Rate

Bab 1

Romance Series 6870

Tiga tahun kemudian.

Sampai saja, sofa terus di tuju. Menghempas tubuhnya di situ seraya menyandarkan belakang kepala. Kelopak mata di pejam rapat, melepaskan penat.

Akhir-akhir ini, dia agak sibuk membuat tempahan dari beberapa orang clientnya.

Bunyi deringan telefon atas meja kaca depannya membuatkan kelopak matanya terbuka perlahan-lahan. Tak menunggu lama, butang hijau di leret setelah melihat nama yang memanggil.

"Hey, busy?"

Yara ketawa kecil. "Macam biasalah. Agak busy lately ni."

"Hmm... Aku nak ajak kau dinner malam ni. Sambil tu aku nak kenalkan kau dengan someone."

Berkerut dahi Yara.

"And I have a good news too. I will tell you tonight."

Yara jadi penasaran. Dia seperti dapat menebak berita baik yang di maksudkan Calista itu apa.

"You want to get married?"

Tiada balasan. Hanya kedengaran Calista tertawa perlahan

"Really?! I'm happy for you."

Nada Yara kedengaran teruja bercampur terkejut. Jika ya, dia turut tumpang bahagia. Calista cukup pandai menyembunyikan hubungannya. Tahu-tahu dah nak menikah. Entah sejak bila wanita itu menjalin hubungan. Dia sendiri juga tidak tahu.

"Dengan siapa?" Yara jadi ingin tahu. Dia masak sangat dengan sikap Calista yang payah di tawan oleh mana-mana lelaki.

"Guess, who?"

Yara jeda, desisan halus meniti bibir. Memang sengaja kan nak main teka teki dengannya. "Adrian, anak Dato Hilman tu." tebaknya mengenang hubungan Calista dan lelaki bernama Adrian itu agak rapat.

Kedengaran kekehan Calista. "Nope. Not him. Hey, we are just friend. Tak lebih dari tu. Dah, cukup main teka teki. Cuma kau je yang belum aku kenalkan dekat dia. Aku dah send location dekat kau, 8 malam. See you there."

Yara tergeleng kecil. Ada rasa tak sabar ingin tahu siapa lelaki yang mampu meluluhkan hati wanita secantik Calista.

Jam di layar telefon di lirik. Dia punya sejam masa untuk bersiap. Lantas, kakinya menapak ke bilik.

YARA sampai lebih awal dari waktu yang di janjikan. Nampak sangat dia tak sabar mahu tahu siapa bakal calon abang ipar.

Matanya mengecil ketika salah seorang temannya berkongsi status mengenai bakal pewaris Dynamic Group yang akan menikah dengan pilihan hati hashtag patah hati di laman Instagram.

Yara menguntum senyum merasa geli hati, namun senyum yang tergaris di bibir perlahan hilang tatkala si teman mention sebaris nama. Hayzen Behzad.

Tiga tahun nama itu terkubur dari ingatan. Tak pernah dia ingin tahu seperti apa kehidupan lelaki itu. Dan tak mahu dia peduli lagi. Tapi hari ini, nama itu muncul semula.

Sungguh, Yara tak suka bila harus mengingat memori yang tak seharusnya di ingat lagi. Bukan mudah kisah mereka di redam, di padam dari ingatan. Semua itu tak mudah dia lakukan namun dalam tiga tahun ini dia berhasil melupakan semua tentang diri lelaki itu.

Bakal menikah?

Sepertinya, kehidupan lelaki itu baik-baik saja setelah mereka bercerai. Sedang bahagia dengan wanita pilihan hatinya.

Cuma satu Yara mahukan sampai bila-bila dalam hidupnya. Berharap mereka takkan di pertemukan kembali walau secara kebetulan.

"Hey..."

Suara lunak Calista yang menyapa dari belakang menyentakkan Yara. Senyuman yang terukir di bibir padam tatkala pandangannya bertemu dengan sepasang mata milik lelaki yang berdiri di samping Calista.

Share this novel

Jubaidah Chezam
2024-10-19 01:07:01 

best. nk lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience