Bab 3

Romance Series 586

Rayyan baru sahaja melangkah keluar dari perpustakaan, niatnya mahu ke kafeteria untuk melihat sekitar kampus. Sebagai pensyarah baru, dia perlulah membiasakan diri dengan kawasan ini. Besar juga universiti ini! Pagi tadi pun dia tersesat mencari bilik kuliah sudahlah dia salah blok.Memalukan betul.

Dia menarik tali lehernya sedikit, cuba memberi ruang agar lehernya tidak terasa tercekik. Cuaca di Malaysia memang tidak pernah berubah,panas dan lembap. Berbeza dengan tempat dia belajar dulu. Sejuk dan nyaman.

Sedang dia berjalan, dua orang pelajar perempuan yang lalu di hadapannya tersenyum manis, mungkin cuba menarik perhatiannya. Namun, Rayyan hanya berpura-pura tidak nampak. Dia lebih rela dilabel sombong daripada dilabel gatal.

Tiba-tiba, satu suara menjerit dari jauh.

"Awak!"

Rayyan buat tidak tahu.Mungkin panggilan itu sebenarnya bukan untuk dia. Bukan seorang dua yang ada di sini. Dia tidak mahu kejadian memalukan terjadi lagi. Cukuplah pagi tadi dia sesat.

Namun, langkahnya terhenti apabila satu lagi jeritan kedengaran.

"Abang Rayyan!"

Rayyan berpaling serta-merta. Dahi berkerut. Sejak bila aku ada adik ni?

Matanya tertancap pada seorang wanita yang berdiri tidak jauh darinya. Wanita itu kelihatan terkejut dan gembira dalam masa yang sama. Rayyan mengamati wajah itu. Dia kenal mata bulat itu, pipi tembam yang dulu selalu dia tarik-tarik, dan bibir mungil yang sering bercakap tanpa henti.

Nadira Alya.

Budak perempuan yang dulu selalu dia kacau dan buli, kini sudah menjadi wanita dewasa. Cuma ada satu perubahan ketara rambutnya. Dahulu hanya paras bahu, kini panjang mengurai dengan warna keperangan. Pasti dia warnakan rambut.

Rayyan berdehem kecil, menyedari bahawa dia sudah terlalu lama memandang wanita itu. Tapi Nadira juga sama, matanya tidak lepas daripada wajahnya.

"Abang..." panggil Nadira lagi, suaranya bergetar.

Rayyan tersentak. Jangan-jangan... Nadira masih menunggunya?

Dia tidak boleh membiarkan ini berlarutan. Ada sebab dia tidak pernah menghubungi gadis itu sejak bertahun-tahun lalu. Dia memilih untuk menjauh. Maka dia harus terus begitu.

"I kenal you ke?" soalnya dengan nada selamba.

Serentak itu, wajah Nadira berubah. Keceriaan yang tadi bersinar di matanya kini pudar. Dia tergamam, seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

"Saya Nadira! Nadira Alya..." ujar gadis itu, masih cuba meyakinkan Rayyan. Tidak mungkin Rayyan sudah melupakan dia.

Rayyan diam. Nama itu... memori lama serta-merta menyerbu mindanya.

15 tahun lalu...

"Hello! Nak kawan dengan abang boleh tak?"

Seorang budak perempuan kecil berlari-lari anak di sebelah basikalnya, cuba menyaingi kayuhan Rayyan yang semakin laju.

"Tak boleh" jawab Rayyan dingin.

Dia sengaja mengayuh lebih laju, mahu gadis itu berhenti mengganggunya. Tapi budak perempuan itu semakin gigih mengejarnya.

"Abang! Tunggulah!"

Rayyan mendengus. Namun, dalam sekelip mata,gedebuk!

Gadis itu jatuh terduduk di atas jalan tar. Rayyan mengeluh sebelum berpatah balik.

"Kau okay tak?" soalnya kasar.

Budak perempuan itu tidak menjawab. Dia hanya tunduk kepala sambil memegang lututnya yang berdarah. Tangisannya mula kedengaran. Rayyan mengerling ke kiri dan kanan. Jika sesiapa nampak, pasti dia akan disalahkan.

Dia turun dari basikal dan bercangkung di sebelah Nadira. Dengan perlahan, dia mengalihkan tangan gadis itu dari lututnya yang luka. Tidaklah seteruk mana, tapi budak ini memang suka mengada-ngada.

Rayyan meniup perlahan luka itu. "Sakit lagi?" suaranya lebih lembut kali ini.

Nadira menggeleng sambil mengesat air matanya.

"Nak jadi kawan abang..." pintanya, masih dengan suara serak.

Rayyan menjeling. Dah jatuh macam ni pun masih nak berkawan dengan dia?

"Nak kawan sangat, nama kau apa?"

"Saya Nadira! Nadira Alya."

Rayyan tersenyum kecil. "Rayyan."

"Kita kawan, kan?"

Rayyan tidak menjawab. Hanya membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.

Kini

Rayyan menghela nafas perlahan sebelum akhirnya berkata, "I pensyarah baru dekat sini. Rayyan Haqeem."

Dia memilih untuk tidak mengakui bahawa dia mengenali Nadira. Itu lebih baik.

Nadira masih terpinga-pinga, seolah-olah tidak percaya bahawa lelaki yang dia rindukan selama ini berdiri di hadapannya. Tapi... kenapa begitu dingin?

"Eh, tunggulah dulu... Abang!"

Rayyan menghentikan langkahnya. Panggilan itu... masih sama seperti dulu.

Dia menoleh sedikit sebelum membetulkan "Sir Haqeem."

Nadira terdiam. Hatinya terasa pedih. Dia ketawa kecil, namun nadanya penuh dengan kekecewaan.

"Oh..." Nadira tidak mampu berkata apa.

"See you later" kata Rayyan sebelum pergi meninggalkan Nadira disitu.

Nadira hanya mampu melihat Rayyan berlalu pergi. Lelaki itu tidak lagi sama seperti dulu. Dingin. Seolah-olah dia orang asing. Bukan Rayyan yang dulu selalu mengusiknya, yang dulu selalu menbulinya.

Dia menggigit bibir. Bukan ini pertemuan yang dia bayangkan. Selama ini, dia membayangkan Rayyan akan tersenyum apabila melihatnya. Mungkin sedikit terkejut, tetapi tetap mengenalinya. Namun, reaksi lelaki itu jauh berbeza.

"Apa aku patut buat ni..." bisiknya perlahan.

Dia menghela nafas panjang, cuba menenangkan hatinya. Tidak,Dia tidak boleh putus asa. Dia perlu mengingatkan Rayyan kembali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience