BP 2

Drama Completed 44258

ISKANDAR melorek senyum paksa pada susuk wanita yang ada di depannya. Entah mengapa dia merasa gementar saat mata redup itu merenungnya. Kulit gadis itu kelihatan mulus dan bersih. Sedikit pun tidak tercela dengan apa-apa kesan atau luka. Tanpa solekan yang berlebihan, gadis itu kelihatan begitu cantik.

Iskandar tersedar daripada lamunan saat gadis itu berdehem kecil. Lantas, dia mengalih matanya ke arah lain. Bergetar lagi jantungnya saat ini.

“Haa.. Is, ni lah Yasmin. Bakal isteri Is. Nak tanya apa-apa, tanyalah.” Puan Julia bersuara.

Iskandar teguk air liur dengan kasar. Tak kan mommy nak aku berbual depan orang ramai ni? Segan aku. Hati kecil Iskandar bersuara.

Yasmin tersipu-sipu memandang pada Puan Julia. Wajahnya menunduk menekur karpet ruang tamu.

“Aaa.. Takda apa Is nak tanya. Nanti-nantilah,” kata Iskandar. Nadanya seakan dikulum. Antara dengar dan tidak. Dia mula tak senang duduk apabila semua mata tertumpu padanya. Sungguh, dia tidak selesa.

“Haa.. Takpa lah kalau macam tu. Ada masa sebulan lagi nak kenal-kenal. Masa beli hantaran nanti, kau orang berdua keluar lah sama-sama,” sambung Puan Julia lagi. Semua yang berada di situ terangguk-angguk setuju dengan cadangan daripada Puan Julia itu.

“Nanti kita bincang semula berapa hantaran ya, Kak Uteh.” Puan Julia memandang pula pada ibu Yasmin. Wanita separuh abad itu sekadar mengangguk tenang.

“Kalau begitu, kami minta diri dulu,” celah ayah Iskandar, Tuan Hamidi. Lantas mereka bersalaman sesama sendiri.

Sempat Iskandar melirik pada susuk tubuh Yasmin sekali lagi. Kecil sahaja orangnya. Manis dan comel. Bibirnya mengukir senyum nipis. Dari tempat dia berdiri, Iskandar melihat anaknya, Alia menghampiri Yasmin. Dan mereka seakan sedang berbual mesra. Iskandar sedikit terkejut saat Alia mengucup pipi Yasmin. Sepertinya Alia sudah selesa dengan gadis itu.

“Alia!” Iskandar memanggil Alia sambil berjalan ke arah anaknya. Memang dia sengaja mahu melihat gadis itu dengan lebih dekat.

Serentak mata Alia dan Yasmin memandang pada Iskandar. Serta merta bibir gadis itu terbit senyuman manis. Iskandar terpana seketika. Dia cuba mengawal detak jantung yang mula tidak berarah saat gadis itu tersenyum.

“Papa, Mama Min is pretty, right?” petah Alia memuji gadis itu membuatkan wajah Yasmin merona merah.

Tersipu-sipu Yasmin menyembunyikan senyumannya. Lalu, dia membongkokkan sedikit badannya. “Terima kasih, Alia. Alia pun cantik sangat hari ni. Macam princess,” Yasmin turut memuji Alia sambil diperhatikan oleh Iskandar.

“I’m the princess of papa’s heart!” Alia menjerit kecil sambil dia memeluk kaki Iskandar.

Yasmin tersenyum lebar. Dia berdiri tegak semula. Wajah Iskandar dipandang. Beberapa ketika mata mereka bertaut. Yasmin juga merasa debaran di dadanya sedikit kuat daripada tadi. Namun, dia cuba mengawal reaksi wajahnya yang terasa seakan membahang. Saat senyuman Iskandar terukir, Yasmin menjadi semakin tak keruan. Hujung bibir digigit lembut. Terus dia menundukkan wajahnya menekur lantai papan rumah.

“Banyak perkara yang I nak cakapkan pada you sebelum kita kahwin,” sebaris ayat itu meluncur keluar dari mulut Iskandar. Getaran nadanya terasa dihujung ayat.

I? You? Gerutu hati Yasmin. Dia angkat wajahnya menatap pada batang tubuh Iskandar. “Perkara apa tu?” Lembut sahaja intonasi itu dialunkan.

Iskandar tersenyum nipis. “Nanti ada masa kita akan bercakap tentang perkara tu.”

Terkebil-kebil mata Yasmin cuba menghadam ayat lelaki itu. Namun, akhirnya, dia mengangguk perlahan.

“Cuma, satu je I nak bagi tahu. I setuju untuk berkahwin… sebab anak I. Dia perlukan seorang ibu. Itu sahaja.” Satu persatu ayat itu ditutur seolah mahu Yasmin faham yang dia berkahwin bukan atas kerelaannya.

Kening Yasmin berkerut kecil. Antara faham dan tidak akan maksud kata-kata lelaki itu kepadanya.

Tanpa menunggu, Iskandar terus membawa langkahnya ke pintu keluar rumah. Dan.. Yasmin masih tegak berdiri memandang pada batang tubuh Iskandar sehingga lelaki itu hilang di sebalik pintu. Matanya memutar pada sekeliling rumah cuba memahami ayat lelaki itu sebentar tadi.

Sebab Alia? Soalnya di dalam hati. Namun, persoalan itu tidak menemui jawapan.

“SO, macam mana bakal isteri kau? Cantik?” Aman mula menyibuk cuba mengorek isi hati sahabatnya itu.

Iskandar mencebik. “Cantik lagi arwah isteri aku,” selamba sahaja dia menutur ayat sebegitu.

Aman tersenyum segaris. “Aku tahu, takda siapa boleh lawan arwah Teha. Tapi, Is… kau kena move on. Kalau kau dah kahwin nanti, kecil hati wife baru kau kalau kau asyik bandingkan dia dengan arwah Teha,” kata Aman sekadar memberi nasihat.

Iskandar membisu beberapa detik. Ada benarnya apa yang Aman katakan itu. Tetapi, dia masih tetap tidak dapat menerima wanita lain dalam hidupnya selain Fatehah.

“Slowly lah kau terima wanita lain dalam hidup kau. Nanti hidup suram je. Tengok dia buat tu, kau cakap tak sama macam Teha. Dia masak pun nanti, kau cakap tak sama macam Teha. Makan hati nanti isteri baru kau tu,” Aman masih lagi membebel.

“Aku bukan macam tu lah!” bidas Iskandar. Keluhan berat dilepaskan sambil wajahnya diraup kasar. Mata dipejam kejap cuba mencari ketenangan.

Aman ketawa saat mendengar balasan sahabatnya itu. “Ya lah, aku ingatkan je.”
“Bila tarikh nikah kau? Majlis buat dekat mana?” soal Aman lagi.

“Buat akad nikah je. Aku tak buat majlis bersanding,” jawab Iskandar bersahaja. Dia membetulkan duduknya sambil mengibas kotoran yang melekat pada tali lehernya.

Kening Aman terangkat. “Tak buat majlis?”

“Ya. Aku dah explain semua pada bakal mama Alia tu. And dia okay je.”

Aman mengangguk perlahan.

Beberapa detik Iskandar berdiam diri. Dia mengelamun teringat kembali ketika dia berjumpa Yasmin untuk berbincang segala syarat selepas mereka berkahwin nanti.

Senyuman yang tidak lekang di wajah gadis itu masih terbayang di benak fikirannya sehinggalah syarat-syarat itu diungkap oleh Iskandar. Dan.. senyuman gadis itu mati.

“Kenapa?” Saat soalan itu muncul daripada mulut Yasmin, Iskandar ketawa sinis.

Tak kan tak faham? Bebel Iskandar di dalam hati.

“Macam yang I cakapkan pada you tempoh hari, I berkahwin sebab Alia perlukan seorang mama untuk dapatkan kasih sayang. Bukan sebab I yang nak kahwin,” sekali lagi Iskandar menerangkan perkara itu dan berharap benar Yasmin mengerti.
“Min faham maksud abang. Cuma kenapa tak nak buat majlis? Lagi pun, Min pertama kali berkahwin. Min teringin…,” belum sempat Yasmin menghabiskan ayatnya, Iskandar memintas. “Min, I minta maaf sebab tak dapat buat majlis bersanding. You kena faham yang I masih teringatkan arwah isteri I. Kalau boleh, moment persandingan I bersama arwah tu adalah kali terakhir dalam hidup I. Sorry again,” balas Iskandar tanpa memikirkan perasaan Yasmin tika ini.

Senyuman gadis itu hilang. Perlahan-lahan Yasmin mengangguk tanda faham. Tetapi, di dalam hatinya dia nekad untuk cuba memenangi hati bakal suaminya itu.

“Kalau abang cakap macam tu, takpa lah. Min faham dan Min hormati perasaan abang.” Mahu atau tidak, Yasmin terpaksa mengalah. Kalau kerana hal majlis sahaja, dia tidak kisah. Bukan semua benda dia akan dapat. Dia perlu belajar terima hakikat kehidupan.

Iskandar hela nafas lega. Pertama kali dia berjumpa dengan gadis yang mudah dibawa berbincang. Tidak mudah merajuk atau terlalu manja. Sedikit sebanyak, tanpa sedar, hati Iskandar terpaut pada sikap gadis itu. Namun, seperti biasa, wajah Fatehah akan menjelma setiap kali perasaan itu muncul. Dan.. Iskandar akan mengingat kembali kenangannya bersama arwah Fatehah lebih indah berbanding apa yang dia rasakan sekarang.

“Lepas kita kahwin. I akan terangkan satu per satu syarat yang you perlu patuhi,” sambung Iskandar lagi.

Yasmin memandang tepat pada mata Iskandar tanpa berkedip. Syarat apa lagi? Detik hati kecil Yasmin.

“Tapi, segalanya I akan terangkan selepas kita kahwin. Bukan hari ni,” kata Iskandar apabila melihat riak wajah gadis itu seakan penuh dengan persoalan. Dia tidak mahu membuat gadis itu tertekan sebelum perkahwinan mereka jika dia membentangkan semua syarat pada hari itu. Dia akan jelaskan sedikit demi sedikit, agar Yasmin boleh menyesuaikan dirinya dengan setiap syarat yang diberi.

Yasmin mengangguk perlahan sambil berkata, “Baik.”

Lamunan Iskandar terhenti apabila terasa lengannya dicuit.

“Dah lah. Jom. Aku dah bayar untuk kau sekali,” ujar Aman menunggu Iskandar bangun dari duduknya.

“Thanks.” Tubuh ditolak bangun sambil tangannya mencapai telefon bimbit miliknya.

Kemudian, mereka berdua berjalan keluar daripada restoran untuk kembali ke pejabat.

Jemput baca juga novel2 unlocked chapter ai yang lain ya. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience