Bab 1

Romance Series 586

"Bolehlah, Mommy..." Nadira merayu sambil memeluk erat lengan ibunya. Namun jawapan ibunya tetap sama,tidak! "Tapi kenapa?" soalnya, nada suaranya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Nanti kamu kejar dia lagi. Kesian dia, Nadira" balas Puan Nafizah sambil mengaul nasi goreng yang sedang dimasaknya untuk sarapan pagi itu.

Nadira mendengus kecil. Dia bersandar di meja dapur dengan wajah penuh harapan. "Alah, apa salahnya? At least dia ada peminat tau"

Puan Nafizah menjeling tajam sebelum menjentik dahi luas anaknya.

"Auch! Sakitlah, Mommy!" rengek Nadira sambil mengusap dahinya yang sedikit merah.

"Dia tu datang situ nak mengajar, bukan nak cari jodoh! Bukan macam kamu. Kecil-kecil dulu dah gatal ajak orang kahwin"

Puan Nafizah menggeleng perlahan sambil mengenang kembali insiden lucu ketika Nadira kecil. Dia masih ingat bagaimana anak bongsunya itu, yang baru berusia tujuh tahun ketika itu, berlari ke arah anak jiran mereka dan meluahkan hasrat ingin berkahwin dengannya apabila sudah besar nanti.

Memang seluruh taman riuh dengan kisah itu!

Sejak kecil Nadira memang begitu.berani, degil, dan terlalu berterus-terang.

Entah mengapa anaknya begitu berminat dengan Rayyan, anak bekas jiran mereka yang jauh lebih tua daripada Nadira.Nak kata terlalu kacak, suaminya, Encik Saiful, lagi kacak. Ceh, mentang-mentang ada suami!

Tetapi sejak Rayyan berpindah, Nadira seperti kehilangan sesuatu. Meskipun bertahun-tahun berlalu, nama lelaki itu masih disebut-sebut.

Nadira memeluk tubuh sambil mengangkat dagu. Matanya bersinar penuh keyakinan. Tidak! Dia tidak memerlukan bantuan ibunya untuk mencari Rayyan. Dia yang akan cari Rayyan sendiri dan dia takkan mengalah sampai dia jumpa Rayyan.

"Takpe! Mommy tak nak bagitahu takpe. Nadi cari sendiri!" katanya penuh bersemangat.

Dia tidak akan mengalah! Kalau dia boleh menunggu Rayyan selama lima belas tahun, takkanlah dia tak boleh mencari lelaki itu?

Cuma... masalahnya dia dah lupa rupa Rayyan.

Dia hanya mengingati satu perkara iaitu nama lelaki itu, Rayyan!

Puan Nafizah berdegus. "Ikut kamulah, Nadi. Apa-apa jadi, Mommy tak nak masuk campur"

Makin dihalang, makin dibuat. Dia sudah masak benar dia dengan perangai anak bongsunya ini. Nadira tanpa berkata apa menuju ke ruang tamu.

Nadira menjenguk ke ruang tamu, matanya tertumpu kepada ayahnya yang sedang menonton berita pagi. Tiba-tiba terdapat idea nakal muncul di dalam otaknya.

Dengan langkah perlahan dan penuh strategi, dia menyelinap ke belakang sofa.

Senyuman jahat terukir di bibirnya sebelum dia....

"BOO!" Dia menepuk bahu ayahnya dengan kuat.Namun, reaksi yang diharapkan tidak muncul.

Encik Saiful sekadar menjeling sekilas tanpa ekspresi. "Tak terkejut" ejek Encik Saiful.

Nadira mengeluh kecil sebelum melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

"Eee, abah ni! Harini Nadira first day tau sambung ijazah. Patutnya ayah kena layan Nadira bagi kata-kata semangat" bebel Nadira sambil mencebik.

Encik Saiful masih fokus pada TV, wajahnya tenang seperti biasa.

"Good luck" katanya pendek.

Nadira memandang ayahnya dengan mulut sedikit ternganga. Itu je?

Mana peluk semangat? Mana kata-kata motivasi yang boleh buat dia bersemangat? Mana doa panjang lebar?

"Abah dah tak sayang Nadi" katanya sambil memeluk tubuh sendiri.

Encik Saiful menoleh, memandang anaknya yang sedang merajuk comel. Senyuman kecil terukir di wajahnya.

Dia menarik Nadira ke dalam pelukan hangat, mengusap kepala anak gadisnya dengan penuh kasih sayang.

"Abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Nadi. Kamu anak abah yang paling degil, tapi abah tahu kamu akan berjaya"

Mendengar kata-kata itu, Nadira tersenyum puas. "Haa, macam tu lah! Baru rasa disayangi"

Puan Nafizah yang sedang menyusun pinggan di meja makan sekadar menggeleng kepala. "Haih, besar panjang pun masih nak bermanja"

Nadira menjelir lidah. "Anak bongsu privilege, Mommy"

Suasana pagi itu dipenuhi gelak tawa sebelum Nadira bergegas ke biliknya untuk bersiap.

Permulaan Misi Mencari Rayyan

Setelah mengenakan baju kurung moden berwarna biru lembut, Nadira berdiri di hadapan cermin.

Jantungnya berdebar.

Hari pertama di universiti sepatutnya biasa sahaja, tetapi bagi Nadira, ini lebih daripada sekadar menyambung pengajian.

Ini juga langkah pertama dalam pencariannya.

"Rayyan... di mana awak sekarang?" bisiknya perlahan.Telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Sarah: "Nadi, kau dah gerak? Aku dah sampai dekat parking. Jangan lambat!"

Nadira mencapai beg tangan dan keluar dari bilik.

Sebelum melangkah ke luar rumah, dia sempat menoleh ke arah ibu bapanya.

"Mommy, abah, Nadi gerak dulu! Doakan Nadi berjaya!" katanya ceria.

Berjaya apa? Mencari ilmu atau jodoh? Puan Nafizah menggeleng kecil."Jangan gatal sangat cari jodoh!" balas Puan Nafizah dengan nada menyakat.

"Nadi tak janji" laung Nadira dari luar yang sedang memakai kasut tumit tinggi itu.

Encik Saiful sekadar tersenyum sambil menggeleng. "Belajar elok-elok. Jangan main-main."

Nadira ketawa kecil sebelum melangkah keluar dengan penuh semangat.

Satu perkara yang dia pasti dia akan capai pada hari ini ialah dia akan mencari Rayyan, walau apa pun yang terjadi.

____________________________________

Rayyan berdiri di hadapan cermin sambil merapikan tali lehernya. Hari ini merupakan hari pertama dia akan memulakan tugas sebagai seorang pensyarah. Dia tidak pasti apa yang patut dia rasa,gementar, teruja atau takut?

Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan. Matanya masih meneliti bayangannya di dalam cermin. Segak. Itulah yang dia cuba tampilkan hari ini. Sebagai seorang tenaga pengajar yang baru, dia perlu memberikan impression pertama yang baik kepada pelajar-pelajarnya.

Namun, di sebalik rasa bersemangat itu, ada sesuatu yang membuatkan dia kurang selesa. Cuaca di Malaysia! Sudah hampir sebulan dia pulang ke tanah air setelah bertahun-tahun belajar di luar negara, tetapi bahang panas di sini masih sukar untuk dia biasakan. Dia merengus kecil sambil melonggarkan sedikit tali lehernya. Kenapalah pensyarah perlu pakai formal?

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Rayyan mencapai jam tangan dan telefon bimbit sebelum menuruni tangga. Bau yang lazat memenuhi ruang rumah, membuatkan perutnya yang kosong berbunyi. Pasti ibunya sedang memasak.

Dia berjalan perlahan ke dapur sebelum memeluk ibunya dari belakang, kepalanya dilentokkan manja di bahu wanita itu.

"Ibu masak apa?" soal Rayyan sambil tersenyum.

Puan Habibah menoleh sedikit sebelum menjawab, "Kari ayam je. Sempat tak kamu nak makan sebelum pergi kerja?"

Rayyan mengerling ke arah jam tangannya. Sudah hampir pukul tujuh tiga puluh pagi. Dia menghela nafas pendek sebelum menggeleng perlahan.

"Tak sempat, ibu. Rayyan kena masuk awal"

Sebagai pensyarah baharu, dia mahu menunjukkan disiplin yang baik. Dia tidak mahu memberikan sebarang alasan jika tiba lewat pada hari pertama.

"Habis tu, ibu masak ni siapa nak makan?" soal ibunya dengan nada sedikit kesal.

Rayyan tersenyum kecil. Dia tahu ibunya bimbang jika dia tidak makan. Sejak ayahnya meninggal, ibunya lebih banyak diam, suka menyendiri, dan jarang tersenyum seperti dahulu.

Dia mencapai tangan ibunya, menggenggam erat sebelum mencium belakang tangan wanita itu.

"Nanti Rayyan balik Rayyan makan, ya? Ibu jangan risau. Rayyan pergi dulu"

Puan Habibah hanya mengangguk perlahan, memerhati langkah anak lelakinya menuju ke pintu. Hatinya sedikit sayu, tetapi dia tahu anaknya kini sudah dewasa dan punya tanggungjawab sendiri.

Rayyan membuka pintu, melangkah ke luar sebelum menuju ke kereta. Hari pertamanya sebagai pensyarah sudah bermula, dan dia hanya mampu mengharapkan semuanya berjalan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience