Bab 5 : Jejak Pertama

Mystery & Detective Series 28

Keluar dari 7-Eleven, Juffri menarik sebatang rokok dari kotak baru dibelinya. Matanya tajam memerhati rumah kedai lama dua tingkat di seberang jalan, bangunan lusuh yang kelihatan mati pada luarannya tapi nalurinya memberitahu, sesuatu sedang bernafas di dalam.

Dengan rokok berasap di bibir, dia melangkah menghampiri kereta di mana Diana dan Muza sedang menunggu. Kedua-duanya turut memerhati bangunan yang sama, wajah mereka tegang.

"Alamat yang kita dapat ni confirm betul," kata Muza, membelek nota bertulis di tangannya sambil sesekali menjeling ke arah rumah kedai itu, seolah-olah mengharap dirinya salah.

"Tapi... serius ke nak main serbu je? At least kena inform Ibu pejabat dulu," sambung Muza, suaranya lebih perlahan kali ini, hampir berbisik.

Juffri diam sejenak. Dia menghembus asap rokok ke langit malam yang kelam.

"Jomlah kita serbu je," balas Juffri akhirnya, tenang tapi tajam. Muza mengeluh berat, jelas bergelut dengan keputusan itu.

"Arghh... Diana, standby ya. Kalau ACP tanya nanti, kau jawab," ujar Muza, separuh bergurau, separuh serius. Diana hanya mengangguk, bibirnya diketap. Diana hanya memerhati gerak geri Juffri.

Mereka bertiga keluar dari kereta. Langkahan mereka berat, derap kasut bergema kecil di jalanan lengang. Mata Juffri menangkap sesuatu di atas bangunan. Seperti ada tersembunyi sesuatu dibalik bangunan lama ini.

Dia tak cakap apa-apa. Hanya memandang sekilas ke arah Muza dan Diana, memberi isyarat diam dan mengikutnya.

---

Lokasi: Rumah Kedai Lama, Setapak

Pintu utama rumah kedai itu kelihatan biasa terlalu biasa. Catnya mengelupas, lampu tanglung berhabuk tergantung malas.

Seorang penjaga pintu berwajah garang berdiri di tepi, Bidang dadanya luas, matanya memerhati mereka dengan penuh curiga.

"Boss, mau pergi mana?" soalnya, tangan kanan bersilang ke dada, tangan kiri mengusap sesuatu di pinggang mungkin senjata.

"Pergi atas... kami mau hanguskan duit," jawab Juffri, nada bersahaja, tapi setiap urat sarafnya tegang bersedia.

Penjaga itu memeriksa badan mereka, matanya lebih lama melekat pada Diana. Saat itu, Diana hampir tergoda untuk buat membelasah Penjaga yang menyentuh asetnya tapi Juffri memberi isyarat halus dengan matanya: relax.

Setelah puas hati, penjaga itu memberi isyarat masuk.

---

Dalam Kedai

Di dalam, hanya sebuah kedai minuman biasa. Bau teh tarik basi dan tumpahan bir di lantai memualkan.

"Aik... tempat minum je?" bisik Muza, suaranya penuh ragu. Diana berpusing perlahan.

"Kalau kedai minum biasa, kenapa perlu nak cek badan..." Diana bergumam ke telinga Muza yang seakan memahami apa yang disampaikan oleh Diana.

Juffri mendekat ke kaunter ibarat mahu memesan air. Seorang pelayan bertopi lusuh mendekati mereka.

"Ya boss, mau minum apa?"

Juffri tersenyum nipis, rokok masih di bibir.

"Blackjack 21," jawabnya perlahan. Seperti bukan jenama air biasa.

Seketika itu, pelayan kaku. Dia menukar ekspresi, mengangguk hormat, lalu memimpin mereka ke belakang dapur. Ia adalah ayat koding atau password kepada lokasi seterusnya.

Muza dan Diana berpandangan sesama sendiri kekal diam atas arahan Juffri.

Didapur, yang tenang seperti dapur kedai biasa. Tiada yang ganjil. Pelayan menekan satu butang didinding sebelah kabinet keluli tidak berkarat. Lalu kabinet itu bergerak dan terhidang sebuah pintu misteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience