Rate

Bab 2

Romance Series 6870

"Meet my future husband, Hayzen Behzad." lengan Hayzen di sebelah di rangkul kemas.

Yara masih diam terkedu. Dia yakin dia dalam keadaan sedar jauh lagi bermimpi ketika ini. Sungguh, dia tak pernah sangka hal begini akan terjadi. Dia lah yang bodoh kerana tak pernah ambil tahu dengan siapa Calista menjalin hubungan selama ini.

Bakal suami Calista bekas suaminya sendiri? Kegilaan apa ini! Yara masih terkaku. Mungkin sekarang dia terlihat seperti orang bodoh.

"I belum pernah cerita dekat you lagi kan kalau parents I ada ambik anak angkat dan parents I sendiri rasanya tak pernah lagi kenalkan dekat you. Kenalkan, Yara Ariestya... adik angkat I."

Lelaki itu, riaknya bersahaja. Hanya mengangguk kecil bagi mengiakan kata-kata Calista.

"Nice to meet you, Yara."

Pandangan Yara melekat pada wajah tanpa sebarang emosi itu. Dia, sama sekali tak berubah. Dalam riak tenang itu, sikap dinginnya masih dapat Yara rasakan. Apa yang paling Yara tak suka dari dulu sampai sekarang dia masih tak dapat menyelami entah apa yang ada di fikiran Hayzen Behzad.

Dengan rasa payah bibir mengukir senyum pada Hayzen dan Calista. Dia tak mahu jika sampai Calista menyedari sikap canggungnya.

"I nak ke washroom kejap. You tolong order untuk I nanti. You tau kan apa yang biasa I order tiap kali kita datang sini." Calista berbisik tepi telinga Hayzen. Matanya kemudian tertumpu pada Yara yang sedari tadi hanya diam. "Malam ni aku belanja. Kau order je apa kau nak makan."

Yara angguk, memandang belakang punggung Calista yang mula melangkah meninggalkannya dan Hayzen berdua.

Masing-masing mendiamkan diri. Ingin saja Yara angkat kaki pergi dari situ kalau tak memikirkan perasaan Calista.

"I tak pernah tahu kalau keluarga angkat you parents Calista."

Suara itu menerjah gegendang telinganya. Ya, Hayzen tak pernah tahu siapa keluarga angkatnya kerana dari mula lagi, lelaki itu tak pernah ingin tahu berkaitan soal hidupnya.

"Sebab awak yang tak pernah mahu peduli."

Hayzen ketawa sejurus mendengar balasan Yara. Wanita itu di pandang. Dia tahu Yara merupakan anak angkat, cuma dia tak tahu jika yang mengangkat Yara keluarga Calista. Lagipun, keluarga Calista sendiri belum pernah bercerita tentang Yara tiap kali kedua keluarga mereka mengadakan pertemuan.

"Penting ke untuk I tahu." tubuhnya di dorong ke hadapan. Menopang bawah dagu dengan sebelah tangan."Listen here... I taknak you sampai mengacaukan hubungan I dengan Calista. You faham apa I maksudkan."

Yara tersenyum kecil. Kata-kata lelaki itu walaupun menyakitkan dia masih sedar diri. Dia pun tak ingin jadi orang ketiga menghancurkan kebahagiaan Calista meskipun mereka tak punya hubungan darah. Kisah antara dia dan Hayzen telah lama usai dalam hidupnya.

"Saya faham. Let's pretend to not know each other."

"Good."

Perbualan mereka mati di situ. Saat ini, apa yang Yara mahu pertemuan mereka segera berakhir. Dia ingin segera pergi. Tak betah rasanya berhadapan empat mata dengan Hayzen. Menjadi penonton gelagat pasangan di depannya ketika ini.

Cemburu?

Mungkin tidak. Jika dulu, ya. Tapi sekarang dia tak mahu jadi pengemis cinta lagi.

"Aku nak kau jadi wedding planner kami."

Suara Calista menyentakkan lamunan Yara. Terus wajah itu di tatap. Sekali lagi dia terkejut. Permintaan Calista sangat sukar di penuhi. Jadi wedding planner pada pernikahan bekas suami dan kakak sendiri? Ah! Dia mungkin sudah gila.

"Hayzen pun setuju sebab tu aku ajak kau jumpa sambil discuss pasal ni." dari awal Calista memang mahu Yara mengatur semua majlis pernikahannya nanti. Buat apa peningkan kepala cari orang lain kan.

Yara bungkam. Belum memutuskan jawapan.

"Yara..." tangan Yara tepi meja di sentuh.

Melihatkan wajah Calista sangat mengharap khidmatnya, dia tak sampai hati mahu menolak.

Yara sedar jika ketika ini sepasang mata sedang merenung dirinya. Nafas di hela.

"Okay, bila kau berdua ada free time datang butik aku. Kita bincang dekat sana." berat bibir memutuskan.

"Esok you free tak?"

"Jadual I padat sampai jumaat ni. This weekend dapat."

Calista menyetujui keputusan yang di buat Hayzen. Saat bersamaan, makan malam yang di pesan sampai atas meja.

Yara pandang kosong makanan di depan mata. Mati selera.

"Yara, are you okay?" Calista bertanya dengan nada risau.

"I'm okay." senyum di carik bibir.

"Really? Diam je dari tadi." wajah Yara di tilik."Kau tak sihat?"

"I'm really okay. No worries." nasi di suap ke mulut, dalam hati berharap Calista tak bertanya lebih.

Makan malam mereka hanya Calista dan Hayzen yang rancak berbual. Dari apa yang di lihat Yara, Calista terlihat begitu bahagia bersama Hayzen. Ketakutan membayangi diri andai nanti Calista tahu kebenaran yang di sembunyikannya dan Hayzen. Dia bakal jadi penghancur kebahagiaan yang di miliki Calista saat ini.

Yara cuba menghalau segala kemungkinan yang menganggu diri. Hati berupaya menidakkan. Itu takkan terjadi kerana dia mahupun Hayzen takkan mungkin menceritakan hal sebenar.

Pertemuan mereka malam itu berakhir di tempat parking. Yara segera pamit tanpa menunggu lama lagi. Sebolehnya dia ingin mengelak tapi nampak gaya keadaan setelah ini tak menyebelahinya.

CALISTA menarik sebelah tangan Hayzen lalu di bawa atas pangkuan. Jemari lelaki itu di genggam. Senyum di lontar pada Hayzen yang sedang memandu.

"I'm happy to be with you. Thanks for loving me."

Hayzen mengelus kepala Calista. "I'm always with you."

"Janji, apapun terjadi."

"I swear."

Tawa mereka meletus. Perjalanan pulang malam itu di temani nyanyian dari kumpulan Westlife, I Lay My Love On You.

BEBERAPA kali enjin kereta cuba di hidupkan. Belakang tubuh di hempas, bersandar sejenak. Keretanya mogok. Buat hal betul!

Yara beranikan diri keluar dari kereta untuk memeriksa bonet depan. Jalan yang di laluinya sunyi sepi. Tidak ada sebuah kereta yang lalu sejak tadi.

Sebuah Toyota Hilux berhenti. Dua orang lelaki dari dalam kereta bersiul miang.

"Tak takut ke sorang-sorang berhenti kat sini."

Si pemandu mengusik sambil tergelak.

Yara tutup semula bonet. Ketika hendak masuk ke dalam kereta, seorang dari lelaki tadi sudahpun turun, berdiri tepi pintu kereta Yara sambil tersengih menatap Yara atas bawah.

"Nak kita orang tolong tak ni."

"Tak, tepi."

"Sombong!" lelaki itu mendesis kesal. Si teman dalam kereta di gamit keluar.

Yara sudah bersiap sedia melakukan perlawanan jika sampai dua orang lelaki itu bertindak bukan-bukan. Gerak geri keduanya dari tadi tak menyenangkan hati Yara.

"Oi perempuan, kau nak kena rogol bergilir-gilir kat sini ke hah!"

Lelaki yang baru turun dari kereta menyergah bengang.

Lampu tinggi dari sebuah kereta yang semakin dekat membuatkan dua lelaki tadi menoleh.

Sepasang kaki turun dari kereta, mengatur langkah dekat.

"Blah cepat!"

Kelam kabut keduanya masuk ke dalam kereta memecut pergi dari situ. Mereka bukan tak mengenali wajah itu. Malah cukup kenal.

Yara menghela nafas sedikit lega. Walaupun dia punya seni bela diri, tipu lah jika dia kata dia tak merasa takut tadi.

"Need help?"

Pertanyaan dari sosok yang berdiri kurang tiga langkah darinya segera membuat Yara menunakkan pandangan pada wajah itu.

Share this novel

Jubaidah Chezam
2024-10-29 00:39:20 

nak lagi dreamy


NovelPlus Premium

The best ads free experience