Rate

BAB 3

Drama Completed 318

Ah, legalah hidup aku! Tenang tanpa umpatan. Sejahtera tanpa fitnah. Harmoni tanpa pilih kasih. Bahagia tanpa politik perguruan. Bebaslah aku daripada belenggu algojo kecil yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Berdialog hati sanubari Sifu Ah Ti. Bermonolog jiwa raga Sifu Ah Ti.

Fail demi fail direnungnya dari jauh. Tidak lama lagi, rak yang berwarna Oak itu akan dikosongkan. Puluhan sijil penyertaan, penghargaan, dan pencapaian peribadi selama tiga dekad suku akan disimpan di dalam album nostalgia. Cenderamata, plak dan pingat penghormatan (yang semakin pudar dimakan usia) akan disimpan sebagai khazanah warisan anak cucu di arkib kenangan. Rak yang dikosongkan akan diisi dengan buku-buku bacaan terbaharu. Selamat datang dunia baharuku! Dunia seorang YB di Tanjong Malim, Daerah Muallim! YB?
— 1 Mac 2015 —

Senja sudah sekian lama berlabuh. Gelapgelita. Tiada bintang-bintang yang berkerlipan di dada awan. Barangkali, alam sedang bersimpati menelusuri notelun kerjaya Sifu Ah Ti. Gigih mendidik dan sedia memimpin. Pernah luka, dilukai dan terluka. Pernah bahagia, bangga dan teruja atas kejayaan anak-anak murid di bumi watan, nusantara dan antarabangsa. Fail persaraan yang kemerah-merahan itu dikatup kembali sebelum disimpan rapi di dalam arkib kenangan.

Sempat sejenak Sifu Ah Ti melepaskan sekelumit persoalan yang masih terpenjara di dada cakerawala malam tanpa bintangbintang. Esok, sudah merdekakah, aku? Esok, sudah bahagiakah, aku? Pasrah Sifu Ah Ti kepada-Nya. Hanya esok yang datang akan menentukan kiblat hidupnya selagi hayat dikandung badan. Terima kasih, Tuhan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience