Rate

Babak 2

Other Series 1359

Sedang Leo duduk menyiapkan kerjanya,tiba-tiba dia teringat akan kisah lalunya yang dahulu.Ya,pada saat itu hati yang kembali pulih kini sedikit terguris apabila terkenangkan bekas tunangnya dahulu.Setelah mendapat tahu bahawa bekas tunangnya bermain kayu tiga di belakangnya,Leo membawa dirinya berhijrah ke kota London.Leo menetap selama 5 tahun di sana tanpa berita kecuali ahli keluarganya serta saudara-mara yang terdekat.Kini,dia kembali ke tanah air Malaysia setelah dia mengubati hati yang dulunya pernah rapuh,hancur,berkecai sehingga menyebabkan dia terpaksa mengutip hatinya yang berkecai tersebut dengan sendiri.

Oleh sebab itu,dia bertekad untuk menutup pintu hatinya terhadap semua wanita yang mencuba untuk merapati dirinya.Dia khuatir sekiranya dia membukakan semula pintu hatinya,sejarah yang lama kebarangkalian akan berulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience