✯Bab 5✯ End

Short Story Series 1342

"Ibuu.. Karin dah balik" ucap Karina selepas dia sampai di rumah, dia meletakkan kunci keretanya di atas meja.Karina berjalan ke dapur dan melihat ibunya yang sedang memasak, ibunya menyedari bahawa anaknya sudah sampai di rumah.

"Eh Karin, macam mana? ok ke bincang-bincang dengan Kein tadi? " tanya ibunya kepada Karina

"Hm..ok je... ibu.. masak apa? " Karina bertanya sambil mengambil air

"Ayam masak merah, makanan favorite anak kesayangan ibu.. " puji ibunya sambil menggaul lauk yang dia masak untuk anaknya.

Mereka menjalani hari-hari seperti biasa sehinggalah sampai di hari perkhawinan Aaron dan Karina. Di waktu pagi Karina bangun seperti biasa dan mandi, saat sedang melihat dirinya memakai baju pengantin di depan cermin...

"Hmm.. seriously? aku kahwin hari ni? dengan sahabat waktu kecil aku pulak tu.." Karina diam sejenak lalu berbisik ke dirinya sendiri

"Aaron masih sukakan aku ke? " Dia serentak menggelengkan kepalanya

"Ishh macam-macam lah kau ni Karin, budak biasa macam kau ni takkan lah disukai oleh seorang Aaron yang kaya, handsome dan baik tu" dia kemudian pergi ke bilik pengantin untuk dimakeup kan oleh penata rias yang sudah dibayar oleh ayahnya Aaron. Semuanya berjalan dengan lancar, selepas majlis perkhawinan mereka berdua, Aaron memanggil Karina untuk duduk disebelahnya.

"Karina aku nak tanya sikit boleh? " Aaron meminta izin senelum dia bertanya sesuatu kepada Karina

"Boleh, nak tanya apa? "Karina menyahutnya dengan rasa hairan

"Kau.. tak pernah sikit pun suka kan aku ke? " Soalan yang tak pernah disangka kan oleh Karina

"Sukakan kau? aku..maaf.. aku selama ni cuma anggap kau abang aku. kau masih suka aku ke? "Aaron sedikit menundukkan kepalanya, lalu dia menjawab soalan yang ditanyakan oleh Karina itu.

"Aku masih suka kau dari dulu sampai sekarang tapi kalau kau tak suka aku, it's no problem aku akan usahakan buat kau selesa dengan aku"Ucap Aaron dengan tulus kepada Karina

Hari demi hari berlalu,Aaron selalu berusaha untuk mendekatkan dirinya dengan Karina, setiap kali balik kerja dia selalu membelikan Karina hadiah sebagai bentuk cinta, dia juga selalu meluangkan waktu bersama Karina.. di hari-hari yang telah mereka lalui Karina merasa perasaan cinta itu tumbuh di dalam hatinya terhadap Aaron. Kini hari terberat yang Karina lewati sudah berakhir.

Created by Elixa Ariesa
#dontcopy

just enjoy it, the end?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience