Bab 2

Romance Series 157503

DANYA membuka mata perlahan, dia baru tersedar daripada pengsan. Terus saja dia mencari bayinya. Perutnya dipegang dan dia tahu bayinya sudah tiada di perut lagi. Jururawat yang baru masuk terus saja dia sapa.

"Misi, anak saya kat mana?" tanya Danya.

"Alhamdulillah, puan dah bangun.” Jururawat itu mendekati Danya. Terlintas sedih di hatinya bila melihat ahli keluarga Danya melayan Danya. Seorang pun tidak menunggu Danya sehingga Danya sedar.

Danya angguk dan tersenyum sedikit. “Ya, nampak suami saya tak?”

Jururawat itu kelihatan tidak tenang. Sebelum ada apa-apa yang berlaku lebih baik dia jelaskan kepada wanita ini. “Kami minta maaf sangat dengan apa yang jadi.” Jururawat memegang tangan Danya dengan lembut. Dia ingin memberikan kekuatan kepada wanita yang masih lemah kerana baru sahaja bersalin itu.

"Minta maaf untuk apa?" Danya memaksa dirinya untuk tersenyum. Dia benar-benar sudah ketakutan. Dia tidak suka dengan apa yang dia rasa.

“Anak puan, keluarga puan dah bawak balik,” jawab jururawat itu.

“Apa? Kenapa tak tunggu saya?” tanya Danya yang sudah merasa ada yang tidak kena. Terus saja dia mahu bangun dan mahu pulang ke rumah. “Barang-barang saya ada kat mana ya? Sebab saya nak call suami saya.”

Jururawat itu semakin serba salah. Tiba-tiba datang seorang jururawat lagi yang tidak perasan akan Danya menanyakan soalan yang tidak tepat.

“Ni ya wad mak kepada baby yang meninggal tu kan?”

Danya terkejut. Pandangannya terus terpaku kepada jururawat yang ada. Kedua-dua jururawat itu terdiam.

“Puan, minta maaf saya tak tahu kalau puan tak tahu lagi. Tapi bayi puan telah meninggal dunia,” kata jururawat yang baru masuk itu tadi. Seorang lagi cuba mendapatkan Danya dan menenteramkan Danya.

Danya menggeleng laju. Air matanya berjujuran, nafasnya menjadi sempit. Jantungnya bagai mahu pecah. Ari-arinya terasa pedih. Dia terduduk di birai katil.

“Ya Allah. Tolong hambaMu ni ya Allah…” rayu Danya sedu sedan.

Jiwanya rapuh, jiwanya hilang, jiwanya tidak ada lagi kini.

Salah seorang jururawat telah keluar hanya tinggal jururawat yang pertama tadi sedang menenteramkan Danya. Hatinya juga tersentuh.

“Saya nak balik nurse. Saya nak jumpa anak saya… saya tak sempat cium dia, tatap muka dia… saya tak sempat peluk dia, nurse. Saya ada dia je nurse… tolong saya,” rayu Danya sambil menangis dengan sedih.

“Kenapa sorang ahli keluarga saya tak ada?” tanya Danya lagi.

“Apa yang saya tahu, lepas tahu anak puan dah meninggal. Terus saja mereka ambil anak puan dan katanya untuk kebumikan terus. Suami puan yang meluluskan semuanya,” beritahu jururawat itu.

Terus saja Danya menangis lagi kuat. Kenapa dia rasa dia dikhianti? Kenapa dia rasa mereka merampas anaknya?

Dia benar-benar merasakan sendiri waktu ini. “Ya Allah, sakitnya. Sakit sangat. Sakit…” kata Danya sambil memegang dada belah kirinya sehingga dia terbaring semula di katil. Jururawat hanya menenangkan Danya sehinggalah suara Danya sudah tidak kedengaran lagi.

Hati Danya sangat terluka.
"Bagaimana keadaan pesakit?" Doktor yang membantu Danya bersalin masuk ke dalam bilik itu.

“Sedihlah doktor dia dapat tahu family dia dah bawak anak dia balik dulu. Kalau saya pun mengamuk,” jawab jururawat itu sambil memandang Danya yang sedang tertidur. Dia menyelimutkan tubuh Danya.

Doktor Muiz mengangguk. “Dia kena keluar dari hospital ni dah sebab keluarga dia just bayar sampai hari ni je. Apa punya family lah tu,” jelas Doktor Muiz sambil memeriksa air infusion pump Danya.

“Seriuslah? Kesian betul. Cantik macam ni pun kena tinggal.” Jururawat itu perhatikan wajah cantik Danya.

“Tapi dia boleh je stay sini selagi tak ada patient baru masuk. Apa pun nanti dia kena bayar jugaklah,” kata Doktor Muiz sambil menjeling sembunyi kepada Danya yang ternyata benar-benar cantik dan seksi. Lagipun, masih muda.

“Nanti pesakit dah bangun, saya akan jelaskan kat dia,” balas jururawat itu. Doktor Muiz terus keluar dari bilik itu sambil tersenyum sempat dia memandang Danya.

“ADAM kena dengar cakap mama!” tengking Puan Sri Malini. Satu rumah terkejut dengan suara Puan Sri Malini.

Suasana menjadi sangat tegang. Adam hanya menunduk memandang lantai, dia mahu menjenguk isterinya namun dihalang oleh maknya. Sudah tentu dia risaukan isterinya itu, tapi dia takut dengan kemarahan emaknya.

“Mama tahu Adam masih berkawan dengan anak Dato’ Syukor tu. Teruskan je berkawan dengan dia. Kalau boleh ajak je dia terus kahwin sebab nampak anak dia tu nak dengan Adam,” kata Puan Sri Malini.

“Apa ni ma?” balas Adam.

“Okey, ma. Kitorang baru kehilangan anak kitorang ma. Tak gila Danya nanti kalau tahu Adam nak kena kahwin dengan orang lain? Adam sayangkan dia ma.” Adam menggeleng. Dia sayangkan isterinya.

Atas bawah Puan Sri Malini memandang Adam. “Nampaknya ada orang nak melawan mama. Adam kena tahu apa yang mampu mama buat kat Danya. Jangan nak sedih sangat bila anak tu meninggal. Maksudnya mak dia tak pandai kandungkan, tak sihat, lemah.”

Adam menunduk.

“Mama tahu Adam jenguk dia. Adam siap. Tu borang cerai. Isi dan nanti mama akan pass kat dia,” kata Puan Sri Malini dengan angkuh. Lalu terus saja meninggalkan ruang tamu itu.

Rambutnya ditarik-tarik. Geram dengan keadaan yang semakin sempit ini. Dia tahu dia kena juga ceraikan Danya.

DANYA termenung di tepi tingkap yang berada di dalam wadnya. Air matanya dengan senang tumpah tanpa perlu dipaksa lagi. Tubuhnya terasa longlai, kosong. Tak layakkah aku untuk menjadi seorang ibu? Ada dosa lama aku yang tak terampun ke?

Perlahan perutnya diusap perlahan, bertambah derai air matanya. Sakitnya… peritnya hati. Apa yang ingin dia lakukan lagi? Tiada siapa bersama dengannya ketika ini. Ada suami tetapi seperti tiada.

“Anak ibu…”

Teresak-esak Danya memanggil anaknya yang sudah tiada. Lemah saja badannya, dia belum lagi diberikan makanan kerana dia tidak mahu menambah lagi bil hospitalnya. Telefonnya diambil selepas baterinya sudah penuh.

Nama suaminya dicari dan dia mula hubungi nombor telefon Adam. Panggilan masuk cuma tidak diangkat. Hatinya menjadi tidak sedap, sehingga beginikah suaminya mahu membuangnya?

ADAM melihat panggilan yang masuk dia mahu menjawab tetapi jelingan mamanya di hadapan membuatkan dia tidak dapat untuk menjawab panggilan itu.

“Jangan jawab.”

Keluhan Adam hanya jawapan yang didengari Puan Sri Malini. “Ingat dulu sebab apa mama terima dia. Dan, ingat balik apa yang Adam dah janji dengan mama. Mama tak pernah ajar anak mama untuk menipu dan mungkir janji.”

“Tapi Adam macam dah mungkir janji dengan Danya, ma.”

“Mama ni mama Adam! Dia tu cuma bini je. Bini, Adam boleh berganti tapi mama tu cuma sorang je.” Suara Puan Sri Malini yang seperti halilintar itu mengejutkan seisi rumah. Terus saja Puan Sri Malini bangun dan meninggalkan ruang rehat di rumah itu.

“Arghhh!!!” jerit Adam selepas memastikan Puan Sri Malini telah beredar dari situ.

DANYA melihat jururawat yang sentiasa dengannya itu seperti sudah habis waktu kerja dan ingin pulang ke rumah. Terus saja Danya menghampiri jururawat itu.

“Nak balik dah ke? Danya bertanya dengan tatapan yang kosong.

“Ya, nak balik dah. Puan nak balik jugak ke?” tanya jururawat itu semula.

Danya mengangguk. Dia mahu keluar dari sini dan mencari suaminya. “Ya, tapi… macam mana dengan kos rawatan yang masih tak dibayar ni ya?”

Jururawat itu tersenyum. “Dah dibayar sampai semalam je. Hari ni punya tak dibayar lagi, tapi puan jangan risau doktor yang rawat puan menjadi penjaminnya. So, puan memang dah boleh keluar dah.”

Terharu Danya mendengarnya. Masih ada orang baik dalam dunia ini. Air matanya dengan senang mengalir. “Siapa nama awak?”

“Qayla.”

ADAM menghirup udara di ruang luar rumah. Dia memandang pekatnya malam, sepekat itu mungkin masalahnya sehingga tidak nampak akan jalan keluar yang betul. Dia merenung gambar yang dihantar oleh mamanya di telefon.

“Suri Rosa…”

“Apa aku nak buat sekarang ni?” kata Adam penuh dengan keserabutan.

“Kalau tak cerai aku auto miskin. Hidup aku pasti ranap. Semua ni akan hilang. Kalau aku ceraikan Danya, aku masih ada semua ni. Tapi, aku akan hilang dia…” bicara Adam sendirian. Dia sememangnya tidak tenang. Pergerakannya memang dikawal oleh mamanya.

Adam serabut duduk di luar dia mahu masuk untuk lelapkan matanya. Mulutnya masih bermonolog sesama sendiri.

“Aku kena ceraikan dia. Ceraikan dia. Ceraikan dia…” Adam terberhenti bila ketika dia pusing wajah isterinya begitu hampir dengannya.

“Cerai?” tanya Danya.

“Ceraikan siapa?” Nadanya sudah menghilang. Hilang dalam sebak.

Adam tak sampai hati untuk memberitahu, hatinya sudah berbelah bahagi. Wajah ini amat dia sayang.

“Ceraikan kau lah!” Suara Puan Sri Malini menggegarkan ruang itu.

Share this novel

jruuoy
2024-09-11 18:16:31 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience