Completed
44258
PAGI-PAGI lagi, Yasmin sudah bangun dan menyiapkan sarapan pagi. Segalanya dihidangkan atas meja makan. Menu pagi itu adalah lontong dan cucur ikan bilis rangup bersama air teh ‘o’ panas. Dia tersenyum saat melihat hidangan itu. Dalam hatinya berdoa agar permulaan pagi itu akan membuatkan Iskandar gembira.
Sementara menunggu Iskandar turun dari bilik, Yasmin mengemas dapur.
Tidak berapa lama kemudian, Iskandar muncul dari tangga bilik. Beg bimbit diletak ke sofa ruang tamu sambil dia membetulkan tali lehernya di depan cermin ruang tamu. Beberapa kali dia membelek wajah sendiri ke dalam cermin. Kemudian, bibirnya melorek senyuman pagi. Begitu lah rutin setiap pagi Iskandar. Permulaan pagi dimulakan dengan senyuman.
Dahi Iskandar berkerut nipis apabila hidungnya menangkap bau yang menyelerakan dari ruang makan. Perlahan dia berjalan ke situ. Mulutnya sedikit ternganga tatkala melihat sarapan pagi yang sudah pun terhidang di atas meja makan. Senyuman nipis terlorek di bibir. Tetapi, cepat-cepat dia mematikan senyuman itu apabila melihat Yasmin keluar dari dapur.
“Abang dah siap nak pergi kerja? Kita sarapan dulu,” ajak Yasmin sambil tersenyum manis.
Iskandar telan air liur. Dia tergugat dengan hidangan itu. Namun, dalam masa yang sama, dia tidak mahu memberi harapan pada Yasmin. Jika dia menjamah hidangan tersebut, pasti Yasmin ingat yang hatinya sudah terbuka buat diri wanita itu.
“Sorry. I tak makan berat pagi-pagi. I biasa breakfast omellete, baked bean and bread,” angkuh sungguh jawapan yang Iskandar berikan pada wanita itu.
Yasmin terdiam. Dahinya berkerut nipis.
Omellete? Baked Bean? Apa tu? Gerutu Yasmin di dalam hati. Terkulat-kulat mukanya memikirkan sarapan yang disebut oleh lelaki itu.
“Kalau macam tu, Min bungkus lah. Abang makan tengah hari nanti. Min letak dalam bekas. Nak?” pelawa Yasmin sekali lagi.
Iskandar terdiam. Matanya menangkap peluh yang terbit di dahi wanita itu. Jatuh kasihan dibuatnya jika dia menolak lagi. “Aaa… Okay lah,” lambat-lambat jawapan itu keluar dari mulutnya.
Yasmin tersenyum gembira. Teruja mendengar persetujuan lelaki itu. “Kejap ya. Min ambilkan bekas.” Tidak menunggu lama, Yasmin masuk semula ke dapur dan mencari bekas untuk mengisi makanan.
“Cepat sikit. I dah lambat ni,” pesan Iskandar. Butang di lengan bajunya dikancing sambil sekali sekala matanya melirik pada makanan di atas meja itu. Serta merta perutnya berbunyi.
Aduh.. Sabar lah perut. Gerutu hati kecil Iskandar.
“Aaa… Alia makan tak makanan ni? Alia makan apa ye? Min lupa nak tanya dia semalam,” soal Yasmin sambil tangannya pantas mengisi semua makanan ke dalam bekas.
“Dia makan kut,” acuh tak acuh sahaja jawapan yang diberikan Iskandar. Sengaja tidak mahu memberikan tumpuan pada wanita itu.
“Esok min buat makanan yang abang makan. Kita sarapan sama-sama, boleh?” pinta Yasmin sambil menyerahkan bungkusan makanan yang telah dimasukkan ke dalam beg kain kepada Iskandar.
Bungkusan bertukar tangan. Iskandar tidak menjawab, sebaliknya dia terus melangkah pergi dari situ.
Terkedek-kedek Yasmin membuntuti Iskandar dan wanita itu memintas suaminya. Dia berdiri tegak di muka pintu sambil tersenyum manis. “Kasut abang yang mana satu? Min pakaikan.”
Terangkat kening Iskandar saat mendengar tawaran itu. Gigihnya. Gerutu Iskandar di dalam hati.
“It’s okay. I boleh pakai sendiri,” Iskandar menolak dengan baik.
Senyuman Yasmin mati. Namun, dia masih tegak berdiri di muka pintu sambil memerhatikan Iskandar menyarung kasut.
Belum sempat Iskandar berjalan ke arah keretanya, Yasmin menghalang lagi. Tangan didepakan di hadapan lelaki itu. Sekali lagi kening Iskandar terangkat.
Adoi, nak apa pula ni? Detik hati kecil Iskandar.
“Salam.” Yasmin menghulur tangannya ke arah Iskandar.
Lama mata Iskandar menatap tangan halus Yasmin. Lambat-lambat dia menyambut tangan itu. Saat tangannya digenggam lembut dan dikucup oleh Yasmin, Iskandar terkesima. Seakan ada satu perasan aneh yang meresap ke dalam jiwanya. Tenang dan damai.
Perlahan genggaman dilepaskan. Iskandar tersedar daripada terbuai. Cepat-cepat dia melangkah ke arah kereta meninggalkan Yasmin terpinga-pinga di situ.
Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Iskandar memegang dadanya. Degupan jantung terasa begitu laju. Wajahnya diraup perlahan.
Mungkin sudah lama dia tidak merasa kemesraan daripada seorang isteri. Sebab itu lah perasaan aneh itu datang. Setelah agak bertenang, dia menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar daripada perkarangan rumahnya. Dari cermin pandang belakang, kelihatan Yasmin masih setia menunggu di situ sambil melambai ke arah keretanya.
YASMIN cebik bibir. Hatinya sedikit terguris dengan sikap Iskandar. Tetapi, dia harus bersabar. Dia tahu bukan mudah untuk dia memenangi hati lelaki itu. Namun, dia nekad dengan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan mengalah. Akhirnya, terbit kembali senyuman di wajahnya.
Setelah kereta Iskandar hilang dari pandangan, Yasmin mengatur langkahnya masuk ke rumah. Dia terkejut apabila melihat Alia sudah pun berdiri tegak di pintu dapur. Mungkin gadis kecil itu sedang mencarinya.
“Hei, anak mama dah bangun?” tegur Yasmin sambil tersenyum ceria.
Alia memisat matanya sambil menangis teresak-esak. Yasmin membesarkan langkahnya menuju ke arah Alia dengan cemas. Tubuh kecil itu diraih dan dipeluk erat.
“Kenapa ni, sayang?” soal Yasmin dengan kening yang berkerut. Belakang badan gadis kecil itu digosok lembut.
“Alia mimpi mama… Alia rindu mama…” luah Alia tersedu sedan.
Yasmin terdiam. Namun, dia menguatkan hatinya untuk memujuk gadis kecil itu. “Kalau Alia teringat pada mama, Alia kena sedekahkan Al-Fatihah. Doa pada Allah supaya roh mama tenang dekat sana,” pesannya dengan nada lembut.
Gadis kecil itu mengangguk perlahan sambil tersedu sedan menahan tangis.
Setelah tangisan Alia sedikit reda, Yasmin memegang tangan gadis itu dan dibawa menuju ke meja makan. “Alia duduk. Alia nak makan apa? Mama masak lontong dengan cucur ikan bilis.”
Alia menggeleng tanda tidak mahu. Mood gadis itu kelihatan tidak baik. Lantas Yasmin duduk di sebelahnya. “Alia nak makan apa? Bagi tahu mama. Mama masakkan.”
“Alia nak papa…” gumamnya perlahan. Nada gadis kecil itu masih kedengaran sedih.
Yasmin buntu. Dia terdiam seketika sambil fikirannya menderas memikirkan cara untuk memujuk Alia. “Papa baru pergi kerja. Nanti papa dah sampai pejabat, mama telefon papa, okay?”
“Alia nak papa!!! Nak papa!” bentak gadis itu secara tiba-tiba. Dia kembali menangis. Kali ini lebih kuat dari tadi. Yasmin kaget.
“Okay.. Okay.. Mama call papa sekarang. Alia jangan menangis, okay,” Yasmin cuba memujuk Alia. Dia bergegas bangun dari situ sambil mencari telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Iskandar sewaktu perkahwinan mereka tempoh hari.
Kemudian, nombor telefon Iskandar didail dan dia menunggu sehingga lelaki itu menjawab panggilannya. Sementara itu, Yasmin memandang pada Alia yang masih menangis tidak henti-henti. Berkali-kali dia cuba memujuk Alia. Namun, gadis itu tetap menangis dan tidak mahu berhenti.
“Hello,” suara garau lelaki itu kedengaran dari hujung talian.
“Hello, abang. Alia menangis nak abang.” Terus sahaja Yasmin memberitahu tentang Alia kepada Iskandar.
“Menangis nak I? You tak boleh pujuk dia ke? I baru sampai office ni and you call I semata-mata nak bagi tahu benda ni? Buat apa jadi isteri I kalau you tak boleh nak handle Alia?” Iskandar membebel geram. Apa tidaknya, dia baru sahaja sampai ke pejabat dan Yasmin pula menghubunginya kerana hal remeh sebegini.
Yasmin tersentak. Hatinya terguris lagi. Namun, dia cuba berlagak tenang. “Maaf. Min panik tak tahu nak buat apa,” nada suaranya sedikit bergetar. Pertama kali lelaki itu meninggi suara padanya. Pada hari kedua dia berada di rumah itu dan hari ini dia dimarahi oleh lelaki itu.
“Please lah, Yasmin. Tugas you untuk jaga Alia. Bukan susahkan I macam ni!”
Panggilan ditamatkan.
Yasmin terkebil-kebil sendiri. Hatinya tersentap. Namun, saat gegendang telinganya menangkap tangisan Alia, cepat-cepat dia kembali kepada fokusnya. Iaitu cuba memujuk dan menenangkan hati si kecil.
Yasmin kembali mendekati Alia sambil mencangkung di hadapan gadis kecil itu. “Papa sibuk. Petang nanti kita jumpa papa. Sekarang ni, Alia duduk dengan mama dulu, okay?” Belakang Alia digosok lembut sambil sebelah tangan mengesat air mata Alia.
“Papa selalu sibuk! Tinggalkan Alia. Lepas mama meninggal pun papa tak pedulikan Alia!” bentak gadis kecil itu lagi.
Yasmin tersentak. Pantas tubuh kecil itu diraih erat. Mata Yasmin turut berkaca. Terkedip-kedip matanya cuba menghapus air mata yang mula bertakung di kelopak mata.
“Alia nak papaaa…. Papa selalu sibuk tinggalkan Alia dengan nenek,” lirih suara gadis kecil itu mengadu kepada Yasmin.
Pelukan dileraikan. Yasmin menatap wajah Alia dengan penuh kasih dan sayang. “Mama tahu, sampai bila-bila pun mama tak kan boleh gantikan tempat Mama Teha. Tapi, mama akan selalu ada dengan Alia. Mama tak kan tinggalkan Alia. Mama janji.” Yasmin mengangkat tangan kanannya bersumpah pada gadis kecil itu.
Alia masih teresak-esak menangis, namun perlahan dia mengangguk tanda percaya pada janji wanita itu. Yasmin tersenyum lega. Sekali lagi air mata gadis kecil itu dikesat dengan hujung jari. Baru lah terbit senyuman di bibir Alia saat pandangan mereka bertaut.
“Jom kita sarapan.” Yasmin memimpin tangan gadis itu ke meja makan.
Jemput baca novel unlocked chapter yang lain. ?
Share this novel