✯Bab 3✯

Short Story Series 1342

Chapter 3

"Alexander Aaron"

Aaron memperkenalkan dirinya.. Karina memperkenalkan dirinya juga..

"eee, Cherrly Karina"

kemudian mereka bersalaman.. Aaron sebenarnya sudah mengenal Karina kerana Karina ialah sahabat masa kecilnya dia masih ingat dengan Karina,Karina sudah dia anggap sebagai orang yang paling dia sayangi sepanjang hidupnya, kenapa bukan ayahnya? kerana ayahnya tidak pernah menghabiskan sedikit pun waktu dengan Aaron.. Karina mungkin tidak mengingat Aaron kerana mereka berdua sudah lama terpisah...

"Rin kau tak kenal aku ke? "

Karina terhairan kerana hanya sahabat masa kecilnya yang selalu memanggil nya dengan panggilan itu, dia menghiraukan pertanyaan Aaron

"macam mana kau tahu nama panggilan aku? hanya orang terdekat je yang panggil aku dengan panggilan tu.. "

Aaron seketika terdiam diri

"aku... " Karina hanya menunggu jawapan daripada Aaron

"kau... sahabat masa kecil aku?Aaron? "

Aaron cuak menahan rasa malu kerana dia takut Karina ingat tentang Aaron yang pernah berjanji dengan Karina untuk menikahi Karina sendiri di masa hadapan..

"y-ye.. " Karina tertawa kecil

"lama kita tak jumpa Aaron" Aaron memandang Karina

"Aaron ingat tak dulu kau pernah janji untuk kahwin dengan aku? seingat aku... kau kata kau suka aku waktu tu,Haha tak sangka seorang Aaron anak orang kaya sukakan aku"

Aaron membuang mukanya, pipinya merah tersipu-sipu kerana masa lalunya yang diungkit oleh seorang perempuan yang masih dia sukai hingga sekarang

"benda dah lepas tak payah ungkit"

Aaron bersifat dingin di depan Karina, mencuba untuk bersikap bahawa dia sudah tidak menyukai Karina lagi

"tak payah ungkit? pfftt kau sendiri pun masih pakai gelang yang aku bagi tu" mata Karina mengarah ke arah tangan Aaron yang dihiasi oleh gelang yang Karina buat untuk Aaron sebelum mereka berpisah dulu

"aku anggap kau macam adik aku je, kau kata aku kena pakai ni selalu so.... aku pakai lah sampai sekarang, kenapa, salah ke? " Aaron tidak mahu memberitahu yang sebenarnya dia masih menyukai Karina

"takde ye salah tapi aku tak sangka anak Tuan Daniel tu kau,aku dengar kau tak rapat ngan perempuan kan? kenapa? bukan dulu kau suka sangat ke ngorat budak-budak perempuan? " Aaron tersengih mendengar kata-kata sindiran Karina itu

"tu dulu, bukan sekarang" Karina memandang gelang yang di pakai oleh Aaron

"gelang tu masih sama, sama macam mana aku bagi kat kau dulu, kau jaga eh gelang tu aku ingat gelang kau dah hilang, secara tak langsung dulu kau kan tak pandai jaga barang, cermin mata yang aku baru bagi seminit je kat kau terus patah" Karina tertawa mengingat kejadian yang lucu itu

"ish kau ni"

Aaron sedikit marah namun dia juga ikut tertawa bersama Karina, setelah itu mereka berbual lamanya sehingga urusan ibu dan ayah mereka selesai, ketika Karina dan Aaron telah memberitahu Airina dan Daniel bahawa mereka berdua ialah sahabat kecil, Airina dan Daniel sangat gembira kerana perkahwinan Karina dan Aaron akan menjadi lebih mudah jika kedua-duanya sudah saling mengenali.

just enjoy it, chapter 3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience