✯Bab 1✯

Short Story Series 1342

Chapter 1

Dua pasang kekasih yang saling menyanyangi. Mereka bernama Kein dan Karina mereka ialah sepasang kekasih yang saling melengkapi, namun suatu hari takdir berkata lain. Di rumah,Karina duduk di sofa sambil membaca buku,beberapa minit kemudian terdengar suara ibunya yang memanggilnya

"Karin sini sekejap, ibu nak cakap sesuatu dengan kamu"

Karina akhirnya menutup bukunya dan meletakkan semula buku itu, dengan rasa ingin tahu dia mengangguk dan memandang ibunya.. menunggu ibunya mengatakan sesuatu

"Karin.. Ibu tahu kamu akan marah.. maafkan ibu Karin" ucap ibunya Karina terlihat pelik dengan gelagat ibunya yang baru sahaja meminta maaf dengan alasan yang tidak jelas

"kenapa ibu? kalau ada masalah cakap je ibu, Karin janji Karin boleh tolong ibu. " ibunya yang tadi menundukkan kepala, mengangkat semula kepalanya dan menyahut Karina

"ibu.. ibu berhutang dengan seseorang dan ibu tak dapat bayar.." hanya Karina yang tahu betapa banyaknya soalan yang berterbangan dia kepalanya..

"be.. berapa hutang ibu? " ibunya menjawab

"RM1500... ibu tak mampu nak bayar.. duit-duit tu semua ibu pakai untuk beli keperluan kamu.. " Karina hanya terdiam

"dengan siapa ibu berhutang? " ibunya diam sejenak lalu menjawab soalan Karina

"ibu.. berhutang dengan Daniel... " Karina terus berdiam diri. Daniel... seorang lelaki kaya raya yang memiliki seorang anak lelaki yang terkenal handsome dan pandai.. anak lelakinya banyak disukai oleh wanita-wanita disekitarnya, namun dia tidak pernah menyukai wanita-wanita itu.. umurnya 26 tahun.. bernama Aaron. Dia terkenal berhati dingin... Daniel ayahnya ialah seorang CEO daripada perusahaan yang terkenal, sudah pasti Aaron akan menjadi pengganti tempat ayahnya itu. Karina menghela nafas

"Tak ada cara lain ke untuk bayar hutang tu ibu? " suara Karina tetap lembut kepada ibunya kerana dia tahu apa yang ibunya lakukan itu untuk kebaikannya.

"ada.. tapi ibu tak yakin yang kamu mahu... " Karina hanya menunggu ibunya menyambung yang dikatakannya..

Just enjoy it

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience