Di tengah hiruk-pikuk kedai mamak, pelayan bersilang-silang melayan pelanggan. Dapur sibuk, bunyi dentingan kuali, percikan teh tarik ditarik tinggi, dan tepukan doh roti canai ke meja bersilih ganti. Suasana bising dengan perbualan dan gelak tawa pelanggan.
Di satu sudut, Juffri, Muza, dan Diana duduk berbincang serius. Di sebalik bising, perbualan mereka tertumpu kepada satu kes berat.
"Hasil siasatan empat bulan lalu... kita masih belum kenal pasti suspek pembunuhan." Nada suara Diana tegas, matanya tajam memandang dua rakan setugas di hadapan.
"Motifnya jelas balas dendam," tambahnya lagi.
Juffri hanya mengangguk perlahan, menyedut Milo ais tanpa bersuara, otaknya ligat mencerna maklumat.
"Bukti fizikal kita kosong," sambung Diana. "Cap jari tak dapat dikesan. Yang ada cuma torehan pada tubuh mangsa lambang 'NS'...Geng kongsi gelap."
"Naga Selar..." Juffri menyebut perlahan, meletakkan gelas ke meja.
"Ya. Naga Selar.
Kumpulan ni dah lama bertapak lebih 20 tahun. Terlibat dalam penyeludupan, dadah, perjudian haram... dan pembunuhan." Nada suara Diana turun sedikit, tanda beratnya situasi.
Muza yang dari tadi senyap, akhirnya bersuara, menyuap roti canai ke mulut.
"Ketua mereka?"
"Dragon Lee. Susah nak sentuh dia. tiada bukti boleh kaitkan dengan dia. Dia sangat berhati-hati."
Juffri beralih kedudukan, bersandar, jari bermain dengan pemetik api Zippo.
"Kita tak perlu kejar kepala terus. Kita rembat bawah dia.."
Muza berhenti makan, memandang Juffri. "Rembat bawah?"
Diana mengangkat kening. "rembatan pertama?"
"Pusat judi haram dia. Malam ni kita turun." Juffri sudah berdiri dan beredar.
Muza cepat-cepat bersuara. "Relax dulu. Rancang betul-betul. Ini bukan kerja sapu rata."
Muza menjerit dari belakang, "Oi! Air kau siapa nak bayar?"
Juffri sempat toleh separuh badan, senyum senget. "Diana settle. Aku pegawai miskin."
Diana geleng kepala, terpaksa bangkit membayar segalanya dan mengikuti Juffri, begitu Muza.
---------
Bangunan lama yang sebentar tadi mereka masuk, kembali dimasuki semula. Joanna yang dicari.
Detektif Diana terpempan keadaan premis ini, umpama mempunyai perniagaan rahsia. Depan Kedai Menjual Jam, dibelakangnya penuh wanita-wanita yang menjolok mata seperti menunggu pelanggan.
Juffri terus berdiri dihadapan Joanna. Tubuh Joanna yang mengiurkan seperti cuba merangsang Juffri.
"Haiii, sekejapan..kau da merindui aku?" Nada manja Joanna.
"Aku bukan datang nak ayam-ayam kau pun..." Senyum Juffri. Joanna menjeling walau mata sebelahnya tidak dapat melihat. "Aku nak minta tolong kau..." Tanya Juffri.
"Juffri Sayangggg.. kau nak minta tolong dari aku?? hahaha.. nak minta tolong..apa anak buah kau dah tak mampu tolong kau?" Sindir Joanna.
"...atau kau lupa, kau buat sebelah mata aku ini buta??..kau nak minta tolong aku..berbaloi ke aku tolong kau...." Joanna bersuara.
Juffri senyap seketika seperti mengingati sesuatu.."Ermm..maaf..tapi aku nak tahu lubuk judi haram yang NS handle..., kau tahu??" Soal Juffri seperti melupakan hal lalu.
"Kau memang tempah maut..dah elok kau hidup..kau memang nak mati yaa Juff.." Sambil mengeluarkan rokok dan menghidupkan rokoknya,.lalu Joanna menghembus asapnya ke muka Juffri.
"...kat Setapak...minta Wong Location detail..tapi aku ingatkan kau..aku tak terlibat.." Joanna memberi amaran kepada Juffri dan Memberi arahan kepada Wong dengan menaikkan wajah sahaja sebagai signal okay.
Juffri senyum lalu beredar setelah memperolehi maklumat.
"Juffri, itu tempat pelacuran ke?" Soal Diana yang ingin tahu.
"Joanna..dia ketua penyundalan kelas atasan. Semua call girl di Kuala Lumpur dia yang supply..." Juffri menghidupkan rokoknya.
"Tapi tiada sebarang tindakan atau tangkapan??"Muza bertanya pula.
"Kalau dah client dia terdiri kelongmerat dan ahli-ahli politik..siapa berani usik.." Jelas Juffri.
"..Sekarang kita kasi hentam ini tempat dulu..." Sambung Juffri destinasi ke Kedai Judi haram milik NS
Share this novel