Rate

Babak 4

Other Series 1359

Setelah selesai menikmati makan malam serta bersembang dengan ibu dan bapanya,Leo meminta izin untuk pulang ke rumahnya.Setibanya dia di rumah,dia melabuhkan punggungnya di sofa sambil memicit kepalanya yang pening.Tiba-tiba dia teringat kembali akan perempuan yang dilihatnya di rumah ibunya tadi.Leo tertanya-tanya kepada dirinya "Siapakah perempuan itu tadi?" Terdetik juga rasa menyesal dalam hatinya kerana tidak menegur perempuan tersebut.Dia hanya mampu menghembuskan keluhan yang berat.

Keesokkannya,sebelum berangkat ke pejabat sudah pasti Leo akan singgah di kedai mamak berhampiran untuk bersarapan.Dalam keasyikkan menikmati 'Nasi goreng kampung' iaitu menu kegemarannya tersebut,dengan tidak sengaja seseorang telah menumpahkan kopi panas ke baju Leo.Leo menjerit kesakitan kerana menahan kepanasan kopi tersebut dan pada masa yang sama dia berasa amat marah kerana baju kerjanya telah kotor dan basah.Tetapi,apabila dia menoleh ke belakangnya dia terlihat wajah perempuan yang pernah dilihatnya sebelum ini namun perempuan tersebut tertunduk di lantai kerana tersadung dan akibat daripada itu air kopi perempuan tersebut tumpah ke belakang baju Leo.Apabila perempuan tersebut mengangkat wajahnya,sekali lagi Leo terlopong serta terpesona dan sepantas kilat dia tidak jadi untuk marah kerana perempuan tersebut ialah perempuan yang berada di rumah ibunya semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience