatkan kedudukannya dengan maknya Nisaq. "Som, Nisaq tu dah ada boypren belum. Kau belum pernah kenalkan aku lagi pun dengan bakal menantu kau, mesti belum ada kan, kalau dah ada...mesti kau cerita dengan aku macam-macam bakal menantu kau belikan untuk kau, macam masa Nurul ada boypren dulu. Aku bukan apa, kita ni sudah di akhir zaman, banyak golongan macam zaman nabi luth dulu, nauzubillah, jangan la sampai macam tu som oi. Kawinkan je cepat".

*****

"Kau berapa lama kat kampung ni yunk? petang ikut aku pergi bandar jom, teman aku cari barang hantaran. Tunang aku operasi, lagi 3 bulan lagi baru balik, pastu baru cuti 2 minggu untuk mjlis 2 pihak terus. Boleh tak Nisaq? Temankan aku". Anggun tersenyum apabila Nisaq mengangguk tanda setuju.

"Nisaq, tadi masa aku kat dapur, mak kau ada tanya aku. Aku tak ada ke calon-calon yang boleh 'matchkan' dengan kau." Anggun tergelak melihat Nisaq membuat memek muka meluat. Anggun memahami situasi sahabatnya, memaut bahu Nisaq erat.

"bersabarlah yang... ye mudah-mudahan tiba giliran untuk jodoh kau sampai, biarlah orang tua nak merancang, Allah yang akan menentukan baik atau buruk sebelum dan selepas untuk kau nanti. Kau banyakkan berdoa ok. Usaha juga supaya buah hati kau segera jumpa mak ayah kau untuk jadikan kau isteri, kalau sampai makan tahun bercinta, tapi tak ada usaha untuk bernikah, tak elok. Be strong ok my dear."

Nisaq tersenyum kelat. Susah untuk diterangkan situasi Ilham yang kerap bermain tarik tali. "Aku tak bercinta pun dengan dia beb.. Aku sendiri tak pasti sama ada dia suka pada sekadar kawan biasa atau pun lebih. Dia pernah cakap at aku, kalau ada orang yang lebih baik dari dia dan aku suka, dia suruh aku terima. Aku fobialah Anggun. Kawan baik dia dulu pernah kecewakan aku dengan harapan palsu. Aku tahu dia berbeza, tetapi aku tak mahu inaya hati aku lagi. Biarlah aku serahkan semuanya pada jodoh yang dah tertulis".

"aku akui, Ilham dah terlakar dalam hati aku. tetapi siapa aku dalam hati Ilham? Macam mana aku nak bincang soal perkahwinan... sedangkan soal perasaan pun belum jelas. Anggun, anak derhakakah aku kalau aku belum jumpa jodoh yang betul-betul ikhlas pada aku?". Anggun menggeleng lembut. Hatinya turut sayu dengan ujian yang menimpa sahabatnya. Hatinya tak berhenti berdoa agar suatu hari nanti, Nisaq ditemukan dengan jodoh yg sempurna dan bertanggungjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience