BAB 10

Superhero Completed 15859

Betty membuka matanya perlahan apabila cahaya matahari mula menyinari biliknya itu.Kejadian malam semalam berlayar dibenaknya.Pantas dia melihat ke sebelahnya.Wajah Ryqal sungguh hampir dengannya.

Tangan lelaki itu melingkari pinggangnya.Betty mengambil kesempatan untuk melihat wajah lelaki itu dengan lebih dekat.

Dari rambut yang sedikit terpacak turun ke dahi dan mata yang agak galak mampu mencairkan hati wanita yang memandangnya dan turun ke bibir yang sempurna.

Tangan Betty mengusap pipi Ryqal lembut dan perlahan dia meletakkan bibirnya ke pipi suaminya itu.

‘I love you,sayang..I damn love you so much..’hati Betty berkata-kata lalu dia bangun mencapai pakaiannya yang bertaburan sebelum masuk ke bilik mandi.Ryqal membuka matanya sebelah untuk melihat jika Betty berada disitu dan apabila dia pasti wanita itu sudah masuk ke bilik mandi,dia pantas menyarung pakaiannya dan keluar menuju ke biliknya yang terletak selang beberapa bilik dari bilik Betty.Sejurus menutup pintu biliknya Ryqal tersenyum lalu memegang pipinya.”I love you,sayang..I damn love you so much..”kata-kata yang lahir dari hati Betty terngiang-ngiang di benak Ryqal.Ryqal mencapai tualanya dan masuk ke bilik mandi.

Dia melihat pantulan dirinya dari cermin.Kelihatan beberapa kesan merah pada bahunya membuatkan dia tersenyum lagi.Malam tadi adalah kenangan terindah yang pernah dirasainya seumur hidupnya.’Betty,walaupun aku pernah cakap yang aku tak cintakan kau tapi sejujurnya aku cinta pada kau..dan aku bodoh kerana pernah cuba menghapuskan kau dari hidup aku..I..I have fallen for you,Betty. ..I just realise that I love you,Betty..’hati Ryqal bermonolog.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience