Rate

Babak 5

Other Series 1359

"Awak ni bukan perempuan yang kat rumah Mdm Hew semalam ke?" Lalu perempuan tersebut lantas bangun dan menjawab "Awak Adrian Leo kan?Anak kepada Mr Robert and Mdm Hew?Perkenalkan,saya Intan." Akhirnya persoalan Leo terjawab dan dia perlahan-lahan mengingati bahawa Intan merupakan anak kepada kawan ibunya dahulu iaitu Puan Saleha. "Nice to meet you Intan".Leo sedaya upaya untuk mengelap kotoran kopi yang tumpah pada bajunya dengan tisu tetapi usahanya itu gagal.Intan teringat bahawa dia telah tertumpahkan kopi pada baju Leo dan dia berasa amat bersalah akan perbuatan cuainya itu.Dia berjanji bahawa dia akan mencuci baju tersebut tetapi tawaran perjanjiannya itu telah ditolak baik oleh Leo.

Sebaik sahaja mesyuarat selesai,Leo kembali ke ruang pejabatnya.Dia seperti tidak tenteram kerana perasaanya seolah-olah terganggu.Setelah 5 tahun lebih dia menutup pintu hatinya buat para wanita mengapa harus sekarang dia perlahan-lahan untuk membiarkan pintu hatinya kembali terbuka oleh seorang perempuan yang telah menumpahkan kopi pada bajunya.Mengapa dia begitu mudah terlopong dengan keanggunan perempuan tersebut?Walhal,perempuan yang bertudung bukanlah pilihan hatinya tetapi mengapa hatinya memilih Intan?Mengapa dia tidak senang duduk apabila memikirkan Intan? "Argh". Dia menjadi bingung dan celaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience