Bab 4

Romance Series 157503

SEMUA barang-barang penting Danya telah diletakkan di dalam bonet kereta. Semuanya dibantu oleh Adam dan Mak Yati. Danya hanya membuat wajah keras menahan emosi. Dia tak nak kalah dan dia takkan menunjukkan dia lemah. Yang lemah ada lelaki di hadapannya ini.

Adam, kau memang tak guna!

“Awak ada mana-mana tempat nak pergi tak?” tanya Adam dengan nada serba salahnya.

Tertawa sinis Danya. Bodoh ke apa dia ni? “Mana lagi saya nak pergi? Awak dah lupa ke asal usul saya?”

Adam menunduk. Dia tak boleh biarkan Danya keseorangan untuk bina hidup semula. Otaknya ligat berfikir.

“Saya ada awak je, Adam. Awaklah segalanya bagi saya.” Suara Danya sudah menjadi serak. Mana mungkin dia ditinggalkan sebegini. Kejam betul suaminya ini.

“Ya, saya faham. Tapi, ini yang terbaik untuk kita semua.”

Danya menggeleng. “Terbaik untuk awak sekeluarga Adam.”

Terus saja Danya berjalan mendapatkan Mak Yati yang sedang mengelap air matanya. “Danya akan tinggal kat mana nanti? Ada tempat tak?”

Air mata turun dengan laju sambil menggelengkan kepalanya. Adam resah, dia sebenarnya mahu Danya keluar dari rumah ini secepat mungkin kerana takut mamanya akan datang dan meluahkan perkataan yang tidak baik kepada Danya.

Dengan perlahan Mak Yati berbisik kepada Danya. “Nanti check telefonnya. Mak Yati ada hantar mesej. Nanti minta tuan hantar ke hotel mana-mana dulu. Dengar cakap Mak Yati. Ada orang boleh tolong Danya. Nah, ambil ni,” kata Mak Yati sambil menyelitkan beberapa not duit RM10 dan sekeping RM50.

Tangisan Danya bertambah pecah, kenapa orang sebaik ini dengannya?

“Janganlah. Mak Yati perlukan duit.”

“Tak, dekat rumah ni Mak Yati tak perlu keluarkan duit. Ambillah tak banyak pun.” Mak Yati tersenyum meyakinkan Danya.

Danya memeluk erat Mak Yati. “Semoga Allah balas kebaikan Mak Yati.”

Lalu, Danya masuk ke dalam kereta bersama Adam. Pandangan terakhir dia berikan pada rumah itu. Dia melepaskan nafasnya.

EMIR masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik Elhasiq. Secepat mungkin Cik Yam memeriksa keadaan bilik Elhasiq.

“Tuan Emir dah balik, dia akan masuk ke sini dulu. Jadi, korang semua boleh keluar dari bilik ini,” kata Cik Yam kepada Mila dan Shima. Laju saja kepala mereka mengangguk dan beredar dari bilik itu. Namun, mereka berdua bertembung dengan Tuan Emir di pintu.

Kedua-duanya tahan senyum kerana dapat mencuci mata memandang raut wajah kacak Emir. Mila dan Shima berpandangan sambil membuat isyarat mata seperti jatuh cinta.

“Tuan Emir.” Cik Yam menyambut Emir sambil tersenyum terus saja memberi laluan kepada Emir untuk masuk ke dalam bilik Elhasiq. Mungkin mencari Elhasiq.

Emir terkejut kerana bilik itu kosong. “Mana Elhasiq?”

“Baru kejap tadi Puan Balqis ambil Elhasiq,” jawab Cik Yam.

Tersenyum bahagia Emir mendengar berita itu. Dia gembira bila Balqis mahu menjaga Elhasiq. Secepatnya langkah dibawa ke bilik mereka berdua.

Langkah kakinya semakin laju bila dia terdengar suara tangisan Elhasiq, terus saja dia masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa nangis tu?” emir tanya dan melihat Balqis sedang memberi susu botol kepada Elhasiq.

Namun, Balqis hanya buat tidak tahu.

“Balqis!”

“I stresslah suara Elhasiq ni. Dari dulu lagi I tak boleh dengar suara baby nangis. I dah bagi susu dia tak nak, apa dia nak?”

“Susu youlah. Bagilah susu badan you tu.”

“Berapa kali I nak cakap susu I tak ada. Sakit pulak tu,” jawab Balqis tegang.

“Cubalah bagi. Muiz kata itu lebih baik. Sedutan dari mulut baby akan merangsang pengeluaran susu badan. Cuba sayang bagi,” pujuk Emir lagi.

Balqis menggeleng. “Sakit tahu tak?” Air mata Balqis mula bergenang.

Emir semakin melemah. Dia terus mencapai Elhasiq dan keluar dari bilik lalu terus memberikan Elhasiq kepada Cik Yam untuk uruskan.

“I dengar you tak makan menu yang dah disediakan untuk you hasilkan susu? Segala jenis makanan kesihatan untuk pantang pun sama. Apa ni Balqis?” tanya Emir cuba bersabar dengan wanita di hadapannya yang kini telah bergelar ibu kepada anaknya.

Balqis diam.

“Kenapa?” tanya Emir berdiri tegak di depan Balqis.

“Semuanta tak sedap. Lepas tu risaulah berat badan I naik. Sayang janganlah risau. I minum je susu yang you suruh I minum tu.”

Emir terduduk di birai katil sambil menggeleng. Dia perlu lakukan sesuatu kepada anaknya. Kejap lagi dia akan hubungi Muiz untuk tanyakan pendapat.

Balqis membuka pakaiannya dan menayang tubuhnya yang seksi kepada Emir. “Cuba sayang tengok I. Tak ada apa yang berubah sangat kan? Masih seksi kan?”

Emir malas melayan, bukan dapat pun.

“Sayang tak suka ke? I jaga makan, jaga perut tau supaya sentiasa nampak seksi.” Balqis duduk di atas riba Emir cuba menggoda Emir.

“You dalam pantang lagi, Balqis. Darah pun tak kering lagi.” Emir bersuara senada dan menarik tangannya untuk menghindari godaan Balqis.

“Eleh, ya betul tu. Lama lagilah you akan dapat,” kata Balqis tersenyum. Terus saja dia memakai semula pakaiannya. Kuat juga iman suaminya ini.

Emir bangun dan mahu meninggalkan bilik sebelum suara Balqis menahannya. “Sayang, I ada idea pasal susu badan ni.”

Laju saja Emir memandang Balqis. Keningnya terangkat.

“Cari ibu susuan untuk Elhasiq.”

Terkejut Emir dengan cadangan Balqis. “You okey ke?”

Balqis mengangguk. “Apa saja asalkan kita tak bergaduh lagi pasal susu badan ni. Sebab I memang tak boleh bagi.”

“TERIMA kasih ya. Susah-susah je akak panggil dorang tu tolong saya angkat barang-barang ni masuk ke rumah ni,” kata Danya perlahan kerana dia sudah penat.

Tergeleng kepala Kak Sue. “Mana ada susah. Kalau Mak Yati mintak tolong memang kami laju je akan tolong. Rumah ni memang rumah persinggahan kami bila datang sini. Tapi, selalunya kosong je. Jarang dah saya balik ke rumah ni. Lega dengar bila ada orang nak sewa secepat mungkin.”

Danya mengangguk saja.

“Mak Yati kata kamu masih dalam pantang. Tadi ni akak dah bagitahu kat sorang mak cik tu nanti dia akan mengurut kamu malam nanti. Jaga badan tu, jaga diri jugak. Orang kat kawasan sini baik-baik orangnya,” cerita Kak Sue. Sedih juga hati Kak Sue bila mendengar kisah Danya daripada Mak Yati.

Sebaik saja masuk ke dalam rumah. Rumah itu sudah lengkap dengan perabot penting. Yang penting semuanya dalam keadaan bersih.

“Alhamdulillah.”

Ting!

Danya melihat mesej yang masuk. Terkejut dia menerima duit di akaunnya sebanyak RM5,000.

Ting!

- Saya ada transfer duit kat akaun awak. Nanti saya akan transfer lagi. Saya tahu awak masih ada simpanan tapi tolong guna duit ini untuk bayar apa yang patut. Saya minta maaf.-

Mesej daripada Adam membuatkan Danya mengalirkan air matanya. Kenapalah jodohnya bersama lelaki ini?

Susu badannya keluar dan bajunya mula basah. Air mata Danya semakin laju. Terus saja dia ambil pam susu dan mengeluarkan susu kemudian dia masukkan ke dalam bekas plastic. Semua barangan ini telah dibelinya dahulu.

Kat siapalah aku boleh bagi susu ni? Mesti ada baby yang boleh dapat manfaat ni.

TERSENYUM Balqis mendapat kunjungan daripada kawan-kawan baiknya. Kesemua mereka membawa barangan bayi dan hadiah mewah untuk Balqis.

“Mana anak you?” tanya Mawar.

“Emir jaga. Katanya nak bawak ke hospital. Bukan sakitlah, just nak check apa patut.”

Peony tersengih. “Penat tak?”

Balqis menggeleng. “Semua husband I yang settle kan. My part is done babe. I just wanna recover from all of this.”

“You baby boy kan?”

Balqis mengangguk.

Mawar menggeleng. “Baby boy memang kuat minum susu. You susukan dia ke?”

Laju Balqis menggeleng. “Tak. Sakit ya. I dah cuba tapi serius sakit and I tak selesa.”

“Hmm, macam nilah si Peony ni,” kata Mawar.

“Kenapa?” tanya Balqis.

“I ada susu tapi I tak nak susukan sebab ganggu tidur malam I ya. I have to recover like you said. Tapi macam mana nak recover kalau tidur tengah malam dikacau. I tak boleh tak cukup tidur. Eyebag tak beragak nanti,” jelas Peony.

Balqis terdiam dan risau. “Habis tu you bagi susu apa je?”

“Formula.”

“Tak pun you suruhlah sesiapa susukan anak you tu. You nak ke breast you jatuh ke bawah.” Tergelak Mawar bersama Peony dan Balqis.

Dengan perkhabaran ini membuatkan Balqis lagi tidak mahu susukan Elhasiq.

TERKEJUT Muiz mendapat kunjungan daripada Emir yang membawa anaknya bersama dengan Cik Yam.

“Okey tak ni?” Segera Muiz mencapai Elhasiq dan meletakkan di tempat yang ingin diperiksa.

“Elhasiq baru tenang ni. Dia minum susu tadi macam orang lapar kau tahu,” jawab Emir serabut.

Muiz melihat tiada apa yang lain atau masalah pada Elhasiq.

“Dia lapar je tu sebab tu menangis. Dia dah minum susu tapi minum sikit-sikit. Boleh ke doktor cadangkan susu formula yang lain. Kita cuba mana yang sesuai ke?” kata Cik Yam tanpa berfikir apa yang Emir akan lakukan.

“Anak saya bukan bahan eksperimen,” tegas Emir kerana sememangnya dia sudah membeli segala jenis susu untuk anaknya ini.

Cik Yam terdiam dan hanya mengangguk, salahnya kerana pandai-pandai dalam memberi cadangan.

Muiz mencari sesuatu di luar biliknya dan datang kembali. Dia teringat akan program minggu lepas tentang penyusuan bayi bersama sebuah produk susu formula. Mereka ada memberi jenis puting susu dan mengambil botol susu yang dibawa oleh Emir tadi dan menukarkan ke putting yang baru.

Perlahan Muiz letakkan ke mulut Elhasiq. Pada mulanya Elhasiq menolak, namun dia minum juga dari botol itu.

"Dia tidak boleh makan makanan lain. Susu formula pun memang kena cari yang sesuai. Memang tak dinafikan susu ibu adalah yang terbaik,” jelas Muiz.

Emir terkejut dengan penerimaan Elhasiq. “Eh, bagus juga macam ni.”

“Tapi, tengok jugak. Kadang-kadang dia mintak tukar lain.”

Wajah Emir mengendur semula. “Macam mana ni Muiz?”

Muiz berfikir sebentar dia teringatkan seseorang. Ya, Danya. Tak silap dia nama pesakitnya itu adalah Danya.

“Kau ingat tak ada pesakit aku cerita baby dia meninggal tu? Hari yang sama anak kau lahir?” tanya Muiz.

Emir mengangguk.

“Aku akan bagi nombor phone dia kat kau. Alamat pun ada. Sebab aku bayarkan bil dia yang tertunggak. So, dia ada sampaikan pesan kat nurse aku yang dia akan bayar semula. Jadi, dia berhutang dengan aku,” kata Muiz tersenyum.

“Hmm.” Emir kelihatan berfikir.

“Dia bukan perempuan yang biasa-biasa cuma nasib dia agak malanglah berjumpa dengan mertua macam tu.” Muiz menceritakan sedikit tentang ahli keluarga Adam yang sangat jahat dengan Danya.

“Hmm.” Emir cuba memikirkan sesuatu yang boleh membuatkan wanita itu bersetuju nanti.

Muiz memberi isyarat mata kepada Emir untuk menyuruh Cik Yam keluar dari bilik itu sebentar. Bagai memahami, Emir bersuara, “Cik Yam tunggu kat luar dulu boleh? Ada hal saya nak bincang dengan Muiz.”

Cik Yam mengangguk dan terus keluar dari bilik Muiz. Hatinya jadi tidak sedap dengan cadangan Muiz itu tadi.

“Sebenarnya aku nak simpan untuk aku tau,” kata Muiz sambil tergelak. Muiz pandang curiga.

“So?”

“Sebabkan kita ni kawan lepas tu aku sayang kat anak kau. And, aku kena jaga privasi pesakit aku, tapi sebabkan kau, aku akan bagi.”

Emir mengangguk tapi ada yang mengganggu lagi fikiran Muiz itu, tebaknya.

“Dia cantik dan seksi weh. Power,” kata Muiz tergelak.

“Kalau macam tu. Dia boleh susukan anak aku. Memang aku kahwin jelah dengan dia,” kata Emir bersahaja.

“Weh, seriuslah? Tapi, aku yakin sebagai lelaki kita memang akan senang terpikat dengan dia. jujur aku kata body dia lagi mantap daripada Balqis. Sorry tau terkutuk bini kau. Yang ni gred kayangan tau.” Muiz tertawa sendiri. Dia kenal kawan baiknya ini.

"Aku akan send nombor phone dia kat kau," bisik Muiz

“Siapa nama dia?” tanya Emir.

“Danya.”

Nama itu seperti pernah didengari oleh Emir. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Jika benar, mesti orang yang sama dia pernah nampak dahulu.

“Balqis bagi ke kalau kau nak cari ibu susuan?”

“Dia yang cadangkan. Nasib dialah, dia yang tak nak.” Emir seperti nekad bila nombor telefon Danya sudah dihantar di telefonnya.

“Kalau aku datang sekarang dekat Danya ni and mintak susu badan dia. Macam gelojoh tak?” tanya Emir.

Terkejut Muiz dengan permintaan kawannya ini. “Kau boleh call dulu and bincang tak dengan Danya tu?”

Emir menggeleng. “Dia terhutang budi dengan kau. Apa kata kau yang call dia untuk aku. Aku sanggup buat apa saja janji anak aku membesar dengan baik. Aku akan bayar berapa pun.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience