BAB 6

Superhero Completed 15859

Beberapa jam kemudian,Ryqal memasuki perkarangan kondominium miliknya lalu memarkir kereta.Ryqal memandang sekujur tubuh disebelahnya.Kelihatan wajah tenang Betty berserta dengkuran halus.Ryqal memandang setiap inci wajah Betty yang sememangnya cantik dipengelihatannya.Dari dahi yang licin turun ke hidung yang agak mancung dan jatuh ke bibir yang dioles dengan sedikit gincu.Wajah itu sungguh sempurna buat Ryqal.

Rambut Betty yang agak berombak menutupi sebahagian leher gadis itu ditolak ke belakang.Perlahan Ryqal mendekatkan wajahnya.’Betty..walau aku tak cintakan kau tapi hanya kau sahaja yang dapat berikan debaran pada aku..’hati Ryqal bermonolog.Semakin lama wajah Ryqal mendekati wajah Betty.Akhirnya bibir mereka bersatu buat seketika.Tiba-tiba tubuh Betty kelihatan bergerak-gerak.Ryqal pantas menegakkan kedudukannya lalu berdehem.

“Kita dah sampai..” ujar Ryqal tegas lalu keluar dari keretanya.Betty mengerutkan dahinya.’kenapa dengan dia tu?..mental ke apa?..’hati Betty berkata-kata.Tiba-tiba Ryqal membuka pintu keretanya kembali.

“Kau ingat aku tak dengar apa kau kata?..aku belum jauh lagi dari kau so kalau nak mengata aku tolong pergi jauh-jauh sikit ye..”ujar Ryqal dengan muka tegang.Betty menampar pipinya perlahan.

Ryqal dan Betty memasuki lif bersama seorang lelaki cina lingkungan 50-an.Lelaki itu tersengih-sengih memandang Betty dan Ryqal.Mereka saling berpandangan sebelum memandang kearah lelaki cina tersebut.Mereka berdua cuba membaca fikiran lelaki tersebut namun gagal memahami apa yang difikrikan oleh lelaki tersebut.

“Kamj berdua baru kahwin ka?..” soal lelaki tersebut.

Betty dan Ryqal mengangguk serentak.

“Patutlah..itu abang bibir ada lipstik..”ujar lelaki cina itu sebelum keluar dari lif tersebut.Ryqal membulatkan matanya lalu mengesat bibirnya pantas manakala Betty tercenggang.

‘Oh my gosh!!!!’ Hati Betty menjerit membuatkan Ryqal membuat muka selamba dan keluar dari pintu lif tersebut apabila mereka tiba ditingkat yang ingin dituju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience